Tuesday, February 14, 2012

MARILAH KITA BERBAHASA MELAYU DENGAN BETUL PADA SETIAP 15HB.



Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekelian.

Pada suatu masa dan ketika yang tidak beberapa lama dahulu,  saya ada membuat kempen mengajak semua blogger menggunakan Bahasa Melayu dengan betul pada setiap 15 haribulan. 

Ada pun maksud dan tujuan saya membuat kempen itu telah pun saya terangkan dengan panjang lebar di dalam entri ini.  Antara lain saya telah menyarankan supaya  kita menggunakan Bahasa Melayu dengan betul

"dalam entri atau komen kita, sekurang-kurangnya pada hari tersebut, agar kita tidak terlupa untuk menggunakan Bahasa Melayu dengan betul apabila diperlukan nanti"

Akan tetapi sambutan terhadap kempen itu tidak bertahan lama. Memandangkan perkembangan dan keadaan semasa, saya bercadang ingin menghidupkan semula kempen tersebut dengan mengajak semua blogger menggunakan Bahasa Melayu dengan betul pada setiap 15 haribulan.

Semoga saranan saya ini mendapat persetujuan dan sokongan tuan/puan semua. Di atas sokongan tuan/puan itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Yang berharap benar;




Hamzah bin Abd Hamid.


p/s: Kepada sesiapa yang bercadang hendak menyambut Hari Valentines pada hari ini,  saya syorkan baca entri ini dahlulu.



30 comments:

  1. Saya sentiasa menyokong usaha menggunakan Bahasa Melayu dengan betul itu. (Walaupun susunan ayat saya lintang pukang juga!)

    ReplyDelete
  2. saya pun serupa .. tetapi dengan kempen ini, saya mengharapkan sekurang-kurangnya kita akan berusaha menggunakan BM dengan betul dalam setiap komen dan entri kita pada hari tersebut.

    ReplyDelete
  3. kebanyakan bahasa dalam entry-entry saya lebih kepada penggunaan Bahasa Melayu yang betul ala-ala karangan,namun begitu untuk menyedapkan penceritaan yang menarik saya selitkan juga bahasa pasar atau ada juga ke"inggeris'an sedikit..tapi saya maklum ada juga pengguanaan Bahasa Melayu saya salah dari segi ejaan atau tatabahasanya,namun demikian saya berusaha agar Bahasa Melayu ala-ala karangan saya tidak hilang di telan bahasa-bahasa moden atau pasar yang sering saya baca di blog-blog orang lain.Saya sokong kempen ini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya awak tak ada masalah .. kempen ini lebih ditumpukan kepada remaja yang suka menggunakan bahasa SMS.

      Delete
  4. tuan, saya cadangkan sempena Hari Antidadah Kebangsaan pada 19 Feb 2012 ni, apa kata tuan buat entri mengenai antidadah??..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti saya cuba .. tapi pada 19hb saya sudah ada tajuk khusus utk diposkan.

      Delete
  5. Setuju dan sokong. Marilah kita pelihara keindahan bahasa melayu. Kalau tak kita siapa kan. Ini bukan bererti kita tak perlu juga cinta pada bahasa lain.
    Pilihan tarikh limabelas haribulan juga sangat baik, saya suka angka itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana menyokong .. dan saya setuju bahawa kita juga perlu menguasia lebih dari satu bahasa. lagi banyak lagi bagus.

      Delete
  6. Apabila membaca ayat-ayat di atas, terasa seperti membaca bahasa asing pula. Telah terlalu lama rupanya saya tidak menggunakan Bahasa Melayu yang betul. Apabila diimbau kembali, kemungkinan kali terakhir saya menggunakannya ketika menuntut di tingkatan 6 iaitu 30 tahun yang lalu.

    Saya menyokong cadangan tuan.


    p/s amacam pak ngah, agak2 lulus tak bahasa saya di atas tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dapat markah penuh .. saya juga turut terimbau membaca komen anda.

      Delete
  7. Pakcik, saya akan sahut kempen utamakan bahasa Melayu dengan betul. Sebelum ini pun, entri saya menggunakan bahasa Melayu yang betul. Cuma ada sesetengah perkara, hati saya membuak-buak hendak menggunakan bahasa pasar. Tertahan-tahan umpama orang menahan untuk membuang air besar.

