Tuesday, October 2, 2012

SONYUM SOKOJAP 49: MAIN PLURAL.

 Gambar hiasan hasil carian Google.


Petang Ahad lalu, Makngahnya bermain ping-pong dengan anak ke dua saya yang saya panggil Kakngah, di depan rumah. Saya dan Haiqal (anak bongsu saya) memerhati dari luar gelanggang. Semasa hendak memukul bola, Kakngah bertanyakan undang-undang permainan ping-pong kepada saya:

"Kalau kita main single, kita pukul bola ke belah mana pun tak apa kan ayah ?" kakngah meminta penjelasan.

"A'ah" jawab saya pendek.

Tetiba Haiqal mencelah dengan pertanyaan "kalau main plural .. ?"

Kemudian ketawa kami berderai serentak.

p/s: Maksud Haiqal tu, kalau main double. 

12 comments:

  1. Kanak-kanak - diam mereka bukan bermakna mereka tak peka. :)

    ReplyDelete
  2. Haiqal mesti teringat cikgu BI dia ajar singular/plural di sekolah :)

    ReplyDelete
  3. HEHE.. MESTI PANDAI BAHASA INGGERIS TU.. :)

    ReplyDelete
  4. Anak sapa la yang cerdik sangat tuuu...
    Berfikir di luar gelanggang, namanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dalam gelanggang .. kompon kena ketuk dengan bat pingpong.

      Delete
  5. Comelnya soalan Haikal.. Sama macam masa dia nak pi jemputan rumah terbuka kawan dia tu...

    Tapi itu lebih baik dari dia terlampau matured cakap yang bukan2.. kat sini kadang2 dengaq budak sebaya Haikal cakap kasaq sungguh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. badannya jer yang besar, tapi fikirannya masih macam budak2 11 tahun.

      Delete
  6. Di mana tumpahnya kuah kalo tidak ke mee rebus..

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.