Friday, February 17, 2012

TAUBAT.



Itulah komen dari Makdara Terdiva kepada saya dalam entri ini. Sukacita saya menyahut permintaanya walaupun kini dia sudah lama tidak bersiaran. 

Saya perturunkan di bawah ini petikan dari kitab Tafsir al-Azhar, karya Dr. HAMKA yang telah saya baca untuk renungan kita bersama. (Macam progam  "You Asked For It" pulak). Saya tidak mahu mengulasnya kerana saya rasa ia sudah sangat jelas menerangkan maksudnya dengan sendiri, kecuali memetik sebahagian kata-kata beliau yang sangat mengesankan saya:

" .. kadang-kadang orang yang tidak terbangun tengah malam, sehingga tidak sempat mengerjakan shalat Tahajjud, mungkin lebih baik dari yang sempat bangun dan sempat Tahajjud, lalu pagi-paginya dia berbangga dengan amalnya"

.....................................................................................


Menurut Dr. HAMKA:

"Taubat artinya kembali. Setelah tertempuh jalan yang sangat sesat, tidak tentu ujungnya. Bertambah lama bertambah terasa gelap, lalu timbul sesal dana segera kembali. Maka dicukupkanlah syarat taubat yang tiga perkara. Pertama, menyesal atas perbuatan yang telah terlanjur. Kedua, segera mencabut kesalahan yang ada sekarang. Ketiga, mengakui dan bertekad tidak akan berbuat lagi. Dan pengakuan salah itu bukan kepada manusia, bukan kepada pendeta dan kiyai, tetapi rahasia antara hati sendiri dengan Allah. Dapat dilihat orang hidupnya yang telah berubah kepada yang lebih baik.

Kata ahli-ahli tasauf, jiwa orang yang benar-benar bertaubat kerana sesuatu kesalahan, kadang-kadang jauh lebih maju dalam mendekati Tuhan daripada jiwa orang yang merasa dirinya tidak bersalah, sehingga pernah juga mereka misalkan, bahawa kadang-kadang orang yang tidak terbangun tengah malam, sehingga tidak sempat mengerjakan shalat Tahajjud, mungkin lebih baik dari yang sempat bangun dan sempat Tahajjud, lalu pagi-paginya dia berbangga dengan amalnya"

Sumber: HAMKA, Tafsir Al-Azhar Juzu' 4 - muka surat 296.

 ........................................................................................................................................

Sub Entri: Makngah Dengan Geng Suraunya.



 Nak tahu cerita lebih lanjut silalah berkunjung ke sini.



16 comments:

  1. Lain kali kalau saya nak tahu sesuatu bolehlah saya tanya dgn abg ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanyalah .. kalau abg tahu abg jawab dan begitulah sebaliknya.

      Delete
  2. Bila kita menyatakan taubat, semoga ianya tidak dibuat-buat.

    Ke mana agaknya MDT menghilang ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. "kadang-kadang orang yang tidak terbangun tengah malam, sehingga tidak sempat mengerjakan shalat Tahajjud, mungkin lebih baik dari yang sempat bangun dan sempat Tahajjud, lalu pagi-paginya dia berbangga dengan amalnya"

      saya sangat terkesan dengan kata-kata HAMKA itu.

      saya pun tidak tahu kemana MDT .. sedar2 dia sudah lama sunyi.

      Delete
  3. Salam Tuan Haji..

    tajuk n3 tuan haji sama la ngan tajuk n3 sahabat kita dari perjalanan yg singkat En razak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. saya pun baru baca. saya juga telah membuat komen selepas komen awak.

      Delete
  4. Assalamualaikum bang haji...

    Moga sihat hendaknya dengan izin~Nya..

    Keutamaan apalagi yang lebih besar dari pada orang yang bertaubat itu mendapatkan ampunan dari Allah SWT, sehingga keburukan mereka digantikan dengan kebaikan?

    Allah SWT berfirman: "Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam ustaz.

      terima kasih atas komen pelengkap ust itu.

      Delete
  5. tidak dapat mengesan yang mana satu makngah.
    walau kita rasa tiada membuat salah, seperti yang bangun tahajjud tapi bangga, perlu berterusan bertaubat kerana banyaknya kesalahan yang tidak disedari dan juga yang tak dapat dihindari seperti seperti setiap urusan dunia sekarang dinodai dosa riba'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah saja hendak mengesannya .. yang paling cantik tu dialah .. hehe

      Delete
  6. TAUBATLAH.. KITA YANG HARI-HARI TUNGGANG TONGGEK BERSOLAT NI PUN TAK TAHU SAMA ADA SOLAT KITA DITERIMA ATAU TIDAK OLEH ALLAH.. OLEH ITU, JANGAN SANGKA KITA BERSOLAT, KITA SUDAH BAGUS...

    ReplyDelete
  7. Baru sebentar tadi saya baca blog sahabat yang ber'entri'kan tentang kematian, kemudian bila masuk ke blog Pak Ngah tentang isu taubat.... Alhamdulillah... Allah memberi petunjuk kepada saya... ameeeennn

    ReplyDelete
  8. lalu pagi-paginya dia berbangga dengan amalnya...


    biarlah amal dan taubat kita hanya antara kita denganNya saja

    ReplyDelete
  9. semoga taubat yang kita buat betul2 taubat nasuha

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.