Tuesday, February 21, 2012

TERIMA KASIH ATAS UCAPAN SELAMAT HARI LAHIR.

Semalam saya tak sempat nak buat entri baru kerana melayan ucapan di fesbuk saya selain menjalankan tugasan rumahtangga.  Di samping itu saya juga langsung tak sempat menjenguk mana-mana blog kengkawan.  Sejak fesbuk berwajah baru ini semakin rajin pula saya bermain-main di sana. Sesungguhnya fesbuk (dan juga blog) berupaya merapatkan perhubungan di antara kita walaupun terpisah oleh lokasi berbeza dan juga jarak usia.



Cetakan skrin fesbuk saya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang telah memberi ucapan selamat hari lahir dan juga mendoakan kebahagiaan saya dan keluarga di dalam entri saya sebelum ini. Semoga anda yang mendoakan juga mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Pada hari Ahad lalu dibuatlah majlis kecil-kecilan untuk cucu saya dengan menjemput sedara dan jiran yang berdekatan.  Tahlil, doa selamat dan acara budak-budak.  Riuh jugalah sekejap rumah saya dengan budak-budak dan juga mak bapak budak.  Saya pun tumpang semangkuk.  Mungkin  tahun depan tukar format ..  sambutan hari lahir cucu saya dilewatkan sehari .. baru adil !


Zaman atuk dulu tak ada pun benda-benda macam ni.


Siapalah yang ambil gambar saya sekerat ni. 

 

Ini satu lagi gambar sekerat .. mentang-mentanglah atuk dah tak hensem.


 Solosai ..


Mirin main kereta remote dia sampai habis bateri.


Selepas ini saya akan cuba menjengah blog kengkawan sebanyak  mana yang terdaya. Insya-Allah.

38 comments:

  1. Agaknya sempat ke saya menyambut ulangtahun kelahiran bersama cucu saya nanti (walaupun mungkin tarikh lahir kami jauh berbeza)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah sempat .. kalau tak sempat pun, kita nak buat macamana. berdoa sahajalah agar dipanjangkan umur dalam keadaan sihat.

      Delete
  2. Replies
    1. kebahagiaan mereka adalah hadiah yang terbesar ..

      Delete
  3. selamat hari lahir uncle, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...amin;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle turut mengaminkan doa awak itu .. terima kasih.

      Delete
  4. La...sama bulan ke Pakcik? Birthday sy mgu lepas tu je..Hiks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari lahir terkebelakang kepada awak. patutlah 'kepala' kita hampir sama.

      Delete
  5. slmt hari lahir ;)
    moga bahagia selalu

    oh fb dah tukar wajah ker?dah lama xleh bukak

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. ttg fb berwajah baru tu, ada orang suka dan ada juga sebaliknya.

      Delete
  6. cuma nak cakap.. panjang betul meja umah pakngah.. mmg puas kalau nak letak lauk segala bagai..

    selamat hari lahir pakngah.. (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sengaja beli yg agak panjang sikit .. sebab anak beranak dah ramai.

      Delete
  7. pak ngah gambar tu lebih nak tunjuk pada makanan, kebetulan pak ngah ada di sutu kot tu yg jadi setengah je tu
    tak apo cucu tu dah wakil muka pakngah awal 60'an

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakngah pun percaya dia orang nak fokuskan kepada makanan.

      Delete
  8. Assalamualaikum Tuan,

    Alhamdullilah, semoga bahagia dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      terima kasih kerana sudi singgah dan membuat ucapan.

      Delete
  9. ^_^ Semoga Allah memberkati hidup kamu sekeluarga, di dunia dan akhirat... Amin

    ReplyDelete
  10. smlm da ucap kat fb ni hjr nak ucap kat blog plk... hepy besday en hamzah.. :) smg diberkati hidup en hamzah di dunia & di akhirat...

    Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana menyampaikan ucapan dan memanjatkan doa di dua saluran.

      Delete
  11. Selamat Hari Lahir Tuan Haji dan Mirin..(Happy belated Birthday)
    semoga keduanya diberkati usia dan diberi keberkatan di dalam hidup dari dunia hingga akhirat ya, amin.

    Kek tu....sama macam yang dibelikan oleh anak saya masa hari ulangtahun kelahiran saya tahun lepas...itu jer satu-satunya kek yang saya paaaling suka.
    World gitu. Ada lebih tak kek tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek ada tu ada semulut lagi .. anak saya beli kat kedai 'Resepi Rahsia' hehe

      memang sodap..

      Delete
  12. SELAMAT HARI JADI YA.. SEMOGA PANNJJAAANNNGGG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI..

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga doa awak dimakbulkannya. saya juga sentiasa berharap dapat dipanjangkan umur untuk menebus dosa dan menambahkan ibadat.

      Delete
  13. selamat hari lahir buat atuk & cucu.Meriah sungguh.Hope saya pun dapat merasainya hari tua nnt insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. semoga kita sama-sama dipanjangkan umur dalam keadaan sihat walafiat.

      Delete
  14. cucu kata atuk asyik enterframe...nah, kan dah tinggal sekerat...hihi..lagipun saya rasalah cucu memang suka nak aim kat perut atuk je tu..nampak atuk pegang pinggan kan..penuh pulak tu...hikhik...

    one happy family..alhamdulillah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun depan saya buat pada hari lahir saya pulak .. biar dia merasa ! hehe

      Delete
  15. saje je amik gambo sekrerat cenggitu. hahaha!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan disengajakan tapi jurugambar tangkap muat .. begitulah.

      Delete
  16. terbaiklahhhhhhhhhhhhhhhhh

    kalau dekat pasti ayu bt kejutan..
    mau2 telur 10 biji.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. panjangnya terbaiklahhhhhh awak ..

      terima kasih atas niat untuk menghantar teluar itu. niat yg baik pun sudah dapat pahala.

      Delete
  17. hi, macam mana nak ubahsuai mukabuku macam tu. teringin pulak rasanya walaupun IM bukan sangat kaki mukabuku!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun dah lupa caranya .. dan saya pun tak reti nak patah balik. maaf bebanyak kerana gagal membantu di sini.

      Delete
  18. Walaupun dah terlambat tapi saya tetap nak ucapkan selamat ulangtahun kelahiran pada Tuan Haji & cucu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas kegigihan awak datang untuk menyampaikan ucapan itu .. belum terlambat sangat. kereta api baru sampai kat Bahau je !

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.