Saya perturunkan di bawah ini petikan-petikan dari kitab berikut yang mengemukakan teknik atau kaedah mengubat penyakit hati, untuk renungan kita bersama.
Muka depan kitab "Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah)" karangan Imam al-Ghazali, terjemahan Abu ala Albanjari al-Nadwi (Ahmad Fahmi bin Zamzam)
Cetakan Kelima - 2007.
Cetakan Kelima - 2007.
"Ketahuilah bahawanya sifat yang tercela yang ada di dalam hati itu banyak sekali dan menyucikan hati daripada kekotoran itu berhajat kepada usaha yang berterusan. Manakala cara mengubatinya pula sangat susah dan telah hilang pula ilmu dan amal (yang mesti diikuti untuk membersihkan hati) kerana orang telah melupakannya dan mereka terlalu sibuk dengan menghimpunkan perhiasan dunia.
Dalam hal ini Rasulullah saw bersabda:
"Ada tiga sifat yang dapat membinasakan seseorang: sifat bakhil yang dipatuhi, hawa nafsu yang diikuti dan merasa bangga dengan diri sendiri"
'Ujub, takabbur dan merasa bangga dengan diri sendiri adalah satu penyakit hati yang sangat susah diubati dan 'ujub itu ialah memandang kepada diri sendiri dengan pandangan kemuliaan dan kebesaran dan memandang terhadap orang lain dengan pandangan penghinaan. Dan alamat yang nampak pada lidah orang yang 'ujub itu ialah ia selalu mengatakan aku begini begini, aku begini seperti perkataan iblis (kepada Allah ketika ia tidak mahu sujud kepada Nabi Adam Alaihissalam)
أَنَا۟ خَيۡرٌ۬ مِّنۡهُ خَلَقۡتَنِى مِن نَّارٍ۬ وَخَلَقۡتَهُ ۥ مِن طِينٍ۬
Surah Al-Araf ayat 12.
Maksudnya: aku lebih baik daripadanya (Adam) kerana Engkau menjadikan aku daripada api dan Engkau menjadikannya daripada tanah.
Dan alamat yang nampak bagi orang yang 'ujub itu di dalam majlis orang ramai ialah ia selalu suka mengangkatkan dirinya dan menganggapnya lebih berkebolehan daripada orang lain dan ia suka menonjolkan diri di dalam perbincangan dan tidak senang kalau ada orang lain menolak pendapatnya. Dan orang yang takbur tidak senang apabila ia diberi nasihat dan mengkasarkan bahasa kalau ia memberi nasihat kepada orang lain, maka sesiapa yang menganggap dirinya lebih baik daripada orang lain maka orang itu bersifat takbur dan sebaiknya hendaklah engkau mengetahui bahawa orang yang sebenarnya baik itu ialah orang yang baik di sisi Allah dan masalah ini tiada siapa yang mengetahuinya kerana ia tertakluk kepada 'khatimah' (akhir umur seseorang) maka iktikad mu di dalam diri mu bahawa engkau lebih baik daripada orang lain adalah berpunca daripada kejahilan semata-mata.
Sepatutnya janganlah engkau melihat kepada seorang kecuali engkau melihat bahawa ia adalah lebih baik di sisi Allah daripada engkau dan ia mempunyai beberapa kelebihan atas dirimu. Maka jika engkau melihat orang yang lebih muda daripada mu maka hendaklah engkau berkata (di dalam hati):
"budak-budak ini belum pernah lagi membuat maksiat kepada Allah sedangkan aku sudah banyak berbuat maksiat maka tidak syak lagi bahawa ia lebih baik daripada aku"
Dan apabila engkau melihat orang yang lebih tua daripada mu maka hendaklah engkau berkata:
"orang yang ini menyembah Allah lebih dahulu daripada ku maka tidak syak lagi bahawa ia lebih baik daripada aku"
dan apabila engkau melihat orang yang 'alim maka hendaklah engkau berkata:
"orang yang 'alim ini telah dikurniakan kepadanya bermacam-macam pemberian yang tidak dikurniakan kepada ku dan ia telah sampai ke martabat yang aku tidak sampai kepadanya dan ia mengetahui perkara yang tidak aku ketahui maka betapa aku sama dengannya"
dan apabila engaku melihat orang yang jahil maka hendaklah engkau berkata:
"orang yang jahil ini berbuat maksiat akan Allah dengan kejahilannya tetapi aku mengerjakan maksiat berserta dengan ilmu ku maka Allah boleh berhujjah ke atas diri ku dan aku belum tahu lagi bagaimana aku akan mengkahiri kehidupan ku".
