Pada 22hb yang lepas saya mendapat komen dari DJ Carlito dari USA ke atas sebuah entri lama saya yang tersiar lebih dari 2 tahun lalu. Saya terperanjat kerana seorang Mat Saleh dari Richmond, USA mengenali Siti Zaiton seorang penyanyi terkenal di zaman Pop Yeh Yeh dahulu.
Saya percaya ramai di antara pembaca Melayu di Malaysia sekarang ini yang tidak mengenai Siti Zaiton itu. Kalau berhajat hendak melihat rupa Siti Zaiton yang jelita itu, klik sini.
Saya juga telah melawat blog DJ Carlito seperti di bawah yang bertajuk "Pop Yeh Yeh Research Trip". Lagi sekali saya terkejut membaca tulisan dia. Betapa mendalam pengetahuan beliau tentang muzik Pop Yeh Yeh. Saya yang meminati Pop Yeh Yeh ini pun tidak tahu sebanyak itu.
Sebahagian dari blog DJ Carlito.
Salah satu entrinya adalah tentang lagu Bunyi Gitar nyanyian P. Ramlee.
saya mengaku saya tak kenal. tapi kagum jugak muzik kita dapat perhatian mat saleh. :D
ReplyDeletesuatu masa nanti, kalau ada pelajar kita ingin membuat kajian tentang Pop Yeh Yeh, mereka terpaksa pergi ke USA dan belajar dengan Carlito.
DeleteBetullah tuan... kakak memang tak kenal Siti Zaiton ini. Tapi kalau Ahamd Jais, Jefrydin, Azizah tu kakak kenal. Sesekali menghayati lagu Pop Yeh-Yeh "Ayahku kawen lagi" suka juga sebab bapak kakak memang kawen lagi selepas kematian arwah mak....
ReplyDeleteOwh ada cerita rupanya di sebalik lagu "Ayahku Kawin Lagi" .. dan saya pun belum kawin lagi. Kawin dah tapi belum kawin lagi. hehe
DeleteSaya pun tak kenal nama Siti Zaiton ni. Wpun ramai juga penyanyi pop yeh yeh yang saya pernah dengar nama... tapi yang ini memang belum pernah.
ReplyDeletemengikut Carlito, Siti Zaiton telah pun meninggal dunia .. saya pun tidak tahu kalau saya tak baca entri Carlito itu.
DeleteTahniah kerana blog abang bukan saja dibaca oleh orang Malaysia tapi oleh org AS juga.
ReplyDeleteSaya pun tak kenal Siti Zaiton. Mat Salleh tu dan abg boleh kenal dan tahu Siti Zaiton ni.
Abang kenal sebab dia penyanyi lama dan abang pernah bergambar dengannya.
DeleteOrang muda memang ramai tak kenal kecuali mereka pengkaji macam Carlito itu.
MAT SALEH BOLEH KENAL, TAPI SAYA TAK KENAL.. MUNGKIN KERANA TIDAK SEZAMAN..
ReplyDeleteDia kenal sebab dia buat kajian.
Deleteblog antarabangsa lah pak ngah kagum!!!
ReplyDeletebaru sorang tersesat .. belum boleh kata antarabangsa lagi ..
DeleteIM pun pernah disinggahi dan komen oleh seorang blogger dari luar negara. Dia meminati lagu Intifada' - Rabbani yang ada di muzik box IM masa tu.
ReplyDeleteKatanya lagu itu cukup bertenaga!
saya setuju lagu itu cukup bertenaga dan menaikan semangat. benarlah kata orang muzik tidak mengenal erti sempadan.
Deletewahhhh peminat uncle dari jauh tu ....
ReplyDeletedia bukan peminat tetap .. cuma mungkin dia terjumpa semasa mencari bahan untuk kajiannya.
ReplyDeleteRamai yg tk kenal dgn S. Zaiton sbb masa demam pop yeh yeh pd tahun 85 dulu... S. Zaiton tidak terlibat dlm konsert yg dianjurkan oleh arwah M. Shariff. Sy cari sendiri profile S. Zaiton dlm wikipedia tp seperti tdk lengkap... Beliau seorg yg educated... Tp tak tau asal usul penyanyi ini...
ReplyDeletemungkin sebab dia ni low profile dan tak ada apa skandal ..
Delete