Gambar 1: Diambil dari blog Kakcik. Kawan-kawan saya selalu
mengusik dengan mengatakan saya tak perlu pakai kopiah putih kalau nak pergi ke surau.
Melihat gambar di atas, saya baru menyedari betapa hebatnya keputihan uban saya kalau dilihat
dari belakang. Tetapi ia tumbuh tidak seia sekata kerana ada bahagian lain yang masih hitam lagi terutama di bahagian hadapan. Sebenarnya amat jarang sekali saya berkesempatan diambil gambar dari belakang.
Saya cuba cari dalam perpustakaan gambar saya kalau-kalau ada. Nasib saya baik kerana terjumpa dua keping gambar lama.
Gambar pertama pada tahun 1981 dan ke dua dipercayai sekitar tahun 2004
dan gambar terbaru dari blog kakcik bertarikh 14 Oktober
yang lalu. Betapa jauh bezanya. Ia merupakan peringatan kepada saya
bahawa masanya semakin hampir. Itu sebab saya tak mahu celup hitam, bimbang nanti saya lupa diri.
Gambar 2: Duduk di sebelah pilot dalam helikopter dalam penerbangan semasa menjalankan tugas di Sarawak - 1981. Masih 100% hitam.
Gambar 3: Dipercayai diambil sekitar tahun tahun 2004 di Langkawi. Sudah 50-50.
Namun begitu saya suka akan peringatan di bawah, yang sering saya dengar dalam ceramah-ceramah ugama iaitu:
Tanda-tanda orang yang telah menghampiri lubang kubur ialah apabila:
ubannya sudah berterabur,
giginya sudah mula gugur,
kulitnya sudah mula kendur,
matanya sudah mula kabur,
kudratnya sudah mula luntur.
fikirannya pun kengkadang blur (ini saya tambah).
kudratnya sudah mula luntur.
fikirannya pun kengkadang blur (ini saya tambah).
... dan saya telah pun mempunyai semua tanda-tanda itu.
p/s: bila baca entri anak saya ini, saya berdoa dipanjangkan umur agar dapat melihat cucu saya yang ini berjalan, bersekolah, berkahwin dan seterusnya memberi cicit kepada saya. Mudah-mudahan sempat.
masa mula2 tgk gmbr tu, sy betul2 ingat topi!
ReplyDeletekerap kali juga kengkawan buat joke tentangnya .. tapi saya lali.
Deleteingatkan pantulan cahaya matahari...!
ReplyDeleteuban saya sedang galak pembiakkannya
saya ingatkan begitu juga .. hehe.
DeleteTapi 'bentuk' uban itu tumbuh memang cantik sangat. Dari belakang, nampak macam topi. :)
ReplyDeletesekarang ni ada dua orang raja yg putih seluruh rambutnya iaitu Sultan Perak dan Raja NS .. itu sebab saya kena lain sikit, takut silap orang nanti. hehe
DeleteUban memang memberi peringatan tapi tidak bermakna beruban itu tua. Kakak saya beruban pada usia belasan tahun. (Bapak kata beruban tanda dah kaya hihi... logik juga sebab dah lama simpan duit).
ReplyDeleteBerblog juga tak mengira usia apa lagi banyak info/pedoman dapat diperolehi dari blog ini.
betul .. anak saya yang ketiga dah mula tumbuh uban dan dia masih bujang lagi.
Deletesejak dah bersara ni, duit dah kurang masuk.
pakngah,emak eka kan.dia umur dah 52,tapi takde uban.. mak selalu suruh eka cari uban dia kot-kot ada..
ReplyDeletetapi tak ada.
jenuh kena marah,mak kata cari betul-betul...
nak rasa beruban kotnya emak eka tu.hehe
eka doakan semoga pakngah panjang umur... Amin
Deletetak kisahlah .. yang penting sihat tubuh badan .. kalau rambut hitam pun, tapi tak sihat, tak best juga kan !
Cuba pakai shampoo herba himalaya, Tuan.
ReplyDeleteisteri saya lebih suka dan rasa selamat kalau saya berambut putih .. hehe
DeleteSaya dah ada semua tanda2 yg disebutkan di atas...dan redha dgn tanda2 tu. fb tu, fb jugak. blog tu, berblog jugak.
ReplyDeletesaya juga redha .. lagipun bukan ada pilihan lain. saya akan beransur2 mengurangkan berblog dan juga fb.
Deletep/s : aaammiiinnnnn..
ReplyDeleteSaya pun dah beruban .....
ReplyDeletekata orang, itu bukan bukit, bukannya uban gua sebab awak muda sangat lagi.
