Tuesday, February 28, 2012

BERPUAS HATI SAHAJA.


Pagi tadi saya berurusan dengan Tabung Haji, Ampangan, Seremban. Saya lihat kotak maklumbalas kepuasan pelanggan yang sekaligus menjadi tempat untuk membuang slip nombor giliran ada tertulis "Tidak Berpuas Hati" dengan "Sangat Berpuas Hati".  Saya sebenarnya berada di antara "Tidak Berpuas Hati" dengan "Sangat Berpuas Hati". Senang cakap saya cuma "Berpuas Hati" sahaja. Maknanya saya tidaklah "Tidak Berpuas Hati" dan juga tidaklah "Sangat Berpuas Hati". Jadi  pilihan yang ada adalah memasukan slip itu ke dalam kotak yang tertulis "Sangat Berpuas Hati" walaupun saya sebenarnya tidaklah sangat berpuas hati.  

Mungkin saya terbawa-bawa dengan perasaan sakit hati terhadap seorang pelanggan yang meletak kereta menutup sebahagian jalan keluar masuk  semata-mata tak mahu kereta dia panas. Kalau awak takut kereta awak kena panas, simpan je lah kereta awak tu dalam bilik tidur dan pasang airkon.

Apa-apa pun saya doakan agar pelanggan ini tidak menghadapi sebarang halangan semasa menunaikan ibadat Haji kelak.


p/s: Saya tidak berpuas hati dengan jumlah kotak maklumbalas kepuasan pelanggan Tabung Haji itu dan sukacita saya mencadangkan kepada Tabung Haji supaya tambah 3 kotak lagi supaya susunannya menjadi begini:

1. Sangat Berpuas Hati,
2. Berpuas Hati,
3. Kurang Berpuas Hati,
4. Tidak Berpuas Hati; dan
5. Sangat Tidak Berpuas Hati.

27 comments:

  1. salam pakcik..

    kereta tu parking kat jalan keluar masuk kereta ke pakcik? erkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      ha'ah .. itu yang buat pakcik dukacita sikit sedangkan dia nak berurusan dengan Tabung Haji.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apasal di buang komen .. itu bukan kereta awak kan ? hehe jangan marah .. saya bergurau je.

      Delete
  3. ayu pilih cadangan yang ke 5 tu...
    hehehehhehe

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Simpan ajer dalam 'kotak hati' atau lupakan saje ape yang 'terbuku' tu.

    ReplyDelete
  5. assalam AL..tidak berpuas hati kerana kereta tu kan..he he
    saya biasa berurusan ditabung hari rembau

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam

      kenapa sampai ke Rembau pulak .. pasal senang nak parking ke ?

      Delete
  6. komen anda akan dipertimbangkan kelak..TH
    hehee

    ReplyDelete
  7. saya setuju tambah 5 kotak pilihan lagi. Berurusan di TH saya pilih berpuas hati. Semoga ada orang TH baca rintihan hati kita ni. Jika saya nak parkir kereta - saya fikir untuk orang lain dulu...andaikata saya letak parkir seperti itu - saya tau orang akan maki hamun kat saya...saya tak mau orang caci saya!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang saya sangat dukacita tu kerana tempat kosong masih banyak dan keduanya dia nak berurusan dengan tabung haji .. mungkin simpan duit nak pergi haji.

      Delete
  8. kalau berdasarkan gambar tu memang boleh menimbulkan kemarahan.. sabar bang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik semasa saya nak keluar, kereta itu sudah tiada lagi di situ.

      Delete
  9. Salam al-lavendari
    Setuju tambah kotak. Dengan cuma 2 kotak, dijangkakan tentu majoriti pelanggan akan pilih kotak SANGAT berpuashati. Itu barangkali yg memang THj mahukan! Kalau ditambah kotak, mungkin jadi tak majoritilah yg akan kata SANGAT berpuashati..... Skala Likert memang mudah 'disengetgunakan'.

    Hehehe, yg parking mewah tu mujur tak pandu bas masa ke THj!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      entahlah .. mungkin juga sengaja "disengetguakan" untuk faedah diri sendiri.

      kalau pandu bas mungkin saya panggil 'tow truck'

      Delete
  10. Salam Tuan Haji....

    macam2 jenis orang bawak kereta nie tuan haji... salah sorangnya macam tuan punya kereta yg dlm gambar tu lah kan pentingkan diri sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      saya pun hairan di mana letak "hati perut" dan budi pekerti dia .

      Delete
  11. pakngah, saya suka tengah2.. kalau ada 3 kotak saya letak kotak ke 2, kalau ada 5 kotak, saya letak kotak 3.. kalau ada 2 jer, hmmm.. saya buang dalam tong sampah je kot .. heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti pakngah suruh TH buat kotak 1 1/2 khas untuk awak. hehe

      Delete
  12. mmg saya pun marah jugak nie kat org yg parking mcm tanah tu dia yg punya. Kebetulan pagi smlm saya pun ke TH Banda Kaba Melaka...saya jln kaki 5 minit jer , tak yah nk parking2.

    ReplyDelete
  13. amboi .. dekat sungguh dengan rumah. bolehlah masukkan duit hari-hari !

    ReplyDelete
  14. kalau berada ditengah2 antara puas ati atau tak,tuan l=koyak num giliran ke 2 bhgian.masuk dalam2,2 kotak.hahaha

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.