Sunday, October 28, 2012

SONYUM SOKOJAP 50: LAIN KALI JANGAN CEPAT SANGAT BANGUN.


 Gambar hiasan ihsan Tuan Tanah.

Dua malam yang lepas, saya menyertai program takbir di rumah seorang kawan di taman ini.

Biasanya selepas habis takbir dan doa, tuan rumah akan bangun memberi ucapan ringkas - berterima kasih kepada yang hadir, meminta maaf dan seterusnya menjemput semua tetamu menikmati hidangan yang ada.

Entah kenapa seorang kawan saya turut bangun semasa tuan rumah bangun untuk memberi ucapan. Tuan rumah pulak memberi ucapan agak panjang kali ini, maka kawan saya itu terkebil-kebil sambil berdiri.  Hendak duduk semula segan agaknya. Kami semua  tersenyum memandang dia. Kesian pun ada.

Kalaulah anda terkena macam itu, apa nak buat ?

...............................................................................................................

 Sub-Entry: Korban.


p/s: pagi ini saya sekeluarga akan ke Gopenghagen Perak dan balik petang atas urusan nak berkeluarga. Semoga perjalanan kami selamat pergi dan balik serta dipermudahkan-Nya segala urusan kami.




18 comments:

  1. kalau saya? harus la pura2 nak ke tandas..hehehe
    **semoga selamat perjalanan uncle pergi dan balik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahmdulillah telah selamat segala urusan dan selamat dalam perjalanan walaupun jam sangat sesak ..

      Delete
  2. Kalau saya, selamba je saya duduk balik. :)

    ReplyDelete
  3. Betul kakcik, kalau saya pun saya duduk balik..tuan rumah ni pun satu lahhh..tak faham body language tetamu..heheehehee..

    ReplyDelete
  4. kalau saya, buat buat bagi penerangan dalam bahasa isyarat .

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Nak tahu jugak, apasal dia bangun ? Nak beredar balik atau nak ke meja makan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. agaknya dia ingat tuan rumah tu bangun nak menuju ke dewan makan.

      Delete
  6. Heheheh termalu malu la pulok! Kalu saya, kompom la saya duduk balik dengan selambanya. Sesapa pun boleh terbuat kesilapan.

    ReplyDelete
  7. nak terus ke meja makan kut? lenguh dah kut. berdiri pula

    ReplyDelete
  8. buat2 eksesais lenguh2 kaki ...lps tu duduk semula..

    ReplyDelete
  9. hahaha.. ketawa bca komen shbt2

    ReplyDelete
  10. TERINGAT MASA SEKOLAH RENDAH DULU. MASA PENYAMPAIAN HADIAH DI PERHIMPUNAN, CIKGU MENYEBUT NAMA SAYA UNTUK MENERIMA HADIAH, SAYA SUDAH BANGUN, MALANGNYA "FAIRUS" YANG LAIN. DENGAN MALUNYA SAYA DUDUK SEMULA.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya kena macam tu, memang agak memalukan .. tapi apa nak buat, nama sama.

      Delete
  11. hehehe. penah jadi gak kat saya. malu tu, tapi duduk je la balik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya belum pernah kena .. tapi kalau terkena saya pura2 bertanya di mana tandas .. hehe

      Delete
  12. hahahahaha..kalau saya, saya pura pura angkat telefon sambil berjalan keluar( kononnya menghormati majlis)

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.