Berita Harian - 31/1/2012.
oh pencuri oh pencuri, kenapa engkau curi ?
macamana aku tak curi, tak ada orang jaga,
oh jaga oh jaga, kenapa engkau tak jaga ?
macamana aku nak jaga, mata aku mengantuk,
oh mata oh mata, mengapa engkau mengantuk?
macamana aku tak mengantuk, siang bawa teksi.
oh jaga oh jaga, mengapa engkau bawa teksi ?
macamana aku tak bawa teksi, gaji aku seciput.p/s: berhubung dengan entri semalam tu, sahlah Makngahnya yang guna telefon saya untuk menelefon Makcik Leleh. Masa tu Makcik Leleh tengah sembahyang Zuhur. Dan selepas itu bila Makcik Leleh berjumpa Makngahnya, dia minta maaf sekali dari saya lagi melalui Makngahnya. Lama-lama nanti lelah pula Makcik Leleh ni ..
Ye tak ye juga kan? Mmg le kene curi klu takde yg nak menjaganya. Dah tau rege puluh ribu. Alahai....
ReplyDeletepuluh ribu apa .. puluh juta !
DeleteEh, jari terkehel lak Pakcik. Ade lak rubi! Cehh! Silap sy.
Deletemana pulak datangnya rubi tu ?
DeleteAduhai... saya pulak tumpang gelak!
Deletekalau fara baca ni, dia mesti gelak juga.
DeleteHahahahahahah!
DeleteHahahahahahah!
Tak thn gelak sy. Mcm org gila sorang2 kat sini. Gelak sorang2.
Baru pasan ejaan ribu jadi RUBI.
Kakcik,
Sy cover malu. Rubi tu spesis Ubi! Hahahahahahahahaha
tadi ada pakcik dengar orang gelak ..
DeleteHahahahahahah!
Hahahahahahah!
sampai terbangun pakcik dari tidur .. rupanya awaklah ye !
oh gaji oh gaji mengapa kau ciput?
ReplyDeletemacamana aku tak ciput dah kau jaga saja
lainlah kau JUSA atau Menteri...
(itulah, dulu suruh belajar kau sibuk bercinta... kehkehkeh...)
saya pun masa belajar dulu, bercinta juga. tetapi percintaan itulah yang membakar semangat saya untuk belajar bersungguh-sungguh agar mencapai kejayaan yang cemerlang demi membela keluarga .. cewah !
Deletesukalah baca jawapan pakngah untuk kakcik ni...hehe
Deleteada persamaan ke antara kita ?
DeleteNampaknya saya pun akan lelah juga.
ReplyDeleteKalu masuk kali ke-3 saya refresh ruangan komen ni tak muncul juga, saya berhenti la mengomen. Saya baca jer ler kot...
janganlah begitu .. usaha tanda kejayaan. kalau tak mahu susah, awak klik je kat mana2 yang ada tulis 'reply' dan komen. itu yang saya buat kat blog orang. tak kisahlah dia terbit kat mana, janji apa yang di komen, berjaya disampaikan.
Deletekenapa org tak takut mencuri...ssb hukuman ringan sgt...silap2 boleh terlepas...
ReplyDeletesaya rasa ada 3 sebab utama:
Delete1. dia tak tahu dosa pahala;
2. tiada atau lemah pengawasan;
3. dia rasa tidak akan tertangkap;
Salam Pak Ngah..
ReplyDeletepencuri zaman sekarang dah semakin panjang akalnya...
p/s: cik suami dulu pernah hilang motor di dalam tempat kerjanya yang ada jaga dan berpagar lagi...
salam kembali. dalam kes hilang motor tu pakngah syak ia kerja orang dalam,
Deletenama pun pencuri, itu dah memang tugas hakikinya kan :)
ReplyDeletetugas hakikinya mencuri, kegemaran masa lapangnya merempit !
DeleteKalau pencuri bersara dari kerjayanya, nak panggil apa agaknya? :D
ReplyDeletekalau dia dah bersara .. kita panggil mantan pencuri.
Deletekalau dia sedang mencuri .. kita panggil polis.
Nice one! :D Terbaiklah jawapan tu, Tuan. Saya suka :D hehe..
Deleteboleh jual skrip tu kepada peserta raja lawak tak ?
Deletedgr kata Malaysia jadik negara role model yang mengamalkan Islam ikut Quran. Sederhana katanya. hewhewhew~
ReplyDeletetu kira sederhanalah tu .. kalau tidak, stadium tu pun dia curi.
