Sunday, February 12, 2012

SIAPA PERNAH DIGIGIT TUNGAU ?

Gambar hiasan hasil carian Google.

Harap ambil perhatian .. soalan saya, siapa pernah digigit tungau bukan siapa pernah menggigit tungau?  Rasanya semuanya orang pernah dengar nama tungau walaupun mungkin ada yang tak pernah tengok atau kena gigit lagi.

Ok. Sekarang katalah kita digigit tungau. Kita beli ubat sapu. Selepas sapu  tiga empat lima kali, sakit pun hilang. Sedangkan ubatnya masih banyak lagi dalam tiub. Nak buang sayang. Nak simpan pun nak buat apa. Sakit kita dah sembuh. Lagpipun entah bila pulak kita nak digigit tungau lagi. Nak bagi kat jiran,dia pun tak mahu sebab dia tak kena gigit tungau. Akhirnya ubat itu luput tempoh atau terbuang begitu sahaja. Membazir kan ?

Biasanya ubat sapu ni, saiznya adalah lebih kurang  seperti diatas. Beratnya antara antara 15 ke 30 gram. Nak beli tiub yang lebih kecik lagi dari itu tak ada. Itulah saiz yang paling kecik. Walaupun kita nak pakai sikit je, tapi kena beli juga dalam saiz sebesar itu.

Alangkah baiknya kalau ubat bagi penyakit "one-off" seperti kurap, kayap, terseliuh, digigit tungau dan seumpanya dibuat saiz individu yang lebih kecil.  Kalau boleh biarlah saiznya sebesar 1/10 dari saiz sekarang bagi mengelakkan pembaziran dan pencemaran alam sekitar. Dan kalau takut tak cukup, boleh beli dua.

Soalan Tekateki.  

Apakah binatang yang lebih kecil dari tungau

Tetateki ni kawan saya bagi. Mula-mula saya pun puas memikirkan jawapannya.
 

p/s: saya sangat menggalakkan anda semua membaca entri  ini tentang kisah "Si Tudung Merah" kerana orang kata tungau pun berwarna merah.



23 comments:

  1. dulu kecik2 selalu kena gigit tungau kat pusat dgn ketiak...biasa la..lasak kuar masuk semak! xbubuh apa2 pun..mak cungkil kuar je tungau tu..gatalnye kejap je dah hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun pernah kena kat pusat juga .. dah lupa rasanya dan apa ubatnya.

      Delete
    2. adik saya pernah kena gigit dgn tungau...memang jd bengkak dan sgt menyakitkan

      Delete
    3. rasanya taklah sakit sangat .. sakit lagi digigit ular.

      Delete
  2. Bukanke tungau berwarna oren?

    Yang lebih kecik dari tungau ialah anak tungau. Sila jawab betul, kalau tidak saya merajuk! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah.. kalau tungau tu besar tu.. anak dia lagi kecik..
      tungau memang colour oren...

      Delete
  3. warna oren ke .. mungkin saya jumpa yg dah kenyang kot !

    jawapan kakcik hampir tepat .. kita tengok ada tak yang dapat beri jawapan yang lebih tepat.

    ReplyDelete
  4. anak saya masa kecil dulu kena gigit tungau di ko*** dia. Bila dia kata gatal dan emaknya tengok tempat tu, tahu2 dah bengkak.... huhuhu.

    Saya syak itu mesti tungau betina ... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. abg rasa awak lebih arif dalam hal ini.

      Delete
    2. wow,lagi terer.. boleh kenal yang mana jantan/betina nya hahaha.. terbaek lahh

      Delete
  5. Tuan selalu memancing.. simpan sahaja mopiko tu dalam peti peralatan memancing :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa mancing, kalau digigit apa-apa pun tak rasa sakit. balik rumah baru terasa.

      Delete
  6. TERINGAT DULU ADA MEMBER KAMPUNG, BUDAK CINA. MASA KAT PADANG BOLA DIA BGTAU, ANUNYA KENA "KUTU NGAU". SAYA BGTAU, TUNGAULAH.. BUKAN KUTU NGAU.. HAHAH..

    ReplyDelete
  7. tungau tu dengan kutu bab* tu sama ke Pak Ngah?

    ReplyDelete
  8. Assalam AL..kenapa "orang kata" tak pernah nampak sendiri ke..he he

    ReplyDelete
  9. sampai sekarang saya tak tau tungau tu sejenis ape sebab tak pernah nampak rupanya...

    *soalan tekateki uncle tu susah la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau awak nampak pun, mungkin awak tak tahu juga jenis apa.

      Delete
  10. yg lbh kecil dari tungau-cicit tungau..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawapan ini lebih tepat dari kakcik. tapi lagi tepat kalau saya katakan .. cicit tungau yang paling kurus ! hehe

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.