Ada suatu hari tu selipar Jepun saya diambil orang selepas Solat Jumaat. Nasib baik selipar anak saya tak hilang sama. Pada sebelah malamnya saya ceritakan kisah kehilangan selipar ini dengan kawan-kawan di surau.
"Tengahari tadi kan .. selipar aku kena curi kat Masjid Paroi. Aku pun pakai selipar orang lain ..."
Tiba-tiba seorang kawan saya dengan muka yang serius menyampuk tanpa diundang.
"Tu kira curi jugaklah lu .. tak guna awak pergi sembahyang".
Panas juga cuping telinga saya mendengar komen menyampuk dia sebelum saya sempat habiskan ayat saya.
Sebenarnya saya nak cakap macam ni ..
"Aku pun pakai selipar orang lain. Bila sampai kat kereta, aku suruh anak aku hantar balik ke tempat aku ambil tadi"
Ini bukan gambar selipar saya yang hilang tu tetapi gambar hiasan hasil carian Google.
.
Kalau saya memang bekerja sebagai pengebas seliper, tentulah seliper yang dirantai dan dimangga akan memberi pulangan lebih kepada saya. Maka jadilah pasangan seliper itu lebih tak selamat!
ReplyDeletebetul juga .. rantai dan mangga tu boleh jual sekali kat kedai besi buruk.
Deletemcm tu komennyer? terus malas nak bercerita, kan
ReplyDeleteorang nogori kata .. terus tumpul selera nak bercerita.
Deletemungkin seliper yang awak "pinjam" tu dia punya. Hatinya sakit sbb masa dia cari seliper tu tak ada. masa tu mana dia tau awak pakai sbb awak tak letak nota kat tempat awak ambek...jangan marah...
ReplyDeletesebenarnya selipar saya yang hilang dulu .. jadi isu saya pinjam dan membuat nota itu tak timbul.
DeleteHempukkan saja..suka benar menyampuk org belum habis bercerita ish...
ReplyDeletekalau ikutkan hati nak juga hempuk .. tapi takut dia hempuk balik. tak elok gaduh kat surau ..
Deletehehe...betul2..jgn menyampuk!
ReplyDeleteboleh menyampuk .. tapi kena jaga timing.
DeletePakcik, sy ada reply komen Pakcik kat entri sy.
ReplyDeleteSy hrp, anak sy boleh menikmati perbankan Islam yang telus suatu hari nanti. Tiba-tiba rasa sedih. Mcm mengiringi cuaca hujan lak. Hiks~
nantik pakcik pergi baca .. kalau ada nak komen pakcik komen. kalau tak ada, pakcik diam je.
DeleteOh... inilah entri yang tak ramai orang komen tu, ya? Saya tak perasan pun tadi! :)
ReplyDeletememang ada masalah teknikal. berikut aalah penjelasan saya kepada Yunus Badawi saya kopipes dari fb saya ..
Delete"Saya dah semak, bukannya masalah tajuk, tapi masalah teknikal. Dulu saya tersilap pos sbb belum siap, kemudian saya simpan dlm deraf. Bila saya pos semula dia muncul ikut tarikh asal dan tak appear kat bloglist orang lain. sekian. wassalam"
salam pakcik.. haha kadang2 pon termenyampuk jugak lepas tu rasa bersalah plus malu sebab menyampuk benda yang salah.. haha padan la dengan muka sendiri..
ReplyDeletekomen awak sungguh jujur .. pakcik suka.
DeleteOrang yang suka menyampuk atau potong cerita kita adalah orang yang nak tunjuk dia pandai...
ReplyDeletetapi pakcik rasa orang macam tu suka tergopoh-gapah.
DeleteKasut berkunci ni mengingatkan saya pada kisah saya di asrama masa tingkatan satu.. saya sekolah sessi petang.. asal balik kasut dah hilang... jadi saya ikat kasut pada tiang katil.... pun hilang. sedihnya... bukan apa , saya anak orang tak berapa ada duit... hilang kasut, nak kena beli baru... jadi saya meraung.. hilang kasut....kasut selipar... baru kecoh satu dorm.
ReplyDeletesaya dulu pun kasut hanya sepasang .. tapi nasib baik tidak pernah pulak hilang semasa duduk asrama.
Deleteiyelah.. tak perasan entri ni.. kesilapan teknikal rupanya..
Deletecuma mungkin cara yg lebih baik terus berkaki ayam menuju kereta (kalau bolehlah..)
p/s: cuba pakngah letak selipar jauh2 sikit antara kedua2 belah.. susah sikit nak dicuri sebab jumpa sebelah je... (",)
nak berkaki ayam tak sanggup sbb parking kereta agak jauh .. hari pulak panas. boleh melecur tapak kaki.
Deletelain kali nak letak jauh2 atau pun pakai sebelah lain sebelah laih.
Masa kat asrama dulu dalam tahun 1994, ramai dah yang praktikkan memanggakan selipar macam ni sebab asyik kena kebas dengan senior. Tapi ingatkan selesai kes kecurian selipar, rupanya tidak. Si senior ambik selipar ini dan campakkan ke dalam parit luar pagar sekolah (ini kes sakit hati tak boleh nak curi lah ni)
ReplyDeletememang teruk kelakuan senior tu. tapi bila awak jadi senior, awak ada balas dendam tak ? harap2 tak adalah hendaknya.
Deletesaya pulak ^_^. ngee...keluar2 masjid, lepas isyak bulan ramadhan...aik kasut aku tak de?? puas meninjau, x de, jadi saya balik, kaki ayam hehe, kang ada orang nampak tak pakai kasut? buat la muka selamba... haha
ReplyDeletex pe, tak de rezeki(walaupun sedihnye, saya kira halal lah).
Semuanya milik Allah.
kalau malam-malam berkaki ayam tak ada masalah. orang tak nampak dan jalan pun mungkin dah sejuk.
Delete