Deleteuban bukan titik henti apa jua aktiviti...
ReplyDeletesaya setuju .. tapi mungkin bila dah beruban, keutamaan perlu berubah.
DeleteSAMA-SAMALAH KITA SALING MENGINSAFI DIRI.. ALHAMDULILLAH, IBU BAPA SAYA MASIH LAGI ADA, TETAPI KEDUANYA SUDAH LANJUT USIA.. SETIAP KALI JIKA SAYA KESEORANGAN, SAYA AKAN MENGENANGKAN RUPA KEDUA IBU BAPA SAYA.. KADANG-KADANG SAYA HAMPIR MAHU MENITISKAN AIR MATA..
ReplyDeleteSEKARANG SAYA AGAK SIBUK KERANA SABTU AHAD ADA PROGRAM DI TEMPAT KERJA, TETAPI SAYA AKAN LUANGKAN MASA SELEPAS KERJA UNTUK TERUS BALIK KE RUMAH IBU BAPA.. DAPAT MELIHAT KEADAAN MEREKA BERDUA SUDAH CUKUP BAIK BAGI DIRI SAYA..
alangkah baiknya kalau saya dapat berbuat begitu kepada ibu bapa saya .. tapi apakan daya kami tinggal berjauhan dan tidak mungkin dapat melawat mereka setiap hari selepas kerja.
Deletekalau saya makan megi, otomatik uban akan tumbuh. hihi~
ReplyDeletemegi perisa apa tu ? hehe
DeleteSalam Pak Ngah...apa khabar? huh..mmg saya pun tak sangka bila tgk gambar pertama tu ingat Pak Ngah pakai kopiah ... tapi tak pa ... ada menteri tu putih semua rambutnya pun nampak encem ...hahaha! orang lelaki tak turun saham bila rambut putih .. naik saham adalah sebab poket tebal ...hehhehehe
ReplyDeletesuami saya dah nak masuk 50 tahun depan, tapi uban sehelai pun tak de... mcmn tu?
Nurazzah8
salam kembali. pakngah khabar baik. bagi pakngah ada uban ke tidak, tak ambil kisah langsung lebih-lebih lagi pada peringkat umur ini.
DeleteMemang setiap suatu perubahan itu ada sebabnya...
ReplyDeletebetul .. memang ada sebab dan akibatnya.
DeleteSalam PakNgah,
ReplyDeletehehehehehe saya baca yg kedua kali n3 ni, pertama kali tak tinggal jejak.
Uban tak hal pada saya, hak Allah semata2..
nampaknya saya harus segera menunaikan janji ni .. hehe
DeleteTersentuh juga baca entri ini tp ianya mmg cycle of life. Semua akan menghadapinya. Sy mendoakan pak ngah sempat mengalami detik2 indah yg pakngah taipkan di akhir entri ini. Amin3
ReplyDeletesemoga doa awak itu dimakbulkanNya ..
Deleteasal tak lupa diri takpa pakngah... :)
ReplyDeletesalam sy pd si pencuri hati (gmbr sebelah tu)
harus juga waspada kerana syaitan itu terlalu licik untuk memperdayakan kita.
Deletealaikumsalam .. saya menjawab bagi pihaknya.
entry ini buat peringatan pada sy juga Al....banyak komen yg positif di sini yg boleh kita jdkan panduan..sy terharu baca komen Fairus..dan komen yg lain2
ReplyDeleteSaya juga berharap dn berdoa mudah2an saya dapat melihat anak2 ada kehidupan mereka sendiri ada yg menjaga mereka kelak bila sy tlh tiada..
teruskan berbelog dan berfb kerana tiada kita tiadalh yg muda...
insya-Allah saya akan teruskan berblog mengikut masa yang ada .. tentunya tak boleh lagi aktif sangat macam dulu.
Deleteha'ahla..macam kopiah nampak dr jauh ;)
ReplyDeleteuntungkan ! tak payah beli kopiah dan hari2 boleh basuh. hehe
Deletesalam pakngah..
ReplyDeletemasa baca entri kakcik dok pikir gak apa maksud kakcik.tengok gambar memang putih..rupa2nya uban yg tidak seia sekata ye..tapi elok je saya tengok, tu la keistimewaan pakngah hehehe
salam kembali.
Deletememang semua ciptaanNya elok belaka .. kita je yang memandai2 mengkritik. kan ?
Ustaz Dato daud che ngah dalam ceramah haji selalu menyebut empat rangkap pertama dan ditambah dengan rangkap Rumah kata ke kubur
ReplyDeletememang ada yang sensitif tak suka di ulang2, tapi saya ok jer !
Delete