dan apabila engkau melihat orangyang kafir maka hendakalah engkau berkata:
"aku belum tahu lagi boleh jadi jadi nanti ia masuk Islam lalu ia mengakhiri hidupnya dengan 'husnul khatimah' (mati dalam keadaan baik atau beriman) dan dengan sebab dia masuk Islam ia telah keluar daripada dosa-dosanya seperti keluarnya sehelai rambut daripada bancuhan (adunan) roti sedangkan aku - waliazubillah (mudah-mudahan Allah memelihara kita) - boleh jadi berubah menjadi sesat setelah mendapat pertunjuk maka aku menjadi kafir dan kehidupan ku akan di akhiri dengan "suul khatimah' (mati dalam keadaan kafir) maka orang kafir ini pada hari kiamat nanti akan dikumpulkan bersama dengan orang-orang yang muqarrabin sedangkan aku akan disiksa di dalam api neraka. Nauzubillah hi min zalik"
Maka sifat takabur tidak akan keluar daripada hati mu kecuali bila engkau mengetahui bahawasanya orang yang sebenarnya mulia itu ialah orang yang mulai di sisi Allah dan masalah ini tertakluk kepada "al-khatimah" (kesudahan daripada kehidupan seseorang) sedangkan perkara ini masih belum dapat diyakinkan. Maka (apabila engkau berfikir demikian) nescaya hatimu sentiasa akan takut dengan 'al-khatimah' sehingga engkau tidak berani membesarkan diri dan engkau terpaksa banyak membuat andaian terhadap orang lain walaupun sekarang ini engkau yakin dan beriman kepada Allah namun keadaan ini tidak menghalang kemungkinan berlakunya perubahan-perubahan pada pendirianmu pada suatu masa yang akan datang kerana Allah berkuasa merubah-rubah hati manusia dan ia dapat memberi hidayat kepada sesiapa sahaja yang Ia kehendaki dan Ia berkuasa pula menyesatkan siapa sahaja yang dikehendakiNya"
~ SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUL RASUL ~
Terimakasih dengan entri ini, menginsafkan aku dengan apa yang telah aku lakukan......
ReplyDeletemana ada manusia yang tak buat silap .. yang penting menyedarinya dan bertaubat dengan sebenar-sebenar taubat.
DeleteTerima kasih kerana mengingatkan..
ReplyDeleteSemoga diri kita dijauhi daripada sifat-sifat tersebut.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul.
saya sangat tertarik dengan kaedah mengubat hari yang disarankan.
DeleteTuan,
ReplyDelete"Hendaklah melihat orang yang lebih baik dari engkau di sisi Allah".
Terima kasih.
benar dan sentiasa bersangka baiklah kepada orang lain .. insyaallah aman hidup kita dunia akhirat.
Deleteterima kasih dgn perkongsiaan ilmu ini uncle...sesungguhnya semua manusia itu sama di sisi Allah, hanya taqwa yang membezakan...Salam Maulidur Rasul
ReplyDeletebenar .. hanya taqwa yang membezakan kedudukan kita disisi tuhan.
DeleteTerima kasih
ReplyDeleteselamat berselawat sebanyak mungkin setiap hari :)
ReplyDeletedari kitab tasawuf karya al-Ghazali kan? ada juga qalam Abdul Qadir al-Jailani, syukran atas ilmu ini..refresh semua kitab ini,
ReplyDeletesalam ukhuwwah ya akhi, jemput blog ana untuk menimba dan berkongsi ilmu, insyaAllah :)
memang karya al-Ghazali yang telah diterjemahkan seperti yang telah saya nyatakan di atas.
DeleteBetul tu, bidayah al-Hidayah, ada sambungan nya kitab ini tak silap saya..bidayah al-Nihayah, juga membicara kan soal tasawuf...
Deletestyukran atas perkongsian akhi..
mohon tunjuk ajar dari akhi yang banyak pengalaman :)
Ad-Dien
memang orang kita agak kurang menumpukan kepada tasawuf tapi lebih banyak menumpukah kepada fiqh .. kalau ada pun mempelajarinya, amalannya amat menyedihkan.
