Wednesday, October 10, 2012

SAYA BELUM MENOPOUSE LAGI.

Berikutan entri saya semalam berhubung tanda-tanda awal blog akan lenyap, banyak komen dari rakan-rakan yang menarik dan menyejukkan hati saya. Cuma dua komen berikut, perlu saya beri sedikit penjelasan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.


Encik Anif menjangka saya sudah kekeringan idea. Saya kira tanggapan beliau itu sangat jujur dan natural.
.

Dan ckLah pula secara berjenaka mengatakan saya sudah ada tanda-tanda menopouse untuk blog.


Objection ! Saya tak setuju dengan komen Encik Anif dan ckLah itu kerana buat masa ini saya mempunyai sebanyak 306 deraf entri yang masih berada dalam simpanan. Kalaulah saya terbitkan sehari satu entri, hampir setahun baru boleh habis stok deraf tersebut

      
Draf entri yang terkumpul setakat semalam ada sebanyak 306 buah kesemuanya.
 

Habis tu, apa masalahnya?  Masalahnya begini. Saya percaya bahawa selepas kita menerbitkan sesebuah entri, ada tugas dan tanggungjawab yang menunggu.  Masalahnya buat masa ini tugas dan tanggungjawab itu adalah berat untuk saya menyempurnakannya. Itulah sebabnya kadang-kadang saya sengaja menahan diri atau tertahan-tahan dari membuat entri baru.
 



* p/s: ckLah.  Kawan kata saya kata men no pause !

34 comments:

  1. saya punya draf pun lebih kurang pakcik jugak~ada 300 lebih yang terperam~tapi semua saya segan nak publish~kualiti tiada kuantiti saja lebey~keh keh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam sibuk2 pun awak ada lebih 300 draf .. haibat. dari segi kualiti tu sebenarnya adalah persepsi masing2.

      Delete
  2. Objection yg arif hahaha....
    Kakak tahu tuan punya ribu-riban idea yg cantik utk dikongsi bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah .. setakat ini tiada masalah dari segi idea. masalahnya ialah spt yg dicakapkan oleh Kakcik tu.

      Delete
  3. 306??banyaknya..saya satu pun tak dek dalam draff tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah terlampau banyak, dah jadi masalah lain pulak. sebab ada entri yg isunya tidak lagi current.

      Delete
  4. Sebabnya, adalah tidak adil untuk membiarkan komen tanpa jawapan atau tidak berkesempatan untuk membuat kunjung balas, kan?

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepat sekali ! kakcik sungguh bijak menyelami dan memahami apa yang ada di lubuk hati saya.

      bukan sahaja tidak adil tapi saya rasa amat bersalah serta khuatir kalau ada yang menganggap saya perasan 'diva'.

      Delete
  5. Salam,
    Teruskan jika keadaan mengizinkan. Entri2 AL amat menarik .... ada mesej yg disampaikan.

    Saya sendiri tidak berapa aktif sejak akhir2 ini .... keadaan diri yg tak berapa mengizinkan.

    InsyaAllah bertemu Ahad ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali Dato'

      kalau tiada aral, insya-Allah kita akan bertemu .. saya mengalu-alukan kedatangan Dato'.

      Delete
  6. BANYAKNYA ENTRI DALA DERAF.. TAHUN DEPAN KALAU 1 HARI 1 ENTRI DAH CUKUP..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bilangannya sentiasa bertambah hari demi hari ..

      Delete
  7. Pakcik, bagi sket entry draft Pakcik kat sy, boleh? Tapi sy tak nak entry draft yg kosong ye? Hehehehehe...

    Mood sy lak makin merudum ni Pakcik. Dek tggjwb tugas hakiki. Cewah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu bukan masalah mood tapi masalah menyusun keutamaan ..

      Delete
  8. Aina jarang balas komen melainkan ia dalam bentuk soalan. BW memang akan cari masa tapi balas komen memang tak sempat kadang2 tak tau nak balas macam mana. Sebab tu agaknya entri kat blog saya jarang ada yg komen. Salah satu sebab yang membuatkan semangat nak menulis makin suam2 kuku.

    Kadang tu memang tak ada idea dan rasa apa yang dah start tulis tu macam tak patut dikongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul .. bukan semua perkara patut dikongsi atau ditulis .. saya sendiri sudah beberapa kali dibelasah kerana tulisan yang menyentuh sensitiviti orang lain.

      Delete
  9. Ya allah....saya punya draf : ZERO.

    Setiap pagi kena kerah idea nak hasilkan entri..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddy Ziyyad.

      Bagus juga kerana setiap entri adalah fresh and current.

      Delete
  10. saya ada berkunjung ke blog yang tak ada ruangan komen, kalau ada maklumbalas kena email kepada pemilik blog. pada saya tak ada masalah tak ada ruang komen sebab hak penulis untuk ekspresikan idea dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah beberapa kali tutup ruang komen, tapi tak seronok kerana tak tahu apa reaksi orang.

      Delete
  11. 'Objektion accepted!'

    Minta maaf kiranya dianggap salah mentafsir. Kata banding 'macam' tu saya gunakan untuk blog saya. Bukan blog tuan.

    Sekian.

    :)

    ReplyDelete
  12. Saya ada 1 saja draf ..... hehehe ...org lama memang hebat .....

    ReplyDelete
  13. dlm draf dh byk..kaklong nyo satu pun tak ado!

    ReplyDelete
  14. men no pause? ada maksud tersirat ke uncle? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada yg tersirat .. orang lelaki memang tak ada menopouse kan ?

      Delete
  15. mak aihhh..banyaknya draf :p saya buat draf utk advertorial ajer biasanya :p keh keh keh..

    jelez dengan orang lama, banyak idea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. idea boleh didapat di mana-mana .. misalnya tengok tv, dengar radio, baca surat khabar dll.

      Delete
  16. Banyaknya draf post ko :).. saya syorkan supaya melepaskan sahaja deraf2 post awak tu satu post per day. Ingat selagi awak fikir sangat pasal "perfection" agak susah untuk awak blogging. let go evrtg.. yang lain2 biarlah blogger2 lain tegur mana yg kurang. itu pengalaman saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi singgah kali pertama dan meninggalkan komen. masalah saya adalah seperti apa yang Kakcik komenkan kat atas tu.

      Delete
  17. Nampaknya saya silap! Ini bukan masalah kekeringa idea. Cuma masalah mencari masa yang sesuai untuk "publish" entri! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak salah awak juga menjangka begitu ..

      memang benar saya bermasalah mencari masa sebenarnya .. masa di mana saya bersedia untuk jawab dan lawat blog pengomen.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.