Monday, October 15, 2012

TERKENANG SEMASA DULU 62: KENANGAN TERINDAH DI MEKAH .

Sekarang ini musim orang pergi mengerjakan Haji. Abang ipar saya suami isteri termasuk salah seorang daripadanya.

Saya mengerjakan haji pada tahun 1997 bersama emak dan isteri. Masa itu anak-anak seramai 3 orang dijaga oleh bapa mertua. Yang sulung baru tamat PMR dan sedang menunggu untuk masuk asrama. Buat sementara saya tumpangkan dia pergi balik dengan guru yang mengajar di sekolahnya. Dia berjaya mendapat asrama semasa saya berada di Mekah.

Saya langsung tidak ingat hendak membawa kamera. Cuma harapkan jurugambar berbayar atau ihsan kamera kawan-kawan.

Mengerjakan haji dengan memimpin tangan ibu semasa tawaf dan saie adalah satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ia kini hanya tinggal kenangan kerana ibu saya meninggal pada 14 Januari 2003. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.


Gambar 1: Kalau tak silap ingatan, di luar Masjid Qiblatain.


Gambar 2: Di Jabal Rahmah di Padang Arafah. Seingat saya selepas ini, tidak pernah lagi saya mencukur misai saya.



Gambar 3: Dari atas puncak Jabal Rahmah.


Gambar 4: Berhampiran salah sebuah Jamrah.

 
Gambar 5: Masjid di Jaranah tempat memasang niat (miqat) membuat Umrah..


Gambar 6: Di bilik bersama kawan-kawan sama pakej. Saya seorang sahaja yang tidak berbaju.


Gambar 7:  Gambar arwah ibu bersama Makngah dan rakan-rakan sebiliknya. Allahurabbi .. betapa anakanda merasa kehilangan dan amat merindui mu.


Gambar 8: Mug sebagai kenang-kenangan.



Keinginan untuk mengerjakan haji lagi itu tetap ada dan tidak pernah padam. Tetapi bila mengetahui bilangan yang beratus ribu lagi dalam senarai menunggu, saya berada dalam dilemma dan serba salah pulak kalau nak minta pergi lagi.

......................................................................................................

Sub-Entry: Lihat siapa datang ke rumah saya sebentar tadi.


 Mungkin tetamu sudah dahaga kot ? Lihatlah riak muka BS tu !


Mari kita menjamu selera apa yang ada. Terima kasih Dato' LF, Kakcik, Ayu dan keluarga masing-masing kerana sudi menziarahi teratak saya. Maaf di atas segal kekurangan.


p/s: talian internet baru pulih selepas rosak sejak petang Jumaat lalu akibat ribut yang melanda taman perumahan saya.

13 comments:

  1. Seronok tengok orang pergi haji...... Saya menyimpan hasrat untuk sampai ke sana di usia muda. Insyaallah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus menyimpan hajat begitu .. semoga dipermudahkanNya.

      Delete
  2. Terima kasih kerana sudi menerima kehadiran kami. Saya baru je sampai di rumah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selepas 3 tahun bertemu di alam maya, akhirnya bertemu di alam nyata.

      tak sangka kakcik masih simpan lagi kad jemputan tu.

      Delete
  3. Salam,
    Kunjungan ke rumah tuan yg memang saya dan isteri nanti2kan. Tkasih atas segala layanan mesra. Mee kari tu tadi memang best. InsyaAllah bertemu kembali pd 18 Nov nanti.

    Gambar2 di atas mengingatkan saya tahun 1987. LambaianMu ku nanti2kan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali.

      Dato' pergi haji sepuluh tahun lebih awal dari saya.

      nampaknya ramai juga yang setuju dengan tarikh 18 Nov tu.

      Delete
  4. Indahnya ...di tanah suci. Saya masih menanti2 jemputanNya. Moga ada rezeki untuk kami .

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah, saya pun bercita2 mahu ke tanah suci di usia muda. Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat bagus menyimpan cita2 begitu .. semoga dimakbulkanNya.

      Delete
  6. SAYA ADA DENGAN CERAMAH, USTAZ KATA ELOK KERJAKAN HAJI SEKALI SAHAJA. BERILAH PELUANG ORANG YANG LAIN YANG BELUM PERNAH PERGI UNTUK MENUNAIKAN HAJI. DUIT YANG ADA ELOK DIDERMAKAN KEPADA FAKIR MISKIN, IBU TUNGGAL, ANAK YATIM DSB.. WALLAHUAKLAM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun banyak kali dengar macam tu .. itu yang membuatkan saya berada dalam dilema .. mana tahu satu masa nanti dasar Arab Saudi berubah.

      Delete
  7. cemana kawan-kawan blogger tuh dah sampai ke rumah uncle?? ini tidak aci!

    *

    Saya pun harap dapat kerjakan haji dengan mak ayah saya secepat mungkin. nak pegi dengan mereka... :)

    bagus betul uncle tutupkan badan dengan towel kaler hitam tu. orang zaman sekarang ni mata meliar aje...kehkehkeh! **sungguh bukan uncle tanpa misai. heheheh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau awak nak datang sorang2 pun tak ada masalah .. silakan !

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.