Sunday, February 19, 2012

KISAH SEORANG LELAKI YANG SUDAH TIDUR LEBIH 20 TAHUN.

.
                   60an                                              70an                                        80an



             90an                                  00an                                         11an



                            
               Sebentar tadi.



Kalau dicampur-campurkan masa tidur saya selama ini, saya rasa sudah lebih 20 tahun saya tidur. 

Katalah purata saya tidur 1/3 dalam masa 24 jam. Maknanya kira-kira 8 jam sehari. Kalau 1/3 dari 58 tahun +  tidur hampir 20 jam sehari semasa bayi + tidur siang + tidur semasa dalam bilik darjah dan kuliah + tidur semasa dengar ceramah kat surau dll,  tidakkah sudah lebih 20 tahun saya sudah tidur. Terasa rugi pulak bila di congak-congak. Lepas ni nak kurangkan tidur di siang hari kalau boleh.

Besok umur saya 58 tahun.  Kalau masih berkhidmat dengan kerajaan, ada dua tahun lagi sebelum bersara wajib. Syukur kerana dengan izin  Allah SWT saya diberi kesempatan untuk hidup hingga ke hari ini.  Di kesempatan ini saya mohon daripada Allah swt supaya  dipanjangkan umur, diberi kesihatan, di murahkan rezeki dan  ditetapkan iman sehingga nafas yang terakhir serta diampun segala kesalahan kecil besar di masa lalu.



Gambar di atas adalah gambar cucu saya. Yang pertama setakat ini. Hari ini adalah ulangtahun kelahirannya. Selamat ulangtahun kelahiran yang ke- 3 Khairul Amirin.
Serupa tak dengan gambar atuknya di tahun 60an seperti di atas ?

Seterusnya mari tontoni video ini ..




.

58 comments:

  1. saya mohon maaf dengan Nursalamah kerana bila saya edit entri ini komen anda telah terhilang oleh saya. namun komen anda telah terakam.

    saya berterima kasih banyak2 atas doa anda itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. (:
      tahun ini sambut cucu kedua, kalau perempuan iras makngah yang paling cantek pula.

      Delete
    2. salam..maafkan saya terpaksa komen di sini.saya tak jmp2 ruang komen lps klik byk kali.dah byk kali ia berlaku smpi saya bingung.tak blh nk komen.

      selamat hari lahir buat uncle dan si comel tu. wajah uncle kecil mirip sekali dgn nya. pasti dia manja dgn atuknya kan?wajah uncle lps thn 80-an tak berubah, sama je saya tgk.moga uncle sentiasa sht ye.

      Delete
    3. nursalamah.

      memang cucu kedua ini dijangkakan perempuan .. kalau ikut iras atuknya, orang kata murah rezeki. saya tak kisah lelaki ke perempuan.

      Delete
    4. Lydia Miza

      salam kembali. uncle pun menghadapi masalah yg sama nak komen di blog orang yang guna format komen ini. kadang2 uncle buat macam awak buat, tumpang komen orang. tak kisahlah asalkan hajat sampai.

      wajah mungkin tak banyak sangat berubah tapi kudrat dah banyak berubah.

      Delete
  2. cucu mengambil aura atuknya...ada sedikit persamaan..saya suka lihat perkembangan seseorang dari muda hingga menginjak ke usia senja(tak nak sebut tua)...tahniah tuan masih diberi kesihatan yang baik hingga saat ini..semoga bertambah usia,kesihatan tetap diutamakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata sihat sangat tu tidaklah .. sering juga sakit yg ringan2 sepert demam, selsema dan sakit kepala. puncanya kata doktor kurang bersenam.

      Delete
  3. selamat hari lahir buat Khairul Amirin..moga jadi anak yg soleh-amin..(umurnya sama dgn ank perempuan saya :)

    untuk pakcik juga..sempena ulangtahun kelahiran yg ke58 esok..moga Allah makbulkan segala permintaan pakcik-amin

    agaknya makngah ada masak masakan yg istemewa untuk pakcik esok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas ucapan dan doa itu .. makngahnya masak sehari lebih awal meraikan besday Amirin. pakcik tumpang semangkuk.

      Delete
    2. semangkuk..cukup ke pakcik? (sebenarnya saja nak cuba ruang reply ni..:)

      Delete
    3. cukuplah semangkuk .. kalau habis tambah lagi. hehe

      Delete
  4. Sallam Tuan Haji,

    Selamat Hari Ulang Tahun Yang ke 58 esok, muga2 panjang umur, murah rezki, ditambah keimanan dan ketaquwaan, dipermudahkan segala urusan dunia dan urusan akhirat. Gambar yang paling hendsome ialah gambar tahun 11an. memang orang lelaki ni makin lama makin handsome.

