Showing posts with label komen pilihan. Show all posts
Showing posts with label komen pilihan. Show all posts

Saturday, August 2, 2014

TUKANG JAHIT DAN PERJUANGAN ISLAM.

Sepanjang berblog ini macam-macam komen pernah saya terima. Ada yang membuatkan saya tertawa dan ada juga yang menyesakkan dada.

Saya ingin memberikan dua contoh. Jemputlah baca komennya dan jawapan saya.


Contoh 1.



Pengomen di atas menyangka saya betul-betul seorang tukang jahit topi. Dia minta saya hubungi dia yang menurutnya akan membuka bisnis membuat topi dan inginkan pertolongan saya.

 Contoh 2.



Sungguh berkobar-kobar nampaknya penulis ini memberikan komennya. Pada mulanya saya bercadang nak buat entri khas untuk menjawabnya tapi selepas fikir 2,3,4 kali, saya rasa malas kerana saya yakin apa juga yang akan saya tulis nanti, pasti tidak akan mengubah pendirian dia.





Saturday, October 6, 2012

TAK ADA MAKNANYA.

Komen dari Queenie yang ditulisnya pada jam 12.10 am pada 5 Oktober, 2012 yang lalu menarik perhatian saya.  Ia sebagai respon kepada entri saya yang bertajuk "Mari Martabatkan Bahasa Inggeris" sebelum ini.  Di penutup komennya, beliau menulis begini:
 
" sekali terfikir - adakah Tuan Haji jujur menimbulkan isu ini ataupun...hehe ".

Sebelum saya menjawab soalannya, izinkan saya salin dan tampal keseluruhan komen beliau seperti di bawah:



Jawapan saya ringkas sahaja. Kebetulan pula saya telah menjawab isu yang sama di fesbuk  seperti di bawah:


Kemeluatan dan kemenyampahan saya terhadap mereka yang mengagungkan bahasa Inggeris telah saya zahirkan dalam entri -



Jadi tak ada maknanya saya menyeru supaya memartabatkan bahasa Inggeris.


... dan saya berkongsi sentimen dengan Tuan Temuk melalui nukilannya seperti 
di bawah.





Saturday, February 25, 2012

SIAPA YANG TAK KENAL SAMA SITI ZAITON ?


Pada 22hb yang lepas saya mendapat komen dari DJ Carlito dari USA ke atas sebuah entri lama saya yang tersiar lebih dari 2 tahun lalu.  Saya terperanjat kerana seorang Mat Saleh dari Richmond, USA mengenali Siti Zaiton seorang penyanyi terkenal di zaman Pop Yeh Yeh dahulu.

Saya percaya ramai di antara pembaca Melayu di Malaysia sekarang ini yang tidak mengenai Siti Zaiton itu. Kalau berhajat hendak melihat rupa Siti Zaiton yang jelita itu, klik  sini.

Saya juga telah melawat blog  DJ Carlito seperti di bawah yang bertajuk "Pop Yeh Yeh Research Trip". Lagi  sekali saya terkejut membaca tulisan dia. Betapa mendalam pengetahuan beliau tentang muzik Pop Yeh Yeh. Saya yang meminati Pop Yeh Yeh ini pun tidak tahu sebanyak itu.



Sebahagian dari blog DJ Carlito.

Salah satu entrinya adalah tentang lagu Bunyi Gitar nyanyian P. Ramlee.


Monday, February 13, 2012

BERSULTAN DI MATA, BERAJA DI HATI.

Sedikit masa lalu, saya mendapat komen dari Hanafiah dalam salah satu entri saya. Komen beliau saya salin dan tampal sepenuhnya seperti di bawah. 



Komennya agak berat tentang pentingnya ketuanan dalam masyarakat kita dan masalah yang bakal dihadapi sekiranya tindak-tanduk tuan kita itu nanti seolah-olah bersultan di mata, beraja di hati.  Masalahnya akan lebih parah sekiranya yang berbuat begitu adalah tuan politik kita.


Maka jadilah kita seperti kata orang putih  "we create monsters and then we can't control them".

Tak ada ketua tak boleh tapi bila dah ada ketua yang kita "pertuankan", kita berdepan pula dengan dilema bagaimana hendak mengawal mereka, jika takdirnya nanti mereka berperangai hodoh. Lalu bagaimana ?

p/s: entri ini memang ada kena mengena dengan PRU akan datang.