Tuesday, October 30, 2012

POKOK DAN BUAH DI GUANGZHOU DAN SHENZHEN.

Entri ini adalah sambungan cerita kami dua keluarga pergi berlibur di Guangzhou dan Shenzen, China pada tahun lepas.


Gambar 1: Pakai pass ini bukan dapat diskaun pun bila beli barang.

Satu perkara lagi yang menarik perhatian saya tentang kedua-dua bandaraya ini ialah kehijauan dan keindahan lanskapnya. Segala tanaman hidup subur dan dijaga rapi. Lihatlah sendiri kebenaran  apa yang saya katakan itu seperti dalam video di bawah.


Video 1: Pemandangan dari dalam bas yang memperlihatkan kehijauan pokok dan bunga yang dijaga rapi di kiri kanan jalan. Saya harap anda boleh faham apa yang cuba disampaikan oleh pemandu pelancong kami.

Apa yang lebih menarik perhatian saya ialah selain ditanam pokok-pokok bunga dan pokok hiasan, turut juga ditanam pokok buah-buahan seperti laici dan mangga di kawasan awam. Alangkah eloknya kalau bandaraya kita juga ditanam dengan pokok buah-buahan seperti durian, manggis, rambutan dan sebagainya.


Gambar 2: Kelihatan buah mangga berjuntaian dari pokoknya di celah-celah bangunan pencakar langit.



Gambar 3: Sebatang pokok mangga lagi yang sedang berbuah yang sempat saya ambil gambarnya dari dalam kenderaan yang bergerak laju.



Gambar 4: Pokok laici yang berbuah setangkai dua. Tapi tak sempat nak tengok dekat-dekat kerana tak dibenarkan turun dari kenderaan.

 
Gambar 5: Segar dari ladang. Penjual buah laici yang seakan-akan 'mendesak' kita membelinya.


Gambar 6: Dua buah bakul penuh berisi buah. Berat juga tu.  Letih juga mengandarnya. Saya sendiri pun tak larat apalagi kalau mengandar sambil berjalan keliling kota mencari pelanggan. Kesian kat kakak tu.


Gambar 7:  Itik dan ayam sedang sibuk tawar menawar.


Gambar 8: Saya tak tahu apa nama buah ini. Saya pun dah lupa bagaimana rasanya. Yang ini pulak dijual betul-betul di depan pintu hotel kami. Kayu yang terletak atas buah kuning itu adalah dacing yang digunakan untuk menimbang. Lama dah tak jumpa dacing macam tu kat Malaysia.


Gambar 9: Buah manggis pun ada di jual di sini. Rupanya lebih kurang dengan buah manggis di Malaysia tapi harganya jauh lebih mahal. Nampak tak dacing yang digunakan untuk menimbang buah manggis dalam plastik putih tu ?


Gambar 10: Yang ini lagi lebat buahnya. Kita ambil beberapa biji selepas mendapat kebenaran penjaganya untuk di buat sambal semasa makan malamnya bagi menambahkan selera.


Video 2: Berebut-berebut membeli buah untuk dibuat bekalan semasa dalam pelayaran menyusuri Sungai Pearl nanti.

 

Gambar 11:  (Selingan) Yang ini bukan kat China tapi kat Ampangan, Seremban berhampiran dengan simpang  ke Jelebu. Saya selalu melalui jalan ini semasa menghantar dan mengambil anak sekolah. 

Kalau dipanjangkan umur dan ada peluang, teringin juga nak pergi lagi .. tak puas shopping!

17 comments:

  1. KADANG2 SAYA TERFIKIR., DI MALAYSIA NI KENAPA TAK TANAM POKOK BUAH-BUAHAN DI TEPI2 JALAN? SAMA ADA ASPEK KESELAMATAN SUPAYA PEMANDU TIDAK BERHENTI KENDERAAN UNTUK MEMETIK BUAH ATAU TAKUT AKAN MERUGIKAN PENIAGA-PENIAGA BUAH AKIBAT BANYAKNYA POKOK BUAH-BUAHAN MERATA-RATA SEPANJANG JALAN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tanam kat Malaysia, saya khuatir dengan pokok-pokoknya sekali orang angkut !

      Delete
  2. Adoiii... Pak Ngah budak2opis ni sibuk ajak pergi. Dok kira2 tak habis lagi nih.

    ReplyDelete
  3. part buah2 tu memang sgt best+ unik!

    ReplyDelete
  4. Bestkan kalau kat tepi2 jln kita tanam durian. Alang2 nak tanam ...biarlah musang king kaaa , udang merah ..... huhuhu .... mesti ramai yg tolong bersihkan bawah pokok tu ..... boleh bayang ....tgh2 jln tiba2 luruh durian haiishhhhh...

    ReplyDelete
  5. Di sini uncle, saya rasa pihak berwajib tak tanam pokok buah buahan di tepi jalan atas sebab sikap rakyat Malaysia sendiri yang suka mencuri/makan harta orang lain...Uncle bayangkan, lori bawak buah yg terbalik pun, org kita sibuk tolong...Bukan tolong pemandu nya, tapi tolong kutip buah bawak balik bagi anak bini makan..rezeki terpijak katanya...dah tak fikir halal haram...Jadi bayangkan pula kalau sepanjang tepi jalan kat Senawang tu kalau berbuai buai buah durian, buah rambutan, buah mangga..haruslah semua kena kebas! ekekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang uncle boleh bayangkan apa akan terjadi kat Malaysia kalau kita tanam pokok buah-buahan.

      Delete
  6. jangan tekejut toilet depa ni lebih bersih dan wangi dari tandas kat negara nekcik!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. secara umumnya tandas mereka lebih bersih dari tandas kat Malaysia.

      Delete
  7. Pokok buah-buahan negara asing...subur di tepi jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa kata kita tanam kat tengah jalan pulak !

      Delete
  8. nak sangat pi china.. betol kata daddy ziyyad, kalo kat msia, habis lah sekelip mata.. bapak sedara kutip deghoyan kumpul2 ke tepi pon kena kebas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah kumpul tepi jalan, lagilah senang orang nak kebas.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.