Deletepakcik sendiri pun tidak mendapat pendidikan format dalam Islam .. dalam hal ini, pakcik kena belajar dari awak.
la tahzan wa la baksa pakcik , saya pun masih banyak kekosongan dalam diri,
Deletedulu masa dip di UM ada belajar mustolah. ulum hadith kan? Itu sudah cukup baik pakcik, bila kita belajar hadith, kita dapat menyemai mutiara sunnah, kita dalam menjejak mesej para kibarul ulama' dan salaful ummah...
akhlak mereka adalah yang terbaik pakcik, sama-samalah kita menempuh jalan yang mereka tempuh..
saya segan pakcik cakap begitu, tidak layak bagi saya mengajar pakcik, boleh jadi pakcik lebih arif kerana pengalaman dan luasnya hidup pakcik berbanding saya..
saya hanya berkongsi di blog, dari qalam para salafussoleh ke blog saya..moga bermanfaat hendakhnya...
terima kasih atas komentar akhi al-lavendari ye :)
moga senantiasa dalam redha dan Rahmatnya, Allahu yubariku fik
Salam maulidur rasul
ReplyDeleteterima kasih kongsikan disini..boleh tumpang baca..
bukan setakat baca sahaja dibenarkan .. malah nak kopipes pun digalakkan.
Deletethanks pakcik..
ReplyDeletePeringatan yg amat berguna. Ramai tidak ambil berat pasal hati yg tenat berpenyakit walhal nabi kita menekankan keadaan hati lah yg menentukan kebaikan keseluruhannya. Rosak amal kerana hati yg tidak sihat.
ReplyDeleteTerimakaseh.
Dari pengongsian diatas, perkara yg perlu saya ingat bahawa
1. mengubati hati ialah usaha yang berterusan.
2. cara mengubatinya pula sangat susah
3. ada ilmu dan amal yg wajib diikuti untuk membersihkan hati
tapi telah menghilang
4. pasti dilupakan kerana disibukkan dengan mengumpul perhiasan dunia.
ingat juga contoh-contoh ucapan berwarna biru yang merupakan petua untuk mengubat hati.
Deletesalam maulidur rasul
ReplyDeleteterima kasih ats perkongsian ini
Assalamualaikum Tuan Haji,
ReplyDeleteSallam Maulidur Rasul,
Terima kasih atas perkongsian ini, dosa begini
hari2 kita buat tanpa kita sedari dan perasan
ianya adalah satu dosa.
tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan. makanya marilah kita brersama-sama bertaubatlah setiap hari.
ReplyDeletesama2 lh kite muhasabah diri...
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi follow blog saya.
ReplyDeletebetul tu uncle. jangan la kite ingat kite je yang best. orang lain tu lagi best sebenarnya.
ReplyDeleteitu bukan uncle yang cakap .. Imam al-Ghazali yang cakap. lama dah dia cakap macam tu !
DeleteSALAM MAULIDUR RASUL...
ReplyDeletesalam kembali.
Deletesalam maulidur rasul 1433H~!!!
ReplyDeleteapakah hukum sambutan maulidur rasul?? cari di blog muazfaris.com
salam kembali. terima kasih kerana sudi singgah kali pertama.
Deletethanks share ni, dapat banyak iktibar :)
ReplyDeleteitulah harapan saya. terimak kasih kerana singgah.
DeleteSalam Maulidur Rasul.
ReplyDeleteAlhamdulillah, pagi2 sesudah subuh dapat membaca bahan yang sangat
menginsafkan. tapi.....kita mudah lupa.... Insyaallah. nk pinjam buku.
salam kembali
ReplyDeletekita takut nak bagi pinjam sebab awak mudah lupa ..
contohnya 'sekolah dah buka' sampai sekarang tak sambung2.
Sebahagian org tua melihat org muda bukan dgn pandangan seperti yg disarankan itu iaitu budak2 ni belum pernah lagi buat maksiat kpd Allah tapi org tua lebih suka mendabik dada mengatakan mereka lebih dulu makan garam. Ini terbit dari hati yg ada penyakit dan memandang rendah terhadap orang lain.
ReplyDeletememang begitulah lumrahnya kerana terpengaruh oleh bisikan dan bujukan syaitan .. memang susah untuk bersifat tawadu'.
DeleteOk,dah baca..
ReplyDeleteSangat2 bermanfaat.
Harap2 yun x termasuk dlm golongan yg riak dalam beribadah.
Sesia jer...
sama-samalah berharap di dalam bimbang ..
Deleteterima kasih atas perkongsian ilmu ini
ReplyDelete