Monday, February 27, 2012

ADAKAH PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA MEMUASKAN ?

Tidak ada manusia yang siuman sengaja mencari atau memilih yang susah. Misalnya kalau lebih mudah dengan menaiki komuter ke pejabat, sudah tentu tiada siapa yang ingin menaiki kereta sendiri untuk ke pejabat dan begitulah sebaliknya. Saya pernah menceritakan pengalaman saya menaiki komuter ke pejabat suatu masa dulu di sini.

Di London misalnya adalah jauh lebih mudah, cepat dan murah kalau menaiki pengangkutan awam samada keretapi, subway atau bas untuk bergerak ke mana-mana di kotaraya itu.  Jadi kempen supaya menaiki pengangkutan awam di Malaysia akan sia-sia jika kemudahan pengangkutan awam masih tidak boleh di harap. Saya yakin orang Malaysia adalah waras dan prgamatik. Kalau membawa kereta sendiri lebih menyusahkan dari menaiki pengangkutan awam, saya rasa tak perlu kempen atau undang-undang, orang ramai akan dengan sendirinya memilih untuk menaiki pengangkutan awam.

Sedikit masa dulu, saya  ada mendapat komen dari FareedSairi, rakan blogger yang sedang melanjutkan pelajaran Peringkat Habis Darjah di Australia yang ada kaitan dengan tajuk entri saya di atas.

Saya ingin mengenengahkannya komennya di sini  kerana kalau ia tinggal sebagai komen, mungkin ramai yang tidak menyedarinya, untuk renungan kita bersama.






Nota kaki:  Fareed panggil saya PakNgah kerana itu panggilan popular saya di blog. Saya sendiri belum pernah bersua  muka dengan beliau. PakNgah doakan Fareed berjaya dengan cemerlang dalam semua lapangan dan usaha yang diceburi.


28 comments:

  1. saya naik kereta sekarang ni, saya boleh sampai dalam tempoh 1/2 jam dari rumah. kalau naik public transport, rasanya 2-3 jam pun belum tentu sampai lagi. almaklum..nak kene tukar bas, naik lrt, naik teksi.

    kalau naik teksi dari rumah mahal pulak. baik nak kete sendiri aje.

    ReplyDelete
  2. pergi kerja hari2 naik lrt...kalau LRT memang ok tak ada masalah sangat..tapi kalau naik komuter... kadang2 sejam tunggu pun belum tentu ada...kalau ada belum tentu boleh naik..berebut2 dengan orang asing lagi...kalau dapat masuk pun ikan sardin pun surrender rasanye duduk dlm komuter...perkhidmatan komuter paling tak puas hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang saya cakap .. kalau ada appoinmen atau mesyuarat, mahu sakit perut dibuatnya.

      Delete
  3. Dah lama tak naik pengangkutan awam. Bukan kerana sombong, tapi kerana ada pilihan. Bagaimanapun rasanya dulu dan sekarang tiada banyak beza mutu perkhidmatannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah .. saya pun dah lama sangat tak naik. tapi dari rungutan orang ramai yg saya baca di akhbar, cakap kakcik tu ada betulnya.

      Delete
  4. Assalamualaikum Tuan,

    Alhamdullilah, dari pengalaman dan pengamatan sendiri, ternyata tahap pengangkutan awam negara kita masih ada banyak ruang untuk diperbaiki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumsalam.

      saya setuju .. memang banyak sangat ruang yang harus di perbaiki.

      Delete
  5. Tahap public transport di Malaysia masih lemah. Yang sedia ada tu pulak, tak punctual. Uncle tgk saja keluhan org pasal komuter, pasal LRT. Driver bas pulak majoritinya orang gila, bawak laju/maki penumpang. Pemimpin tak nampak sebab masa mereka naik public transport, semuanya lakonan tahap Hollywood. Alah, tapi pemimpin bukannya tak tahu, cuma buat buat tak tahu aja. Ini bukan komen anti BN, tapi komen ikhlas dari rakyat Malaysia yg dah semakin muak dgn jelik dgn tahap kemudahan awam di Malaysia yang masih di takuk negara dunia ke tiga. sebagai rakyat saya ada hak nak komen sebab saya bayar cukai. Masalahnya bila komen, terus din cop anti kerajaan. Sampai kiamatlah malaysia tak maju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kena adakan sekim perkhidmatan yang lebih baik untuk pemandu bagi menarik dan mengekalkan pemandu yang baik dan cekap. kita boleh belajar dari syarikat minyak Shell di Malaysia bagaimana mereka melatih, memotivasi dan memberi ganjaran kepada pemandu mereka. sebab itu jarang sekali kita dengan lori minyak shell kemalangan. saya juga tidak pernah mendengar aduan mengenai pemandu syarikat tersebut.

      Delete
  6. Assalmualaikum wbt Tuan Haji,

    hati saya lebih tersangkut pada ayat "taraf hidup di Malaysia makin lama makin membebankan..."

    walaupun dilaung-laungkan itu untuk rakyat ini untuk rakyat, hakikatnya kita sendiri yang rasa...terkini Kedai 1 Malaysia...saya berbesar hati untuk berbelanja di sana, tapi malangnya banyak yang indah khabar dari rupa...

    Maaf, dah terselekoh ke lorong lain pulak...wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam wbt.

      memang terselekoh masuk ke KR1M. Saya pun belum pernah masuk lagi kerana kat sini belum ada.