    Selamat hari lahir juga buat Khairul Amirin, semuga membesar jadi orang soleh dan terpelajar macam atok. Wajah pun salin tak tumpah wajah atok dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      terima kasih atas ucapan dan doa itu. gambar saya tu tak usah pakai sangat sebab zahirnya tidak begitu. itu gambar terpilih .. hehe

      Delete
  5. dah nama pun cucu atuk..sikit-sikit mesti ada iras jugak. selamat ulangtahun buat khairul amirin..moga jadi anak yg soleh. dan buat pakngah, selamat ulangtahun ke 58 esok...semoga allah memberkati usia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih murni atas ucapan dan doa awak itu .. nakal mirin pun macam atuk dia dulu juga.

      Delete
  6. wah, 70an dah start tumbuh misai. IM hingga sekarang tak ada misai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah .. tak payah beli pisau cukur. tentu banyak simpan duit sekarang.

      Delete
  7. Semoga Tuan dikurniakan kesihatan yang baik serta keluarga yang bahagia. Amin.

    Cucu tu memang ada iras Tuan. :D

    Post Terbaharu Saya - Dividen 6 Peratus Terhadap Caruman KWSP 2011!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas doa itu .. kalau saya bawa dia berjalan, tak ada orang yg pertikai dia cucu saya.

      Delete
  8. Dikesempatan ni saya nak ucapkan selamat hari ulangtahun yang ke 58 kepada tuan yang difahamkan akan menyambutnya besok (tuan blog saje bagitau awal takut pembaca blog terlupa la tu.hehe) Moga terus dikurniakan kesihatan yang baik dan pertambahan cucu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya beritahu awal sebab sambutannya beserta dengan cucu .. sekali harung, nak jimat belanja. dan hari ini saya dah jangka tak sempat nak buat entri.

      Delete
  9. uncle selamat ulang tahun esok. untuk khairul amirin juga happy birthday. ye, atuk dengan cucu ada iras. Mungkinkah bila amirin dewasa macam atuknya juga =)

    ReplyDelete
  10. Slmt hari ulgtahun Khairul Amirin & Uncle... Semoga mendapat rahmat,keberkatan dan kebaikan dunia akhirat... Amin. Wish siap2, jrg dpt bw skang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih yun, walaupun sibuk sempat juga buat ucapan. uncle pun dah jarang bw. mungkin lepas ini nak aktif kat fb sebab tak perlu bw.

      Delete
  11. Salam pak ngah
    selamat hari lahir yang ke 58 esok
    semoga Allah melimpahkan rahmat, meredhai,memberkati kehidupan pak ngah
    dunia dan akhirat

    dimana tidak tumpahnya wajah atok kalau tidak ke anak cucu..dak gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      terima kasih atas doa itu. amin.

      tapi awak jangan lupa dia ada dua atuk .. tapi dia ikut iras saya bukan iras atuknya sebelah ayahnya. hehe

      Delete
  12. tidur jika diamalkan dengan mengikut cara nabi saw, akan beroleh ganjaran pahala dari Allah swt.. moga ada juga keuntungan di situ..

    selamat ulangtahun ke-58 pakngah.. moga beroleh kebaikan dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga kata awak itu .. apa sahaja perbuatan kita akan menjadi ibadat kalau betul niatnya.

      terima kasih atas ucapan dan doa itu.

      Delete
  13. ye lah uncle...ada iras uncle masa kecil dahulu~

    ReplyDelete
  14. N3 nie best tuan haji dan selamat menyambut hari kelahiran buat datuk dan cucunya,,,, semoga sentiasa dirahmati dan sentiasa dalam redha Nya.... gambar kat atas sekali tu yg paling mahal....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang gambar paling atas itu satu-satunya gambar terawal yang ada dalam simpanan saya dan masih baik.

      terima kasih atas ucapan dan ingatan atie.

      Delete
  15. Aslkm,
    Selamat Hari Lahir Uncle,
    ~ semoga sihat2 sejahtera disamping keluarga
    ~ semoga kehidupan sentiasa dirahmati Allah swt
    ~ Senyum selalu

    * gambar atuk n cucu memang sebijik...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      terima kasih atas ucapan dan doa itu. sebijik ke ?

