Monday, June 4, 2012

VIDEO MENYUSURI SUNGAI PEARL DARI PETANG HINGGA KE MALAM.

Saya kagum melihat kreativiti dan kebijaksanaan orang-orang China dalam konteks mencantik dan menghiasi bangunan-bangunan di tebingan sungai Pearl di Guangzhou, China terutamanya dari segi teknik pencahayaan yang ditunjukkan mereka. 

Berikut adalah 5 klip video pendek yang diambil menggunakan kamera henfon saya untuk tatapan anda semua.  Saya berpendapat dengan menunjukkan videonya anda boleh merasai suasana dan gambaran yang sebenarnya.

Tetapi sebelum itu, terlebih dahulu saya minta maaf jikalau ada di antara pembaca yang bermasalah untuk menonton video-video tersebut.


Video 1: Inilah rupa kapal dari luar yang kami naiki.



Video 2: Pemandangan dari dalam kapal. Pada masa ini hari masih lagi cerah.


Video 3: Hari semakin gelap dan pemandangan semakin mengasyikan.



Video 4: Lihatlah bangunan dan tebingan sungai yang dilimpahi oleh cahaya lampu neon yang bergemerlapan.


Video 5: Entah apalah yang dibincangkan oleh Makngah dan besannya. Agaknya  bincang nak beli cadar lagilah tu.


Video 6: Satu lagi sudut pandangan yang memperlihatkan bangunan-bangunan yang bermandikan cahaya di tebing Sungai Pearl.
(Video di atas sudah saya muatnaik ke Youtube)

.......................................................................................
Untuk tidak menghampakan mereka yang tidak dapat menonton video-video tersebut, saya muatnaik sekeping gambar yang menunjukkan bangunan-bangunan di tebing Sungai Pearl  yang dihiasi dengan lampu yang sangat indah. Yang selebihnya cubalah bayangkan sendiri. 



Video 7:  Yang ini tidak ada kena mengena dengan Sungai Pearl. Ia sebenarnya pemandangan kat kampung Makngahnya di Alor Sena Perlis, di satu pagi yang berkabus beberapa tahun dahulu yang teringin nak enter frame.

20 comments:

  1. ADA 3 VIDEO TIDAK BOLEH DIMAINKAN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba try test reload atau refresh beberapa kali ..

      Delete
  2. Assalam.. seronok klau ada kat sana.. sy tukar blog URL.. sudilah kiranya update kat fren list huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      terima kasih kerana masih ingat blog ini .. nanti saya update.

      Delete
  3. Video ke 2 hingga ke 4 tidak dapat dilihat - This video is currently not available. Please try again later.

    :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah muatnaik semula .. harap2 tiada masalah lagi. terima kasih atas maklumbalas.

      Delete
  4. selamat berhari minggu tuan....sy kt kpg, intenet slow, x dpt nk tgk vedio tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah laju nanti, silalah tengok semula.

      Delete
  5. Salam PakNgah,

    Halaman di kampung Alor Sena di Perlis sangat tenang dan lapang..seronok untuk beristirehat fikiran dan perasaan
    Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      memang tenang kecuala sesekali dikocak oleh bunyi motor dan kereta.

      Delete
  6. Salam tuan haji Al,

    Cantiknya kawasan yang ditunjukkan dalam video2 tu. Alhamdulillah dapat tengok semua termasuk di Perlis tu.

    Itulah yang Allah suruh kita berjalan di muka bumi ini sambil memikirkan tentang kebesarannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      mungkin suatu hari nanti, Malaysia juga boleh berbuat begitu. Mungkin bandaraya Kucing boleh memulakannnya.

      Delete
  7. Dapat tgk semua...
    Subhanallah...cantiknya view sana..

    Tp plg best n mendamaikan suasana berkabus waktu pg
    kat kg Makngah kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang suasana kampung yang terbaik .. tapi sayangnya jauh sangat nak balik selalu.

      Delete
  8. saya rasa damai sepanjang jalan menyusuri desa-desa di Perlis...
    ntah bila dpt kesana lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun rasa begitu .. bila melalui jalan2 ditengah bendang terasa sungguh mendamaikan.

      Delete
  9. salam Tuan Hajji

    akhirnya dapatlah saya scroll sampai ke dasar


    benarlah jauh perjalanan luad pandangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      alhamdulillah .. memang benar kata orang tua2 itu .. dan "panjang umur banyak dirasa"

      Delete
  10. seronoknya dpt peluang melawat negara orang :)
    memang cantik la diorg buat pakcik...ni kalau sy ikut naik kapal confirm nganga je mulut ni haa..hihi

    *dataran merdeka kl pun penuh lampu, pergi dataran pun sy nganga! lalu sebelah klcc pun nganga jugak! jakun tul..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok sebab kita dapat pengalaman dan idea baru .. pakcik pun kagum juga tengok tapi tak adalah sampai nganga .. hehe

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.