Thursday, February 23, 2012

SONYUM SOKOJAP 39 - ISTERI SIAPA PALING BAIK ?

 .

Perbualan 3 orang suami di satu pagi di sebuah gerai minuman di bawah pokok ketapang di tepi jalan besar. Masing-masing berlumba-lumba menceritakan kebaikan isteri masing-masing.


Suami 1: "Isteri aku baik sungguh. Aku bagi RM10 beli barang dapur .. lebih 15 sen pun dia pulangkan kat aku"


Suami 2: "Isteri aku lagi baik. Semua barang dapur dia beli guna duit dia sendiri"


Suami 3: "Isteri kau orang semua tak boleh lawan isteri aku punya baik. Sejak aku kawin 30 tahun dulu  sampailah sekarang, sekali pun dia tak pernah minta duit aku ..."

Suami 1 dan 2:  "amboi baiknya ...." mencelah serentak.


Suami 3:  (tersenyum mendengar pujian rakan-rakannya dan seterusnya menyambung " bila dia nak .. ikut suka dia je ambil banyak mana dari poket aku".


 No



jadi ... isteri siapakah yang paling baik ?

.

32 comments:

  1. Semua isteri adalah baik selagi dia menjaga maruah dirinya, suaminya dan keluarganya. Juga taat kepada suruhan Allah dan menjauhi laranganNya. Betul tak? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. isteri yang macam itu boleh pilih pintu mana nak masuk syurga nanti.

      Delete
  2. isteri no 3 tu baik sungguh.

    kahkah.


    .

    ReplyDelete
  3. no 3..sbb dia tahu duit suami,duitku jua ;)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Sallam Tuan Haji,

    Isteri no 3 tu paling baik,
    sebab dia tak menyusahkan suami dia
    nak buka purse dan unjuk duit pada dia..hehe..

    Patut kena ada soklan juga tuan Haji,
    suami sapa paling baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      nanti kalau ada idea saya buat entri suami siapa yang paling baik pulak ..

      Delete
  6. er.

    .

    baguslah.

    semua husband di atas anggap isteri mereka yang terbaik. aman dunia. :D

    ReplyDelete
  7. Semua ketiga isteri itu tak sama dgn kakak. Kakak lebih kurang yg no. 1 cuma baki selalu kakak tak pulangkan hahaha.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau suami tak minta, tak payahlah pulangkan. hehe

      Delete
  8. baik buruk isteri kenalah suami terima seadanya...

    ReplyDelete
  9. kahkahkah. last skali tu macam saya je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama ko buat kerja mcm tu jah?

      Carlos terbaeeeek!

      Delete
    2. YB .. Tijah kata macam dia, bukannya dia.

      Delete
  10. as salam

    ngeh ngeh ngeh
    no 3 tu lar yg paling cerdik

    ReplyDelete
  11. suami3 tu mesti duit berkepok sbb tu isteri main amik je...redha je la ye hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak isteri tolong habiskan duit suami, siapa lagi kan ?

      Delete
  12. assalamualaikum tn hj..

    bbti sy tanya istri sy dulu ya hehehehhee :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam


      awak boleh tubuhkan "kelab taat isteri" hehe

      Delete
  13. Ingat org pompuan aje yg suka gossip pasal suami mereka. Rupanya para suami ni pun sama .... hehehe

    ReplyDelete
  14. inilah yg orang kata..

    poket isteri, tetap poket isteri..

    poket suami juga adalah poket isteri.. gurau2.. jgn marah.. (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kebenarannya .. tapi kadang2 pakngah pinjam juga duit makngahnya.

      Delete
  15. uhuuu..mcm2 kan kisah org..terbaik lah isteri ke 3 tu...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari sudut pandangan wanita memanglah yg no 3 tu yang terbaik. hehe

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.