DeleteKalau stadium tu tak melekat ke bumi, mahu stadium tu pun dicuri orang .... huhuhu
ReplyDeletemungkin juga .. tapi pencuri stadium riwayatnya tak lama. sekejap jer mesti kena tangkap. dia nak simpan kat mana stadium tu.
Deletehello itu penyamun ke?
Deleteya... ini penyamun.
siapa kau...
aku orang kaya ...
boleh kau samun rumah aku ...
aikk ... dekat rumah kau tak ada radio car ke?
dialog ni siapa samun siapa ni ?
DeleteDidikan moral yg kurang dan kehidupan yg susah yg memungkinkan terdesak nak mencuri. Waduh inilah paling tak best negara kita. Kes kecurian terlalu banyak, sekelip mata boleh hilang. Pengalaman saya 2x iphone tertinggal kat supermarket xde sorang berani ambil, dtg balik iphone masih berada atas kerusi. Camera dslr tertinggal dalam keretapi di tokyo ada yg sudi tinggalkan di kaunter. Byk lg la ikutkan keluar rumah x berkunci xde sape sudi nak masuk. Nape ye jd gitu kat negara kita yg Islam agama rasminya? Sy rasa sistem pendidikan dr kecil yg sgt berbeza antara msia dan jepun! Sekolah tadika dan rendah sini xde sibuk2 nak suruh bdk pandai baca abc dr kecik tp lebih pentingkan cara hidup dan berdikari. Mmg nmpk anak2 sya sekolah sini sgt hormat hak atau brg org lain. Mereka x akan sentuh atau usik kalau brg tu bukan milik diorg. Contoh terbesar tsunami dulu xde sorang yg mencuri walau susah mcmana padahal peluang depan mata! Bukan nk kata apa tp saya mmg betul2 respek sikap org jepun nih. Sy mmg nmpak semua berpunca dari cara didikan di sekolah dan dirumah juga! Dan lagi satu mmg rakyat diutamakan jd kadar kemiskinan sgt rendah! Semua benda org mampu milik. Wallahualam berdasarkan pndgn sy je.
ReplyDeletesungguh indah kehidupan seperti itu kalau ia berlaku di Malaysia.
Deletetapi saya hairan juga .. macamana pulak Yakuza boleh lahir dalam masyarakat dan budaya seumpama itu.
yakuza tu tak tau la. mesti la ada yg jahat, hehe.. tp yakuza ni masih ada hati baiknya. masa tsunami diorang yg bnyk bagi bantuan duit. maklum la mereka ni bukan Islam sejati. Kalaulah mereka ni Islam pastilah jadi bangsa yg sempurna di muka bumi.
ReplyDeletesaya tertarik dgn komen awak lah. betul.
Deletesepatutnya perkara basic seperti menghormati hak org lain kene diajar sedari kecik lagi. dan mak ayah serta cikgu kene la bagi contoh yg betul supaya tak jadi mcm ketam ajar anaknya berjalan.
sekecil2 benda seperti diari dan surat - kalau dari kecik tak diajar bahawa itu adalah harta peribadi yang tak boleh dibaca sesuka hati - pasti boleh bawa kesan yang positif bila dah dewasa kelak.
rasanya termasuklah juga mesej inbox dan sent dalam henfon kita kan ?
DeleteNi namanya pencuri tegar...
ReplyDeletemereka mencuri kerana peluang terbuka ..
Deleteisk.. orang yang mencuri ni masa keciknya selalu cakap bohong..
ReplyDelete"siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama mencuri"
kata orang "semua pencuri bercakap bohong, tetapi tak semua orang yang cakap bohong itu pencuri" .. betul tak ?
Deleteboleh jadi jugak tu...
Deleteagaknya dah jadi hobi nak isi masa lapang...sian kat dia jadi cam tu...kenapalah agaknye...agaknya xde org sayang kat dia...huhuhu
ReplyDeletetak ada hobi lain ke dia orang ni .. jom ikut saya pergi mancing !
Deleteoyeah! suka lagu pakcik kat atas tu! memang setepek jaga tu bagi...gaji seciput nak jaga barang berjuta2...hihi
ReplyDeletekalau awak suka, awak sambunglah pulak !
DeleteTapi gaji jaga kat perlis boleh capai Rm1000 sekarang. Kalau kontrak dapat kat bos luar memang boleh dapat...
ReplyDeletebetul ke .. kalau gitu saya nak balik perlis jadi jagalah pulak .. boleh rekomenkan tak?
DeleteDia tak tau itu hak orang.
ReplyDeletetu pencuri yang tak pergi sekolah .. hehe
Delete