Wednesday, February 1, 2012

PANGGILAN YANG MENGGANGGU TIDUR.

Sedang saya sedap-sedap tidur selepas sembahyang Zuhur tadi, saya dikejutkan oleh panggilan telefon dari nombor yang tidak saya kenali. Dengan segera saya mencapainya dan  terus menjawab.

hello, siapa ni ?

bukan ke tadi awak yang call saya ?

tapi siapa yang memanggil ini ?

kenapa awak tanya pulak, bukan ke awak yang call saya dulu.

laaa ..  saya tak panggil, tapi mungkin juga isteri saya sebab tadi dia cakap kredit dia dah habis ..

owh .. siapa nama isteri awak ?

Jan. 

Ohhhhhhhh Jaaaaan .. ni makcik Leleh. Maafkan Makcik ya. Makcik nak cepat pergi rumah Puan M ni .. ada latihan berzanji.

Oh macam tu  ... Jan baru pergi. Jumpa dia nanti, Makcik tanyalah dia nak apa.

Baiklah. Maafkan makcik ye.

Tak apa makcik.

Lepas tu mata saya dah tak mahu tidur, maka lahirlah entri ini.


 
Nota kaki: Nama Makcik Leleh tu bukan nama sebenar. Harap makngah maklum.



34 comments:

  1. Replies
    1. entah .. saya pun tak pasti apa perasaan saya masa ini.

      Delete
  2. Hahahahah!

    Serius sekali lagi Pakcik!

    Saya memang gelak besar nie!

    Hahahahahah! Jgn KONFIUSUS tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertama kali Pakcik dengar perkataan KONFIUSUS.

      Delete
    2. Pakcik yg taip perkataan tu ms bls komen sy sebelum nie - TGK TU! PAKCIK LUPA!

      Delete
  3. Salam,

    Lepas Zohor, lepas makan tghhari memang best tidur..tapi perut akan kedepan..hahaahahaha

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. memang best, kalau tak ada gangguna telefon semasa tidur.

      Delete
  5. "Masa yang panggil tadi memanggil, mengapa tak jawab panggilan? Dah tu, kalau nak cepat ke rumah orang berzanji buat apa panggil sekarang?"

    Kot reaksi begitu, sebab terkejut dari tidur, kira ok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dia menjangka panggilan dari Bank Simpanan Nasional memberitahu dia menang kereta Mercedes dalam cabutan Sijil Simpanan Premium.

      Delete
  6. HEHE..kalau saya la paling pantang terima call dan org tanya 'sapa ni?'.
    sepatutnya dia perkenal diri sbb dia yg call..
    tapi dimaafkan sbb dia minta maaf di hujung kata2 itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia pun dah minta maaf lagi sekali bila berjumpa makngahnya. pakcik pun tak ambil hati sangat sbb dia tak tahu.

      Delete
  7. Sangat geram kalau terkacau tido..lagi-lagi kalau dengar soalan "kenapa awak tanya pulak, bukan ke awak yang call saya dulu." kerek sungguh makcik leleh ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dia ada pengalaman yang tak bagus sebelum ini dari orang yang dia tak kenal.

      Delete
  8. heheh singgah dan senyumm lepas baca entry tuan haji :)

    ReplyDelete
  9. panggilan yang menggangu tidur atau panggilan yang menggangu mimpi?

    sorry ye Tuan Punya Blog kalau salah bertanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum sempat nak mimpi dah terjaga.

      tak apa .. elok bertanya untuk dapat kepastian.

      Delete
  10. saya tau, hikmahnya uncle dapat buat 1 entry.. hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. dapat buat 1 entri. terima kasih makcik leleh.

      Delete
  11. bagus jugak, apa saja boleh jd bahan entri..Tuan sungguh kreatif dlm hal nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya saya dah tak boleh tidur .. jadi ketuklah keyboard.

      Delete
  12. Assalam LL..jangan lupa penuhkan kredit mak ngah tu kalau tak nak terganggu tidur..he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya setiap kali penuhkan, anak dia yang banyak guna.

      Delete
  13. seruan menghapdet tuh pak ngah weh...

    ReplyDelete
  14. Tuan,

    Memang ada mimpi tertentu yang kita rasa amat kecewa kerana ditamatkan secara tiba-tiba oleh orang ketiga @ dunia 'real'.

    Seeloknya kita tidur semula, kalau-kalau sinambung mimpi tadi datang semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah mimpi dikejar harimau .. punyalah takutnya sampai mengigau. nasib baik ada orang kejutkan. kalau tidak mungkin mati dalam mimpi.

      Delete
  15. Tu mesti tidur tak basuh kaki dulu....

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.