      Delete
  7. Takat ni yun puas hati dgn pengangkutan
    awam mcm erl,lrt n monorel..Sgt2 efisien..
    Cuma komuter,bas dan teksi jer yg salu orang komplen..
    Sejak dok Sepang ni mmg jarang la naik public trnsport neh..
    Yang ade cuma erl jek..
    Dulu dok kL mmg mudah nak ke sana sini...jimat kos petrol..
    Boleh elak kesesakan trafik n tak pening pala cari parking...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ERL kelas dunia pertama. dulu masa uncle duduk putrajaya selalunya juga naik nak ke KLIA. cukup punctual dan selesa .. maknanya bukan tak boleh buat !

      Delete
  8. prestasi pengangkutan awam di malaysia belum cukup baik, masih perlu penambahbaikan..walaupun saya bukan pengguna pengangkutan awam..tapi dok dengar-dengar jugak rungutan kawan-kawan yang sesetengahnya masih lagi kena panjat bas, tukar bas..dan sbgnya.

    sistem parking memang teruk..di pusat bandar especially. kos tinggi dan selalu tak cukup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kita banding dengan India atau Indonesia, kita jauh lebih baik. tetapi membuat perbandingan begitu akan menyebabkan kita selesa dan tidak berusaha untuk pembaikan. ada juga yang baik .. misalnya perkhidmatan ERL memang setanding dengan negara maju tapi itu belum cukup kerana bas, teksi dan komuter yang menjadi mode pengangkutan popular masih belum memuaskan.

      Delete
  9. bergantung pada tempat juga pakngah. kalau macam di tempat mak ayah nadiah, basnya dulu ok. ikut masa. sekarang ni mak nadiah cerita...pemandu ikut suka angin dia je..tak ikut masa dah la ni. teksi pula harganya mencekik darah! kalau dulu RM 5, sekarang RM 10 (dari dan ke tempat yang sama..bukannya jauh mana pun jaraknya)..huhu..

    masa alam kampus dulu nadiah rajin la naik bas. bas ekspres dari penang ke KL tu ok la. ni bas yang nadiah naik dari kota raya ke serdang. selagi penumpang tak penuh, selagi tu la driver menunggu. letih menunggu bas bergerak! dah la kita ni letih..uhuhu. dah tu driver pandu punya la laju. nak kejar masa la tu sebab dah lewat (mana tak lewat...tunggu sampai bas penuh dengan penumpang!)

    satu lagi, kalau sorang-sorang tak berani dah nak naik pengangkutan awam sekarang ni. ramai sangat warga asing. teringat sekali tu pergi KL dengan mak. masa tu cuti umum kalau tak silap. kat kota raya tu penuh dengan warga asing je. warga Malaysia boleh dibilang dengan jari. rasa macam berada di negara lain pula. takut sangat masa tu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini memeranjatkan kerana dulu ok sekarang bertambah buruk .. sepatutnya bertambah baik.

      pengalaman nadiah itulah yang menyebabkan ramai yang rela naik motor atau kereta sendiri walaupun mungkin lebih mahal.

      tentang warga asing tu memang betul .. pernah uncle sembahyang raya kat masjid Putra di Putrajaya .. lebih separuh jemaahnya adalah warga asing.

      Delete
  10. Aslkm Pak Ngah.

    Naik komuter dr Bangi ke KL. Ya Allah rasa tersiksa benar. Dahlah lama tunggu, bersesak, sempit , hiss...alhamdulillahlah ada pengangkutan,

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam

      memang naik komuter merupakan satu mimpi ngeri .. kesian kat mereka yang tiada pilihan.

      Delete
  11. perkhidmatan monorail kelihatan ok.. cuma tak berapa sanggup nak naik komuter.. lama sgt nak menunggu.. byk pembaziran masa disitu.. (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa perkhidmatan ERL dengan komuter jauh sangat berbeza sedangkan kedua-duanya beroperasi di Malaysia .. heran ..

      Delete
  12. Komen atas tu mmg bagus. Tp lgsg tak relevan pd zaman-zaman skg nie. Heheheh. Siapa yg tak mementingkan material? Cth, projek rakyat akan dtg - LRT. Siapa untung, siapa tak untung?

    Entahlah....(semangat kendur nie)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau begitu, berilah komen yang relevan dengan zaman sekarang ni. hehe

      nak juga dengar !

      Delete
  13. saya dibesarkan & menetap di KL selama 26thn. Sejak mula bersekolah djh 1 hingga mula bekerja, bas Sri Jaya, bas mini & sesekali teksi menjadi mode pengangukatan saya...masa tu rasa langsung tiada masalah w.pun bas mini lebih padat dari sardin dlm tin. Sejak menetap di Melaka hampir 20thn, nak kemana2 naik kereta sebab pengangkutan awam di sini agak sukar. Setelah 20th meninggalkan KL, rasanya tahap pengangkutan awam di sana semakin buruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga masih ingat menaiki Bas Sri Jaya ketika mula mendaftar diri di UM pada awal tahun 1974. Kemudian banyak kali saya naik bas itu dan juga bas mini sehinggala saya membeli motorsikal pada tahun 1975. Kemudian dari itu saya sudah lupa samada saya ada menaiki bas atau tidak di KL. Dari rungutan yang saya dengar dan baca, keadaan sekarang ini bertambah teruk terutamanya kelakuan pemandu2nya ..

      Delete
  14. Salam PakNgah...terima kasih bebanyak kerana sudi memaparkan komen saya. Tak sangka pulak. Hehehe. InsyaAllah, kalo umur panjang, kita jumpa. hehehe

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.