"JANGAN MEMBUANG SAMPAH, BERSAMA MENJAGA KEBERSIHAN BANDAR KITA"
Itulah pesan Majlis Perbandaran Seremban (MPS). Rasa pelik pulak bila baca pesanan ini. JANGAN MEMBUANG SAMPAH. Habis sampah tu nak bubuh kat mana ?
Saya rasa semua orang faham maksudnya. Saya pun faham. Tapi dah tabiat saya tak boleh tengok tulisan-tulisan yang pelik macam ini. Nak buat macam mana ?
cuba pakngah tengok slide dekat papan iklan berhambiran dewan MPS tu, ada sesuatu yang perlu di tegur juga
ReplyDeletekalau tak bertukar lagilah iklan di situ.
tak perasan .. nanti bila pergi bayar cukai pintu, Pak Ngah tengok.
Deletepak ngah sya ingat ada yang tertingal tu, biasanya ayat tu adalah 'JANGAN MEMBUANG SAMPAH MERATA RATA"
ReplyDeletekalau dia tulis macam itu, maka tidak adalah entri ini .. hehe
DeleteMPS tak bagi buang sampah, mungkin dia suruh makan sampah...
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteJgn buang sampah disana, disini dan di sinun..hahahahaha
salam kembali.
Deletemungkin juga dia tak bagi buang sampah kat situ ..
merata2 tak muat sebab banner pendek
ReplyDeleteowh .. rupanya awaklah yang buat banner tu ye ! hehe
DeleteHehe.. Susah tinggal di bandar tu!
ReplyDeletePost Terbaharu Saya - R.I.P Whitney Houstan 1963 - 2012
As salam tuan, Ni kes tulis ayat tak habis... Kalau bahasa Inggeris ada 'broken English', Bahasa Melayu pun ada yang patah, ada sekerat saja..hehe.. Kos untuk tulis 'Merata-rata' mungkin dah terlebih drp budjet.
ReplyDeletetak cukup bajet atau tak ada sesiapa yang semak ?
Deleteassalam AL..betul tu..semua orang faham..tapi AL lebih teliti..
ReplyDeletesaya terimalah pujian itu dengan rasa rendah hati .. hehe
Deleteagaknya kita kene makan sampah tu kot pakcik.. buat lauk sampah masak kicap takpon asam pedas sampah.. takpon kene salai dulu sampah tu lepas tu masak lemak cili api.. auwwwww
ReplyDeletelepas itu kita makan sama-sama .. hehe
Deletesebab iklan kata; JANGAN BUANG SAMPAH tu la, masyarakat dok buang sampah juga. Kat taman IM tu depa buang sampah kat papan tanda JANGAN BUANG SAMPAH DI SINI.
ReplyDeletehaha betul tu! kalau ada papan tanda jangan buang sampah di sini dekat situ lah yang orang akan buang kan? :)
Deletekalau begitu kita songsangkan .. "sila buang sampah di sini" supaya orang tak buang sampah kat situ. boleh ?
DeleteAmboiiii.... tetiba jadi lurus bendul plak dia? hehehehe
ReplyDeletedulu awak kata abang loyar buruk .. sudah tukar ka ?
ReplyDeletea, a kan, nak buang kat mana nanti...Tak kan nak simpan jer..kena buat kajian nih.
ReplyDeletemula2 buat kajian awal, lepas tu buat kajian lanjutan dan jangan lupa buat kajian semula selepas dua tahun.
DeleteKena cek. Mungkin memang maksud MPS tu simpanlah sampah, supaya Seremban dan tempat-tempat sampah kelihatan bersih.
ReplyDeleteMPS terlupa tulis, "Dibenarkan membuang undi dan membuang pemimpin yang anda menyampah".
Bagus juga buat poster yg tertulis "Dibenarkan membuang undi dan membuang pemimpin yang anda menyampah" dan gantikan poster2 lain yang bersepah tu.
ReplyDelete