Monday, October 1, 2012

TERKENANG SEMASA DULU 61: SINGGAH SEBENTAR DI AMSTERDAM.


Juadah 1Malaysia di Amsterdam.
Baguslahlah tu ..kalau ada rezeki, bolehlah cuba suatu hari nanti.

Membaca keratan akhbar tersebut teringat pengalaman saya transit beberapa jam  di Amsterdam  5-6 tahun dulu. Kebetulan kat sini ada tempat makan yang MAS kongsi dengan syarikat KLM. 

Punyalah letih mencarinya, sebab airportrnya besar. Tak pulang modal berjalan ke hulu ke hilir ke atas ke bawah mencari lokasinya.  Beg yang saya galas pulak, makin lama makin berat rasanya. Macam nak rebeh bahu dibuatnya

Ingatkan makanannya macam dekat  lounge yang MAS punya di KLIA. 
Rupanya biskut kering ..  air pula kena bancuh sendiri. Arak banyaklah. 

Kalau kat KLIA .. makanan, minuman, kueh-mueh dan buah2an mewah sekali.  Kesimpulannya ..  MAS punya juga yang terbaik.


Gambar 1:  Golden Lounge kepunyaan MAS di KLIA Sepang.


Gambar 2: Berlatarbelakangkan kaunter dengan warna bendera Belanda.
 Ke Holland ke Netherlands ke Dutch?


Gambar 3: Nampak tak terompah kayu yang bergantungan itu ?
Kedai yg sama, orang yg sama dan posing yg sama  dari sudut yg berlainan!


Apa-apa pun, sempat jugalah saya beli rantai kunci dan loceng seramik seperti gambar di bawah untuk menambah koleksi saya.



..............................................................................................

Sub-Entry: Komen-mengomen dengan Farah dalam entri sebelum ini.



11 comments:

  1. Kadang2 kuli makan lebih besar dari boss sebab kuli malas nak ambil tahu pasal kandungan makanan mahupun kaitan makanan dengan kesihatan. Janji dapat makan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau begitu saya termasuk dalam ciri-ciri kuli sebab makan main belasah jer !

      Delete
  2. rasanya kuli makannya lebih besar sikit dari boss....sebab boss makan kat hotel sikit je. kuli makan kat mamak, nasik penuh pinggan..heheh

    ReplyDelete
  3. tertarik dengan keychain terompah kuning tu.. >_<

    pengumpul keychain :D

    ReplyDelete
  4. untung ya. merasa dapat makan di tempat-tempat hebat macam ni...

    ReplyDelete
  5. hehe.. kasut tuh comel~ehh.. kasut kannn? ke mata saya neh masalah..

    ReplyDelete
  6. wah..bestnya..bilalah dee nk smpi ke negara orang yg jauh...paling jauh pun bandung je..tp syukur..smpi jugak..hehehe..

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.