Komen dari Queenie yang ditulisnya pada jam 12.10 am pada 5 Oktober, 2012 yang lalu menarik perhatian saya. Ia sebagai respon kepada entri saya yang bertajuk "Mari Martabatkan Bahasa Inggeris" sebelum ini. Di penutup komennya, beliau menulis begini:
" sekali terfikir - adakah Tuan Haji jujur menimbulkan isu ini ataupun...hehe ".
Sebelum saya menjawab soalannya, izinkan saya salin dan tampal keseluruhan komen beliau seperti di bawah:
Jawapan saya ringkas sahaja. Kebetulan pula saya telah menjawab isu yang sama di fesbuk seperti di bawah:
Kemeluatan dan kemenyampahan saya terhadap mereka yang mengagungkan bahasa Inggeris telah saya zahirkan dalam entri -
Salam,
ReplyDeletetetiba saya jadi keliru dan semakin bingung bila isu ini dikomen lebih mendalam oleh teman blogger yang bukan calang pula.
Apa pula yang takda maknanya? Sekurang-kurang ada juga usaha melahirkan keresahan, bantahn, kerisauan.. banding dengan orang yang buat tak tahu saja?
Salam kembali.
Deletetak ada maknanya membawa pelabagai maksud .. antaranya .. tak ada maknanya kita bising-bising tentang nasib malang bahasa Melayua kerana bukan ada apa-apa perubahan atau kesan pun.
entri ni membuatkan saya berada dalam keadaan dilema. bahasa melayu dimartabatkan..dan bahasa inggeris pula jangan dianaktirikan. kedua-duanya sama penting.
ReplyDeletebekerja di syarikat swasta yang menggalakkan secara 'paksa' penggunaan bahasa inggeris menjadikan saya seorang yang dulunya A+ dalam bahasa melayu sehingga lah kepada seorang yang terkulat-kulat nak buat karangan-- sekarang. malu. huhu. :-(
cuba terapkan slogan PM sekarang "BM didahulukan, BI diutamakan".
Deleteaduuuhhh...memang sinis!!
ReplyDeletenaluri saya memang merasakan Tuan Haji ni macam perli jer, justeru lahirlah pertanyaan terakhir sebegitu...
saya bukan pemuja bahasa inggeris apatah lagi mengagungkannya, cuma saya masih merasakan kepentingan bahasa itu kalau nak pergi lebih jauh lagi sebagaimana yang Tuan tulis yg mungkin lebihkurang maksudnya gini : - kalau tak pandai Bahasa Melayu pun boleh jadi menteri, ya, kalau di Malaysia memang dah tentu boleh saja...nak kuasai Malaysia pun boleh...tapi mereka boleh sebab dalam masa yg sama mereka juga boleh bertutur dalam bahasa inggeris, kalau teruk sangat pun sekurang2nya mereka mampu menggajikan jurubahasa utk meluaskan jajahan ekonomi mereka...dan membawa lebih banyak penjajah berlesen dari luar...
kebanyakan dari kita akan membandingkan keteguhan bangsa Jepun dan China dlm memertabatkan bahasa ibunda mereka tapi kita lupa nak bercermin perbezaan antara Melayu dengan Jepun dan CHina. Apakah kehebatan Jepun? produk mereka? gitu juga dengan China...nak tak nak, org luar mmg kena mengalah demi mendaptkan teknologi atau ilmu mereka?
Kita apa yang ada? tulisan kita pun ciplak dari tulisan yg direka oleh lelaki Inggeris yg bernama Stanley Morrison (betulkan saya kalau silap), tulisan jawi pula berasal dari kita semua tahu dari mana, berbanding ngan Jepun, China, India, bahkan bangsa Jawa pun ada tulisannya sendiri.
apa yg saya lihat bangsa kita cuma hanyut dan leka bertekak pasal perbezaan fahaman agama dan politik. Semakin banyak penceramah agama semakin lunyai anak2 bangsa entah apa2...setinggi2 bangunan KLCC dibawahnya anak2 melayu melata tanpa identiti dan jati diri...
Peliknya "kita-kita" ini, bila dah letih "berperang" tahu pulak rasa lapar. Bila dah lapar makanlah apa yg tersedia depan mata tanpa peduli lagi halal dan syubhahnya dan penjajah berlesen ni semakin meluas perusahaan makanannya demi mengisi tembolok kita yg tak membantu apapun untuk memberi sumber yg benar2 halal dan suci kpd anak2 bangsa dalam erti kata yg sebenarnya.
kain kapan yg kita bawak utk perjalanan akhir kelak pun kita tak mampu buat, itu pun nasib baik tak perlu berjahit, kalau berjahit, benang dan jarumnya pun terpaksa beli ngan orang bukan Melayu.
sebenarnya ada yg lebih penting utk kita perjuangkan dan meemrtabatkan, selain dari bahasa saja. Bila kita ada MENGUASAI sesuatu, barulah org luar akan hormat, pandang kepentingan dan indahnya bahasa kita, buka sekadar untuk puisi dan seloka sahaja. Dan memberi makan yg baik2 amat perlu dan saya harap ini adalah diantara yg sepatutnya para ulamak bukak mata, selain dari menegur pihak2 tertentu yg meluluskan bentuk dan jenis rumah untuk rakyat miskin agar dpt hidup selesa yg sebenarnya entah hapa2...ulamak2 tu bukannya tak tau bahawa pemakanan membentuk peribadi dan kita adalah apa yg kita makan. Sesekali "kotorkanlah" jubah ngan tangan tengok apa yg org Melayu jahil makan...(ok maaf, dah terkeluar tajuk)...
