Baru-baru ini ada kumpulan Tabliqh singgah bermalam selama 3 malam di surau saya. Selepas Subuh pada suatu hari, saya berpeluang mendengar tazkirah ringkas yang diberi oleh salah seorang dari mereka.
Dipendekkan cerita, bila dia nak mandi esok hari, dia terkejut kerana kolamnya bukan dipenuhi oleh susu tetapi oleh air kosong sahaja. Ini berpunca kerana setiap seorang dari rakyatnya cuma memasukkan secawan air kosong sahaja kerana merasakan tentulah orang lain akan memberi susu ..
"kalau aku sorang sahaja yang tak beri susu, tak ada beza pun".
"kalau aku sorang sahaja yang tak beri susu, tak ada beza pun".
Pengajaran dari cerita ini ialah bila kita diajak membuat suatu kerja kebajikan, usah berfikir atau berkata ..
"biarlah orang lain yang buat .. takkanlah tak ada orang lain yang buat"
Nota kaki: Ingatan untuk diri sendiri.
a'ah la..betul tu..harap sgt orang lain ada apa pun tak jadi..
ReplyDeletekadang2 ada juga masanya kita terpaksa berharap pada orang lain.
DeleteTerima kasih saling ingat mengingati. Masa baca baris pertama entri pak ngah saya dh gelak...cer baca betul2.
ReplyDeleteapa yang lucunya ? Pakngah tak jumpa pun ? Cer citer !
Deletenk kata lucu tak jugak. Selalunya pakngah amat teliti bila menyusun ayat. "Baru-baru ini ada kumpulan Tabliqh singgah bermalam selama 3 malam di surau saya." Mungkin nak cepat atau mungkin memang betul pakngah ada surau sendiri...keh keh keh. Maaf ya pakngah
Delete"Baru-baru ini ada kumpulan Tabliqh singgah bermalam selama 3 malam di surau saya."
DeleteKalau perkataan surau itu digantikan dengan perkataan 'sekolah' misalnya tidaklah bermakna saya ada sekolah sendiri.
Apa kata kalau saya buat ayat begini "Baru-baru ini ada kumpulan Tabliqh singgah bermalam selama 3 malam di kampung saya." Bukanlah bermakna kampung itu saya yang punya.
Itulah sahaja penjelasan saya. Moga boleh diterima.
Bila 'dia harapkan dia dan dia harapkan dia yang lain', maka tiada apalah kesan yang akan didapati selain dari sesuatu yang akhirnya semua orang mula 'tuding menuding' semula... :(
ReplyDeleteoleh itu marilah kita mulakan membuat kerja kebajikan agar diikuti oleh orang lain.
DeletePengajaran yg amat baik tuan. Benar amat berkait rapat cerita ini dlm kehidupan bermasyarakat kita sekarang.
ReplyDeletesama-samalah kita bantu apa yang terdaya bila ada orang mohon pertolongan.
DeleteRaja tu pun satu! Dahlah kaya, nak minta rakyatnya sumbang secawan susu lagi. Aparra! Hahahah!
ReplyDelete=p
ini kisah raja di zaman dahulu kala .. sekarang tak ada dengar pulak.
DeleteAslkm
ReplyDeleteTerimakasih. Sama2lah kita fikirkan.
.. dan amalkan.
DeleteITULAH PAK.. KALAU KITA LIHAT MAKSIAT ATAU KEMUNGKARAN DI DEPAN MATA, KADANG-KADANG BUKAN TAK NAK TEGUR, TETAPI TAKUT KITA DISALAHKAN SEMULA ATAU DIBELASAHNYA.
ReplyDeletejangan buat sorang-sorang. itu cari penyakit namanya.
DeleteAsSalam,
ReplyDeleteSekarang tak yah mandi susu dalam kolam kan? Dah ada shower gel susu kambing..amat terbaik dan wangi..hehehehehe
alaikumsalam.
Deletenak beli kat mana ? apa khasiatnya ?
menarik cerita ini
ReplyDeleteterima kasih kerna sharing
sharing is caring
terima kasih kerana sudi membaca.
DeleteRaja ni pun kalau nak mandi susu suruhlah pembantunya pergi beli. Jangan nak harap benda free aje. Itulah akibatnya .... ngeeeee
ReplyDeleteSorry kalau pandangan saya ini dari sudut yg berbeza.
abang tak tahu nak jawab apa .. biarlah raja itu jawab sendiri. hehe
Deletesangat-sangat setuju engan entri ni.. kalau dah semua fikir lagu tu, maka takdelah hasilnya nanti
ReplyDeletejom kita mulakan buat kerja kebajikan .. mulai dengan keluarga terdekat dahulu.
DeleteDia harap orang, orang harap dia. Lama lama satu pun tak jadi.
ReplyDeletebetul .. bila tak jadi, masing nak melepaskan diri.
Delete