Cerita ini adalah sambungan dari cerita ini. Masa balik dari Bloomington, saya singgah bermalam di rumah kenalan saya yang sedang melanjutkan pelajarannnya di peringkat sarjana di Ohio University.
Gambar 1. Kelihatan rumput di tengah jalan yang tak berjaga. Tetapi pembahagi jalan di sini memang lebar .. boleh mendaratkan helikopter bila ada kemalangan atau kecemasan. Bergambar denganbekas ratu Malaysia Makngahnya.
Gambar 1. Kelihatan rumput di tengah jalan yang tak berjaga. Tetapi pembahagi jalan di sini memang lebar .. boleh mendaratkan helikopter bila ada kemalangan atau kecemasan. Bergambar dengan
Gambar 2: Saya bermalam di apartment kawan saya (yang pakai baju t belang-belang tu) yang sedang menuntut ilmu di sini. Dia pernah jadi Setiauasaha Kerajaan Negeri Sembilan tapi sekarang sudah bersara. Sampai sekarang pun kita masih berhubung dan berjumpa sekali sekala terutamanya bila ada kenduri kendara atau majlis tertentu.
Gambar 3: Makngahnya dengan isteri pelajar kawan saya tersebut yang mengambil cuti tanpa gaji kerana mengikuti suami. Ada sesiapa yang mengenali dia?
Gambar 4: Bergambar dengan anak kawan saya di depan universiti. Budak ini pun sekarang sudah menjadi suami orang.
Gambar 5: Pada malamnya saya sempat juga membuat perjumpaan ramah mesra dengan sebahagian pelajar-pelajar Malaysia di sini.
Gambar 6: Sila tumpukan perhatian kepada nasi impit yang ada di atas meja yang dibekalkan oleh kawan saya tersebut. Itulah nasi impit yang paling sedap pernah saya makan ... sebab tak ada benda lain nak makan dan perut pun tengah lapar.
Gambar 7: Terlupa nak bawa pancing .. kalau bawa, bolehlah memancing dan ikannya boleh dimakan dengan nasi impit.
Gambar 8: Meluruskan kaki selepas kekenyangan dan keletihan.
Gambar 9: Saya baru perasan baju batik yang saya pakai itu telah saya pakai sejak jumpa pelajar malam tadi, tak tukar-tukar kerana saya ingin mempopularkannya di sini.
Gambar 11: Makngahnya membawa isteri kawan saya ke sini untuk sesi bergambar. Sungai di belakang tu banyak ikan.
Gambar 11: Makngahnya membawa isteri kawan saya ke sini untuk sesi bergambar. Sungai di belakang tu banyak ikan.
Gambar 12: Sebuah mug sebagai kenang-kenangan. Mug ini pun dah berkeladak sebab terlalu lama tersimpan tanpa pernah digunakan atau dibersihkan sebab takut pecah ... alasan !
Ini adalah episod ke 63, segmen Terkenang Semasa Dulu. Mungkin ramai yang dah jemu dan agaknya ada yang bertanya 'bila nak habis ? Saya pernah katakan dulu, segmen ini selain berkongsi dengan pembaca, ia juga
merupakan rakaman perjalanan hidup saya berdasarkan saki baki ingatan
saya untuk tatapan anak cucu saya sebelum ia terpadam sepenuhnya. Dan
dengan itu segmen ini akan saya teruskan selagi ada cerita nak
diceritakan. Lagipun peristiwa hari ini akan menjadi kenangan masa lalu
di tahun-tahun mendatang. Kan ?
Assalamu'alaikum Pak Ngah/Al-Lavenderi ..Athens dalam kenangan ...!!!! (maaf tak dapat nak komen panjang..nak pergi office dah ni...nanti malam saya komen panjang-panjang..)
ReplyDeleteOooo... Makngah dulu bekas ratu cantik, ya? Patutlah sampai sekarang masih cantik. :)
ReplyDeleteIkan mentah boleh dimakan dengan nasi impit ke? hehehe...
mana ada .. saya melawak sahaja. bukan ke kenyataan itu sudah saya potong.
Deleteikan tu kalau dapat, kita bakarlah dulu, baru makan.
seronok tumpang baca pengalaman orang (bz body), takder jemunya...nak abca sambungannya lagi tau!
ReplyDeletedh jdi kenangn..:)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMak ngah ..... lawaaaa
ReplyDeleteChik Att
MakNgahnya memang cantik!
ReplyDeleteKalau Pakngah punya post mana pernah jemu... (cheh, bodek kan?}
ReplyDeletePak Ngah memanjang asyik tunjukkan aurat Mak Ngah, tak rasa apa-apa ke?
ReplyDeleteterasa juga ..
DeleteBESTNYA DAPAT PERGI MELIHAT NEGARA ORANG LAIN..
ReplyDeleteseronoklah pak ngah. jangan la lupuskan segmen ni... :))
ReplyDelete