    Pakcik, macam mana dengan komen saya? Saya harap, saya menggunakan ayat yang gramatis untuk kemudahan pemahaman.

    =D

    P/S - Saya tak sambut Hari Velentine. Tapi saya sambut Hari Suami Isteri. Macam mana Pakcik? Agak-agak di kemudian hari, boleh ada rezeki untuk anak kedua tak? Heheheheheh.....

    Kena banyak-banyak minta doa pada Allah.

    =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. jangan suka menahan2 buang air besar ... nanti sembelit .. hehe

      2. tentang Hari Suami Isteri tu .. usaha tangga kejayaan. insyaallah.

      Delete
  8. Yun ingt lagi kempen setiap 15hb ni tapi skrg ni memang jrg buat n3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang uncle kagum dengan daya ingatan yun .. buatlah entri terjadual.

      Delete
  9. MARILAH BERSAMA-SAMA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU. KITA BOLEH.

    ReplyDelete
  10. kalau menggunakan bahasa melayu dengan betul pada setiap hari pun, ada baiknya.. (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh lagi bagus .. tapi kadang2 satu hari pun susah. ramai sangat yang gunakan bahasa SMS.

      Delete
  11. Saya sokong cadangan abang tu.

    Esok kalau saya ada buat entri baru, insyaAllah saya akan menggunakan BM yang betul.

    Oh ya. Ada tersilap ejaan dalam entri abang di atas. Tuan/Pun sepatutnya Tuan/Puan

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas teguran itu .. telah diperbetulkan.

      Delete
  12. Salam Pak Ngah, cadangan Pak Ngah disokong. Maka saya kongsikan puisi untuk Pak Ngah...selit Bahasa Arab sikit...

    Belum Menjadi Permaisuri...

    Wahai Sang Puteri,

    Hamba ini...
    Bagai pungguk rindukan bulan,
    Mencari dahan di puncak awan,
    Kala menunggu Sang rembulan,
    Memantulkan cahaya di tabir kegelapan.

    Walaakin...
    Rindu pungguk hanya luaran,
    Kekal bersama jasad badan,
    Rindu rembulan bukan pada keduniaan,
    Hanya untuk Illahi yang berkekalan.

    Wahai Sang Puteri,

    Hamba ini...
    Umpama Pemuitis yang sunyi,
    Menyusun kata menjadi puisi,
    Menyimpul rangkap membentuk hati,
    Agar indah untuk Sang Puteri.

    Walaakin...
    Puisi digarap dalam impian,
    Hanya kekal menjadi angan-angan,
    Kerana Sang Puteri sudah berteman,
    Menjadikan Al-Quran sumber pedoman.

    Wahai Sang Puteri,

    Hamba ini...
    Seperti Pengembara yang sedang mencari,
    Meninggalkan hati dan Pencinta diri,
    Demi ilmu dan sekelumit rezeki,
    Agar hidup diberkati Illahi.

    Walaakin,
    Kenapa Sang Puteri bermuram durja?
    Adakah kerana rindu hamba bertukar hampa?
    Atau mungkin puisi hamba tidak berharga?
    Atau hanya cemburu Sang Puteri menguasai minda?

    Wahai Sang Puteri,

    Bukankah kita telah berjanji?
    Cinta dan rindu hanya kerana Illahi,
    Kasih dan sayang bila sahih suami dan isteri,
    Cemburu dan manja hanya untuk Raja dan Permaisuri,

    Summa...
    Bersabarlah wahai Sang Puteri,

    Lii anna...
    Sang Puteri belum menjadi Permaisuri.


    ....mungkin anak cucu cicit Pak Ngah yang masih belum kawin kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sangka orang seberang laut boleh berpuisi begitu baik sekali.

      memang pakngah ada 3 orang anak yang masih belum berkahwin lagi.

      Delete
  13. Amat bersetuju dengan apa yang dicadangkan. (Walaupun saya tidaklah mahir berbahasa Melayu, tetapi saya lebih suka menggunakan Bahasa Melayu dari Bahasa English, sebabnya Enslish saya lebih teruk dari Bahasa Melayu saya)

    ReplyDelete
  14. Salam...esok lah ye. Kena perhati ayat di blog kami. Oh esok Wordless Wednesday. Gambar aje lah...

    Salam singgah ye tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      kalau entri tidak menggunakan bahasa, boleh saja komen menggunakan BM yang betul.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.