Tuesday, May 22, 2012

TERKENANG SEMASA DULU 50: JALAN-JALAN CARI MAKANAN ARAB.

Ini adalah lanjutan daripada entri ini yang mana kali ini ia mengkhususkan kepada hal-ehwal makan dan makanan Arab.


Gambar 1: Damsyik, Syria. Restoran ini berada di bawah tanah.
Pintu masuknya macam ye tak ye jer ! 
Bila masuk dan turun ke bawah, dalamnya macam sarang anai-anai !


Gambar 2: Masih dalam restoran yang sama seperti gambar 1 di atas.

 
  
Gambar 3: Inilah pintu masuk ke restoran bawah tanah yang saya maksudkan dalam gambar 1 dan 2 di atas.


Gambar 4: Makngahnya dengan sebahagian pelajar perempuan Malaysia di Damsyik, Syria.


Gambar 5: Sila tumpukan perhatian kepada makanan di atas meja tu ! 
Boleh pengsan nak menghabiskannya dua orang.


Gambar  6: Dekat Petra, Jordan selepas melawat tinggalan sejarah yang menjadi kebanggaan rakyat Jordan.


Gambar 7: Makan malam di rumah Pak Duta kita di Syria. Rumah dia cantik sungguh di kawasan pergunungan.


Gambar 8: Makngahnya di meja perempuan.


Gambar 9: Pertunjukan tarian gelek ini pada malam Jumaat di sebuah kelab malam di negara para Anbia tidak jauh dari masjid di kota Damsyik. 
Saya tak ada dalam gambar di atas ... percayalah.
Saya cuma ambil gambar sahaja.

(saya terpaksa kelabukan gambar di atas kerana bimbang disaman oleh kawan2 saya yang ada dalam gambar tersebut)


Gambar 10:  Minum pagi di Hotel Conrad, Kaherah.

....................................................................oo0oo.........................................................


SELINGAN.

Gambar kat bawah ini Nasi Arab kat Seremban .. tak jauh dari rumah saya. Tijah dan Ikan Emas tahu sangat tempat ini. Atas nasi ada ayam .. bawah nasi ada kambing. Sekarang ini bila teringin nak makan Nasi Arab, tak perlu pergi ke Syria atau Jordan.
Kat Seremban pun dah banyak.

20 comments:

  1. Assalamualaikum Pak Ngah...
    Nampak sedap sangat Nasi Arab tu...rasa teringin pulak saya nak makan...agak-agak, kalau saya pergi ke Seremban , nak ke Pak Ngah belanja nasi Arab tu...he..he..:)

    Pak Ngah kelabukan gambar tu sebab mata Pak Ngah dah "kelabu" ye.....he..he.. jangan marah ye Pak Ngah...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      apalah sangat dengan nasi arab tu .. bila2 pun boleh.

      gambar tu dikelabukan kerana ada VIP di situ .. nanti jatuh pula air muka dia.

      Delete
  2. macam tulah agaknya Iraq sorok senjata dan kereta kebal mereka masa perang Iraq-US dulu yer...

    ReplyDelete
  3. teringat nasi mandy arab...mmg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap lagi lauk telur itik campur bacang masak lomak .. hehe

      Delete
  4. pakngah, gambar yang dekat Syria tu macam masih baru je..bila tu pegi nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata baru tu, taklah baru sangat .. hujung tahun 2006.

      Delete
  5. TARIAN GELEK TAK MENAHAN.. NAK KATA ARAB LAGI BAGUS ISLAMNYA, TAK JUGAKLAH YE..

    ReplyDelete
  6. Boleh habiske makan sensorang nasi dalam gambar terakhir tu? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh habis sekali makan .. tapi itu share 4 orang.

      Delete
  7. Salam Pakcik,

    Fuh! Nasi Arab tu menggoda jiwa sy. Dah lama teringin nak makan. Adik ipar sy (duduk kat Sban), kata ada nasi arab sedap kat sane. Ntah2 tmpt yg same kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      ada 3-4 kedai jual nasi arab kat seremban, tapi kedai yang ini uncle suka .. beli 3 bungkus boleh makan 5 orang. tempat lain beli 2 boleh makan sorang. hehe

      Delete
  8. tapi makan nasi arab kat sini takde tarian gelek ye uncle. hehehe~

    ReplyDelete
  9. kalau uncle buka restoran nanti, uncle akan cuba memenuhi hasrat awak .. hehe

    ReplyDelete
  10. Nasi arab kat Malaysia x kan sama dgn kat Arab, mcm nasi kandaq kat KL x kan sama ngan kat Penang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. nasi lemak kat London tak kan sama dengan kat Malaysia .. hehe

      Delete
  11. amboii dah cuci mulut boleh cuci mata sekali hihi :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga dielakkan dari menontonnya .. tapi semua kawan2 nak pergi tengok, pakcik ikut jer .. hehe

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.