      Delete
    2. sama2...sebijik la...betui xtipu...
      ~pipi sama2 bulat
      ~mata
      ~idung
      ~mulut
      ~baju pun sama...kotak2..he3

      Delete
    3. yang tak samanya .. satu dalam hitam putih dan satu lagi berwarna .. kan ?

      Delete
  16. selamat ulang tahun cucu=)semoga membesar ngan sihat n diredai Allah n pada tuan juga selamat ulangtahun besok=)semoga Dirahmati allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana mendoakan saya dan cucu. semoga wan juga sentiasa dirahmati Allah.

      Delete
  17. Selamat ulang tahun utk cucunda.
    tersenth bila tengok dan hayati video itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih nieda atas ucapan itu .. saya juga tersentuh bila menengok video itu .. ia terpakai untuk semua orang yang masih ada ibu ayah.

      Delete
  18. Assalamualaikum al-lavendari
    SEMOGA GEMBIRA DAN BAHAGIA MENYAMBUT HARI KELAHIRAN, ATUK dan CUCU!

    Paparan al-lavendari sebenarnya amat menyentuh. Hibanya, apa lagi bila melihat video itu, sekalipun rasanya pernah saya tontoni sebelum ini. Tingginya kebimbangan akan kemampuan anak-anak untuk mengurus diri dan famili, apatah lagi untuk ibubapa yang menua. Terusiknya perasaan, yang sedia tersentak dengan panjangnya tempoh tidur yang sudah dinikmati, sedangkan ada cerita bermasalahnya melelapkan mata bila diri semakin menua. Semoga Allah mengasihani kita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      saya juga sudah beberapa kali menonton video itu .. ia sesuai untuk tontonan semua anak2 yang masih ada ibu bapa.

      saya setakat ini tiada masalah untuk tidur. alhamdulillah.

      Delete
  19. ingatkan sapalah yg tido lebih 20 thn tu....mmg ada iras cucu dgn atuk

    selamat hari lahir uncle....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi ziarah dan memberikan ucapan.

      Delete
  20. Suka saya dengan entri ini pakngah...

    dekat2 je tarikh lahir datuk dan cucu ya? Giliran saya pun akan menyusul beberapa jam saja lagi.

    Selamat hari ulangtahun buat pakngah juga buat cucu pakngah. Semoga apa yang di hajati termakbul InsyaAllah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih yus atas ucapan itu. di sini pakngah juga nak ucapkan selamat ulangtahun kelahiran kepada yus. semoga sentiasa berbahagia disisi keluarga tersayang.

      Delete
  21. Salam Pak Ngah, selamat ulang tahun, tarikh yg sama kami mendarat di NZ tiga tahun lepas.

    Puas juga saya scroll turun naik entri ni nak tgk persamaan atuk dgn cucu..hehehe, moga cucunya pun sama berjaya dan macho mcm atuknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      kejap je dah tiga tahun kan ?

      terima kasih atas ucapan dan kata2 yang sedap didengar itu. sekarang atuknya dan muchuk .. hehe

      Delete
  22. tahniah Pakngah.. selamat ulangtahun ke 58, moga Pakngah terus diberi kesihatan yg baik, panjang umur, diberi rezeki dan kasih sayang yang melimpah ruah serta bahagia hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak2 atas ucapan dan doa itu .. amin. semoga orang yang mendoakan pun begitu juga hendaknya.

      Delete
  23. selamat hari ulang tahun buat atuk dan cucu. seronoknya banyak dapat ucapan hihi :P

    ReplyDelete
  24. terima kasih bagi pihak diri saya dan juga cucu saya. seronok dan meriah lagi di fesbuk.

    ReplyDelete
  25. Selamat Ulangtahun ke 58 dan k2 buah cucu. ALhamdulillah dah berjaya merentasi 5 abad...Semoga Allah murahkan rezeki

    ReplyDelete
  26. bukan 5 abad tapi 5 dekad .. hehe

    apa-apa pun terima kasih atas ucapan dan doa itu.

    ReplyDelete
  27. menung kejap..adakah sy sempat sampai umur spt pak ngah

    ReplyDelete
  28. usah ia menjadi satu perkara yg nak dirisaukan .. hadis ada mengingatkan "bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari"

    ReplyDelete
  29. Khairul Amirin, cucu pakngah yg berjaya 'memudakan' pakngah dengan memanggil PN, ayah! Hihi.. Saya mampu menjadi secret admirer PN sahaja pada tahun 60an itu.. Huhu

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.