Sunday, June 24, 2012

RAGAM PEMANDU DI LAMPU ISYARAT.


Gambar petang kelmarin bersama anak, cucu dan menantu di pantai Teluk Batik, Lumut.

Hari ini saya bersiaran dari Manjung. Saya bertolak dari Senawang kira-kira jam 10 pagi semalam. Ikut lebuhraya PLUS, melencong ikut lebuhraya LATAR keluar di Kuala Selangor terus ke Tanjung Karang, Sabak Bernam, Hutan Melintang dan sampai Manjung kira-kira jam 2 petang.

Cuaca di sini agak nyaman kerana dirahmati dengan curahan hujan  ringan sejurus sebelum saya tiba.

Semasa dalam perjalanan saya sempat memperhatikan pelbagai gelagat pemandu  kenderaan semasa mendekati lampu trafik di persimpangan jalan.  Tabiat dan sifat-sifat mereka saya simpulkan seperti berikut:

 perlahan masa lampu kuning - patuh.
 pecut masa lampu kuning - normal.
berhenti masa lampu merah - normal.
 pecut masa lampu merah - samseng.
 pecut  masa lampu hijau - normal.
 brek masa lampu hijau - mereng.

..............................................................................................................................................................


Sub-Entry: Jawapan kepada Monalea dalam entri "Akhirnya Google Tewas"



Dalam entri saya yang bertajuk "Akhirnya Google Tewas" sebelum ini, dua kesimpulan yang ingin saya sampaikan ialah:

1. Di dunia ini lebih banyak unsur negatif dari yang positif. Dengan itu kita dituntut untuk sentiasa berwaspada.

2.  Google ada terlepas mencatatkan satu entri saya tetapi tidak begitu dengan malaikat yang ditugaskan oleh Allah untuk merekodkan segala sesuatu yang kita lakukan baik yang zahir mahupun yang batin. Merekodkan yang batin atau yang  terniat oleh kita, pastinya sampai bila-bila pun tidak akan dapat dibuat atau dikesan oleh Google.  Itu saya yakin.


30 comments:

  1. assalamualaikum Tuan, di Perak ya..di tmpt sy ni pun cuaca lembab..alhamdulillah..hilang sikit jerebu yg masih berbaki.., raga pemandu bermacam2...sy baru lps di hon oleh kereta blakang masa berhenti lampu merah...blm lampu bertukar hijau dah sibuk bunyi hon...mmg tak sabar langsung, ...buta mata ke buta hati atau dua2 sekali..huh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      ada dua kemungkinan .. orang itu barangkali buta warna di mana merah kelihatan hijau oleh matanya atau dia tak sengaja tertekan hon.

      Delete
  2. pakngah, saya pernah brek masa lampu hijau..tak dinafikan masa tu otak saya macam separuh mereng...serik...lain kali tak buat dah. kalau ada benda yang nak difikir panjang pun kena tunggu sampai ke destinasi dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa .. ada orang langgar dari belakang ke ? apa jadi ? kena saman ke ?

      Delete
    2. hampir-hampir nak kena langgar dari belakang..sudahnya dapat hon yang sangat panjang....baru la tersedar..saya berhenti masa lampu hijau..

      Delete
  3. Assalamu'alaikum.

    Buat apa di negeri kelahiran saya tu? Jumpa embi ke? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      pergi kenduri menerima pinangan anak buah makngahnya.

      Delete
  4. berhenti pada lampu merah rupanya terasa amat lama walaupun sebenarnya tidak samapai seminit.

    di situ kita boleh lihat ketidaksabarannya manusia walaupun berserban!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. kadang2 mereka bawa kereta macam ribut, tapi bila sampai rumah rupanya dia hanya siram bunga !

      Delete
  5. ehhh... mana pulak mereng, dia brek masa lampu hijau sebab kura-kura melintas dan kura-kura tu yang mereng... heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang berjalan mereng setahu saya ketam bukan kura-kura ..

      Delete
  6. terima kasih tuan atas jawapan.google pun dibuat oleh manusia dan mesti ada kelemahannya dan tuan dah jumpa kelemahan tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama .. saya bukan sengaja mencari tetapi terjumpa.

      Delete
  7. Saya suka kesimpulan yang tuan buat ke atas pemandu dalam respon mereka terhadap lampu isyarat terutamanya yang ini:

    brek masa lampu hijau - mereng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau awak baca komen-komen kat atas .. ada yang dah mengaku. hehe

      Delete
  8. Tuan,
    Dalam dunia ni macam2 perangai manusia termasuk diri sayapun kdg2 ada bermacam2 kerenah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju .. itulah yang membuatkan dunia ini seronok untuk didiami.

      Delete
  9. hahah..ramai yg mereng tau uncle :)

    Teluk Batik tu best utk mandi manda,masih bersih kalau nak banding dgn pantai PD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teluk Batik tu ombaknya agak kuat kali ini .. saya tak mandi. cuma membawa anak dan cucu yang teringin nak mandi. dah dekat pukul 7 pm pun masih ramai orang lagi.

      Delete
  10. salam.. sy slalu trlps pndng lmpu merah.. nk kta berangan x juga hehe

    ReplyDelete
  11. Link ke Akhirnya Google tewas tu pergi ke link "masuklah sepenuhnya". Itu disengajakan ke?
    Tak pernah lagi langgar lampu isyarat. tapi pernah alami masalah lampu isyarat rosak jadi pandai-pandai nak gerak bila. memang kadang2 tragis lampu isyarat kat Malaysia nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak-banyak kerana menarik perhatian saya atas kesilapan yang berpunca dari kelalaian saya .. dan sudah saya perbetulkan.

      Delete
  12. memang mereng kalo break time lampu hijau. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dia 'break' lampu hijau .. memang mereng dan kena bawa ke balai. hehe

      Delete
  13. assalamualaikum : tambah lagi satu. berhenti masa lampu hijau = tidor

    ReplyDelete
  14. alaikumsalam.

    betu .. betul .. kalau berhenti lampu hijau, pasti tidur/pengsan.

    ReplyDelete
  15. hahahaahha sy pernah berhenti kat lampu hijau..ralit sgt dok menyembang dgn kawan smpai kawan tegur yg ko benti ni kenapa?? hahaha nasib baik xde kereta lain masa tu... :p

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.