Gambar hiasan hasil carian Google.
Sekali sekala kita terbaca tentang kereta kena recall (dipanggil balik) oleh pembuatnya kerana terdapat kecacatan. Kadang-kadang kereta yang popular dan sudah terbukti kualitinya namun adakalanya bila timbul masalah, kena recall juga. Misalnya Toyota dan Honda pernah kena recall. Walaupun sebelum berada di atas jalan raya, pelbagai ujian telah dilakukan dalam tempoh masa yang lama. Namun kerana yang membuatnya adalah manusia, kesilapan tetap boleh terjadi.
Tindakan berani dan bertanggungjawab syarikat pengeluar kereta tersebut harus dipuji dah dicontohi. Apa yang penting adalah mengakui kesilapan serta memperbaiki kesilapan dan seterusnya belajar dari kesilapan itu agar tidak mengulanginya. Walaupun tindakan membuat recall umpama mengaku salah, namun telah terbukti ia tidak melunturkan kepercayaan pengguna bahkan keyakinan pengguna akan kekal dan bertambah lagi kepada kereta keluaran syarikat tersebut dalam jangka masa panjang.
Maka tidaklah salah dan tidak rugi kalau kita mengakui kesilapan kita tetapi yang salahnya kalau kita menafikan kita ada membuat kesilapan dan lebih teruk lagi menyalahkan orang lain atas kesilapan kita kerana lambat laun ia akan terbongkar juga. Pada masa itu kata orang putih sudah too late for tears.
namanya buatan manusia kan pap ngah?
ReplyDeletememanglah tidak sempurna
betul .. awak eja pak ngah pun tidak sempurna. hehe
Deletehehehehe...betul lah (,")
Deletetermalu pulak pagi jumaat nih ;p
Saya suka catatan ini. Ada yang tersirat di sebalik yang tersurat. :)
ReplyDeletehanya jauhari sahaja yang mengenal manikam .. saya tahu kakcik adalah salah seorang jauhari itu.
Deleteproton tak penah panggil lagi kete saya. saya nak suh diorg betulkan banyak barang ni, tapi nak free la. hehehe~
ReplyDeletekalau dia tak panggil awak, awak je panggil dia !
Deletebila sepatutnya dipanggil balik..tak dipanggil panggil tu yang menyakitkan..
ReplyDeletenak belajar dari kesilapan ada satu perkara yang sukar..lagi la nak mengaku kesilapan..
cuma orang yg berani sahaja yang berani mengaku kesilapan.
DeleteSemua anak Adam juga akan dipanggil balik oleh yg Maha Pencipta :)
ReplyDeleteitu sudah pasti .. tetapi bukannya atas sebab ada berlaku kecacatan.
Deletemengaku kesilapan itu memang berat. Bertanggungjawab atas kesilapan, lagi berat. Maka siapa yg dapat laksanakan keduanya, adalah hebat!
ReplyDeletesukar untuk mencari spesis itu sekarang ini .. itu sebab loyar makin ramai dan makin kaya.
DeleteMengakui kesilapan tu ada baiknya wlau yang tua kepada yang muda, yang pandai kepada yang kurang tahu atau ahli politik lama kepada baru. Mcm syarikat keta yang besar2 ni, kerugian yang ditampung kerana kesilapan boleh mengakibatkan kesan yang lebih teruk daripada kerugian wang ringgit. mungkin nyawa menjadi korban gak.
ReplyDeletememang siapa yang silap tak kira tua muda, pangkat besar atau kecil seharusnya berjiwa besar mengakui kesiapan.
DeletePROTON PERNAH RECALL TAK? PERGHH.. MEMANG TERBAIK KERETA-KERETA PROTON..
ReplyDeletememang kereta proton terbaik dalam kelasnya sendiri !
DeleteTuan Haji...jarang2 kita jumpa org nak mengaku kesalahan sendiri, kalau mengaku pun mesti berperenggan-perenggan dia punya alasan.
ReplyDeletekalau ada ingin mengaku, orang lain akan kata mengapa jadi bodoh !
Deletebuatan manusia mesti ada kesilapannya.
ReplyDeleteitu sebab kena kena hati-hati bila menderaf surat ..
Deleteentry uncle mengingatkan saya ttg hal ini
ReplyDeletehttp://terbakor.com/2011/11/16/terbakor-hot-apa-beza-toyota-dan-proton/
Salam Jumaat Uncle...
ReplyDeleteBetul3x..
Pesen yg x mgaku silap n salahkan org lain
ni la yg yun paling benci...Hipokrit gila...
Sanggup menipu semata2 nak jaga aib sendiri...
Eh,terover plak..
Astaghfirullahalazim..
salam kembali
Deleteeloklah tu cepat2 beristighfar ..
Itulah yg dikatakan, manusia biasa Pakcik. Heheheh!
ReplyDeleteDlm dunia ni, susah nak cri manusia luar biasa.
memeng luar biasa susahnya mencari manusia luar biasa ..
Deleteciptaan manusia..tidak ada yang sempurna. sikit sebanyak tetap ada cacat celanya.
ReplyDeletekalau begitu kita harus menjadi sangat pemaaf jika orang lain membuat kesilapan ..
Deletesalam..
ReplyDeletemanusia ada ego.. tp tu le x rmai yg ngaku kesilapan ni
salam kembali
Deletesemua manusia sama sahaja ada ego .. yg berbeza hanya cara masing2 mengawal ego.
kadang akan buat org lebih percaya pada kita bila kita mengakui kesilapan kita
ReplyDeletetetapi kalau kerap kali membuat silap dan kemudian mengakuinya, akan buat orang hilang kepercayaan pula.
Deletesaya hanya mampu beli kereta re-con
ReplyDeletehanya orang-orang kaya saya yang mampu beli kereta re-con sebab orang miskin hanya naik bas sahaja.
Delete