Sunday, May 13, 2012

MARI LIHAT ORANG BERBUAI DI SAIGON.

Prakata: Entri ini adalah sambungan dari entri sebelum ini di sini.

Semasa dalam perjalanan pergi ke Delta Mekong, saya melihat banyak tempat untuk orang berbuai (hammock) disediakan  di gerai-gerai minuman di kiri kanan jalan. Ini satu pemandangan yang unik dan menarik kepada saya kerana pemandangan serupa tidak terdapat di Malaysia. Saya berkata dalam hati ..

 "balik nanti aku mesti singgah".

Saya memujuk Jackie, pemandu pelancong kami semasa makan tengahari di Delta Mekong supaya singgah di mana-mana gerai yang ada tempat orang berbuai semasa balik ke hotel nanti.

 "Alaa .. itu pekaro kocik jo" katanya dalam bahasa Inggeris telor Vietnam.


Gambar 1: Jackie sedang memberi membebel  taklimat

Saya terlupa nak perkenalkan pemandu pelancong kami iaitu "Jackie" seperti gambarnya di atas. Walaupun dia telah berusia lebih dari 60 tahun tapi masih agi steady. Paras wajahnya ada kira-kira 25% rupa Jackie Chan.

 
  
Gambar 2: Saya tak pasti adakah ini papan tanda nama kedai, nama tempat atau  memberi tahu "tandas ada di sini"


Gambar 3: Pemangan dari arah hadapan. Tempat berbuai yang redup di bawah poko ceri.


Gambar 4: Saya cuba-cuba dulu .. takut runtuh !


Gambar 5: Lihtlah betapa selesanya dia orang berbuai.


Gambar 6: Masa saya singgah, banyak tempat berbuai yang kosong.
 Jadi bolehlah pilih mana yang suka.


Gambar 7:  Nampak tak dibelakang saya tu, seorang pengunjung wanita di atas buai.
Tempat ini tak ada dikhususkan untuk laki-laki atau perempuan.
Bahkan kita boleh berbuai sebelah menyebelah kalau teringin.


Gambar 8: Cuaca yang agak panas telah mencairkan mekap saya !

Kalaulah kemudahan macam ini ada kat tempat kita, pasti kakipancing akan singgah seketika melepaskan letih dan mengantuk semasa dalam perjalanan.





15 comments:

  1. tolong buaikan cucu je dah la ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laju buai ku laju, aku nak kawin dgn bapak rajaaa...huhuhuhuuu

      Delete
    2. insan marhaen.

      biarlah emak ayah dia orang jaga.

      granny hani.

      bapak raja mana .. bapak raja kapooor ?

      Delete
  2. Replies
    1. kalau ada orang tolong buaikan, lagi best.

      Delete
  3. ingat'an cucu yo bebuai, atok pun samo kosan eh. kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. cucu zaman sekarang pun dah tak pandai berbuai ..cucu sey lah !

      Delete
  4. naik buai free ke kena bayar?
    tapi kalo saya xnak lah..geli kot, tah sape la yg naik buai tu seblom kita..kecuali la kalo dia tukar kain baru everytime orang nak naik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik buat tu free, cuam minuman kena bayar. kalau tak beli minuman, boleh jugalah kot tumpang duduk kejap.

      bila dah letih dan ngantuk, tak fikir dah siapa yang tidur sebelum itu.

      Delete
  5. saja mabuk naik buai macam tu...

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. naik free .. turun pun free tapi minum kena bayar. hehe

      Delete
  7. buai laju laju,
    sampai Indo-china,
    siapa yang berbuai itu,
    owh pakcik Hamzah rupanya..

    ReplyDelete
  8. buai laju-laju
    sampai bila takkan sampai indo-china .. hehe

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.