Friday, October 12, 2012

TUNTUTAN SEMBAHYANG BERJEMAAH.


Sheikh Nuruddin Al-Banjari sedang menyampaikan kuliahnya.

Pada  malam 6/10/2012 yang lalu, berlangsung kuliah yang disampaikan oleh Sheikh Nuruddin Al-Banjari di surau Ibnu-Khaldun taman perumahan saya. Saya agak lebih dari 400 orang telah telah hadir yang terdiri dari jemaah tempatan dan juga dari kawasan persekitarannya. 

Satu point yang melekat dan berbekas di hati saya ialah bila beliau mentafsirkan dan mensyarahkan surah Al-Fatihah ayat ke - 4, iaitu:

 إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِين 
 
"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"

Menurut Sheikh, perkataan kami di dalam ayat ini mewakili ramai orang atau lebih dari seorang. Ini memberi petunjuk bahawa kita dituntut untuk bersembahyang secara berjemaah. Kalaulah kita berkata "kami memohon pertolongan", sedangkan kita bersembahyang berseorangan sahaja, nanti apa harus kita jawab kalau Allah bertanya "mana perginya yang lain ?"

Selama ini saya sering mendengar Ustaz menyatakan kelebihan sembahyang berjemaah adalah sebanyak 27 kali ganda dari sembahyang berseorangan, tetapi selepas  mendengar kuliah tersebut, saya mendapat kefahaman tambahan akan perlunya sembahyang berjemaah.

.................................................................................................................
 
SUB-ENTRY: DAH MEROMPAK PULAK !

 

Semalam baru sahaja cerita lewat entri ini tentang sikap hodoh sebahagian besar pemandu teksi di KL. Hari ini (11/10/2012) surat khabar The Star melaporkan kisah pemandu teksi di KL merompak penumpang pula .. !


14 comments:

  1. terima kasih sbb refreshkan balik apa yg terlupa.. :)

    ReplyDelete
  2. Tuan,

    Benar, alangkah indahnya hidup ini jika tekun sembahyang berjumaah lima waktu setekun pergi kerja (ke pejabat, menoreh,sawah,laut).

    T.Kasih di atas ingatan ini.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Selalu ikuti ceramah beliau di tv. Bagus

    ReplyDelete
  4. Salam Jumaat Dato' :)

    Bila la Sheikh Nuruddin nk dtg Surau Al-Hijrah Kota Warisan plak.

    Pemandu teksi kL memang 'hebat' ! Meludah kahak sementara tggu penumpang
    depan Central Market,pelancong tgk jer.
    Pelik bila org Malaysia x habis2 mengaku rakyat negara kita
    sopan,lemah lembut dan peramah. Selalu tgk kat jalanraya,pemandu
    mcm x pernah p skul. Yang berebut naik bas pun sama.Makcik2 makan berdiri
    di majlis makan2 (salu tgk ni),tak kasi perempuan hamil n org tua duduk dalam
    kenderaan awam,mcm2 lagi la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. perangai itu boleh dijadikan satu daya tarikan kepada pelancong ! hehe

      Delete
  5. Ibadah akan lebih indah dan memberi lebih kekuatan jiwa jika dilakukan oleh 'kami' berbanding hanya 'aku' melakukannya.

    ReplyDelete
  6. 1. Itulah mengapa dituntut berjemaah. Berdoa pun sama-sama sekurang-kurangnya kalau doa kita tak sampai jemaah lain punya ada yg sampai.

    2. Buat semakin ramai takut nak naik taxi

    ReplyDelete
  7. salam pak ngah. good share hari jumaat ni :)

    ReplyDelete
  8. Pak Ngah...Aina dah bertahun2 tak naik teksi asik2 merempit je.

    Jemaah di masjid menjadi keutamaan tetapi Aina lebih banyak berjemaah di rumah. Kadang2 kita selalu lupa akan kelebihan berjemaah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. golongan wanita digalakkan sembahyang di rumah sekiranya bersembahyang di masjid/surau boleh menimbulkan fitnah. Allahua'lam.

      Delete
  9. SAYA KADANG2 SAJA BERSOLAT JEMAAH DI SURAU TAMAN SAYA.. NIAT NAK BERJEMAAH ADA, TAPI KADANG2 TIDAK KESAMPAIAN.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih Uncle sebab kongsi ilmu ni..betul juga tu, tafsiran yg menarik dari potongan surah Al Fatihah tu

    ReplyDelete
  11. ooo..pemandu teksi blh rompak..solat kena berjemaah..lebih baik

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.