Saya tidak berminat berpolitik tapi tidak bermakna saya menutup kedua-dua belah mata dan telinga.
Tuan Haji, saya dahulukan dengan ucapan terimakasih andainya tulisan ini dikongsikan bersama, saya sedar barangkali ini hanya dipenuhi ayat-ayat luka dan saya minta maaf kepada yang terasa tapi bagi saya dalam kemanisan perlu setitik dua masamnya cuka...
Saya pun sebenarnya baru saja pulang dari menghadiri kursus pemakanan dan mendapatkan suntikan vaksin untuk 3 tahun sekali sebagai memenuhi tanggungjawab saya menjadi warga Malaysia yg tetap berpegang kepada rukun Islam, Iman dan Negara. Kalau ada keterlanjuran kata, maaf sekali lagi.
I rest my case.
minta maaf Tuan Haji, ada yg tertinggal tadi...
Deletekalau ada seratus atau seribu Mat Salleh atau bangsa luar yg fasih atau terkial-kial berbahasa Melayu, secara peribadinya saya tak bangga dan tak rasa apa2 pun. Bg saya mereka cuma nak belajar bercakap saja selain cuba mendalami budaya kita, kemudian puji gitu gini dan kita pun jadi syok dan hanyut lagiiii.........mereka tak perlu berbahasa Melayu kalau setakat nak mendapatkan teknik buat belacan atau cencalok ker tempoyak atau ikan kering dan keropok.
hasil industri pemakanan Melayu pun hanya berakhir ngan keropok dan kerepek yg berasa plastik dibandingkan kerepek yg diusahakan oleh mereka - teliti, bersih dan sempurna tapi adakah kita-kita nak belajar dari situ?
tapi memang beginilah kita...
tapi saya memang terasa bila ada seorang lelaki China/Jepun yang boleh menguasai tulisan jawi dan keseniannya...
maaf sekali lagi ya Tuan Haji...wassalam.
setuju .. masa dulu-dulu sebelum Tanah Melayu di jajah Inggeris, pihak Inggeris juga mengutus surat kepada Raja-Raja Melayu dalam Bahasa Melayu tulisan Jawi .. kerana apa ? kerana mereka ada kepentingan. Pada masa itu BM menjadi 'lingua franca' di Nusantara. Tapi sekarang itu semua tak perlu lagi kerana BI lebih diutamakan dalam surat menyurat antarabangsa.
DeleteSUSAHNYA NAK MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU.. SEBENARNYA SENANG SAJA KALAU BETUL2 MAHU BUAT..
ReplyDeletesaya sudah putus harapan .. sebab itu lebih baiklah kita berbahasa Inggeris sahaja.
Deletesaya punye stail memang campur campur bahasa. melayu inggeris cinda india hindustan pun ada.
ReplyDeletetapi kadang-kadang saya guna juga bahasa melayu yang betul sepenuhnya. tengok topik dan keadaan.
pun begitu, masa darjah 6 dulu saya dapat gelaran novelis sekolah dari cikgu-cikgu bahasa Melayu. macam tak percaya. heheh~
kenapa tak diteruskan bakat menulis novel tu .. tak teringin ke nak jadi macam penulis novel Harry Porter tu.
DeleteAssalamualaikum Pak Ngah
ReplyDeletekat tv ada iklan martabatkan bahasa Malaysia...adakah untuk musim PRU sahaja...
alaikumsalam.
Deletesetuju sangat .. ia digunakan seolah2nya macam utk memancing undi sahaja.
maaf kita sebenarnya dagang di bumi sendiri.
ReplyDeleteteriba teringat nak makan nasi dagang. hehe
Deletebadi IM, DBP gagal memartabatkan BM. Paling ketara bila dia menerima peMEALYUAN BI bagi istilah kepolisian, Perundangan dan sains.
ReplyDeletesepatutnya, istilah daerah, loghat diangkat menjadi istilah nasional.
bukan DBP sahaja bahkan kerajaan sendiri gagal untuk memartabatkan BM.
Deletemacammana nak memartabatkan BM sedangkan kat TV sibuk dgn Oh My English! huhu...
ReplyDeleteRancangan Oh My Bahasa Melayu tak ada ke ?
Delete