Tuesday, October 9, 2012

PETANDA-PETANDA AWAL BLOG HENDAK LENYAP.

  


Ibarat pokok yang dah nak mati, ada tanda-tandanya. Misalnya daun yang hijau bertukar kekuningan dan mula berguguran. 

Begitulah juga  dengan blog.  Sebelum ia lenyap, kita boleh lihat tanda-tanda awalnya seperti berikut.

1. Pemiliknya sudah jarang-jarang dan tidak lagi bersegera menjawab komen dan kalau ada pun komen yang dijawab, hanya komen yang terpilih sahaja. Kalau dulu orang komen 'haha' pun dia jawab 'hihi'.

2. Pemiliknya sudah tidak lagi membuat blog-walking dan meninggalkan komen.  Kalau ada pun hanya sekali sekala.

3. Pemiliknya sudah jarang-jarang membuat entri. Kalau dulu dia pos sekurang-kurangnya satu entri setiap hari, kini sudah tidak menentu. Kadang-kadang 2-3 hari satu entri. Kadang-kadang 4-5 hari.  Entrinya pulak, yang biasa-biasa jer.

Sebenarnya inilah simptom yang telah mula menyerang saya. Ibarat pokok juga, kadang-kadang ia boleh dipulihkan dan hidup subur semula.

Tetapi ada juga yang gagal dipulihkan dan terus mati dan mereput. 

Entahlah !

46 comments:

  1. :D Jangan risaulah Tuan, itu cuma tanda-tanda kekeringan idea!

    ReplyDelete
  2. saya pun pakngah!! Tp ni cuba rajin balik ni....hehe

    ReplyDelete
  3. Rehat sebentar sebelum aktif semula

    ReplyDelete
  4. Salam TH.. pasti hidup ini ada pasang surutnya bagaikan laut ada masa air pasang surutnya... masa surut pasti nampak lemah... tapi jaga2 kalau dia mengganas nnt... semoga ceria selalu :)

    ReplyDelete
  5. Saya rajin buat entri. Rajin juga BW, setiap hari mesti ada paling sikit pun 3,4 blog saya melawat. TAPI orang jarang melawat blog saya, jarang mengomen SEBAB entri entri saya tidak menarik langsung. Saya belum nak tutup blog (sbb saya suka menulis wpun tak berisi), tapi saya nak tutup ruangan komen supaya saya tidak rasa bersalah, dan org lain tidak perlu terpaksa komen. Adil tak begitu, Pakngah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta maaf pada Tuan Haji, tumpang lalu nak sembang ngan Azie jap ya,

      azie, kdg tu bukan taknak komen atau citer tak menarik tp baca sambil berlari2, tu yg payahnya tu hehehe..ni mmg masalah akak sendiri, dah tau sibuk tp masih nak selit bw...tp tak selalulah sempat wat gitu...

      ok ayam dalam kuali dah memanggil....tata!

      Delete
    2. Azieazah. Nampak macam adil tapi usahlah buat macam itu. Pakngah dulu pernah buat begitu tapi tak bertahan lama sebab ada masanya kita teringin juga nak tahu apa komen orang lain.

      Delete
    3. Queenie. Kenapa baca sambi berlari .. duduk tak boleh ke ?

      Delete
  6. Dunia belum kiamat, walau tanda-tandanya telah pun ada..

    ReplyDelete
  7. ...a..k.a tanda tanda menopouse untuk blog, macam blog saya.
    :-)

    ReplyDelete
  8. cepat2 saya update blog~keh keh~~

    ReplyDelete
  9. Salam Tuan Haji...

    saya anggap itu petanda biasa yg sering melanda setiap dari blogger, bak angin kus-kus gitu...saya pun pernah juga dan selalu pun...kejap bukak kejap tutup, kejap hilang...ikut angin yang datang dari arah mana la...

    janganlah tutup blog Tuan...saya pasti ramai yang akan kecewa termasuk saya juga...rehat kejap takper eehh...salam pada Puan Hajah ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tidak bercadang untuk tutup tapi nak mengurangkan pengeluaran sahaja.

      Delete
  10. simptom yang sama menyerang blog saya.. haha..

    kalau dulu, iye-iye cari masa nak update blog walaupun tgh sibuk. sekarang, tak sibuk pun mana pun, tapi blog jarang dah update.

    tak nak stop blogging sebenarnya, tapi.. entah lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita serupa .. jangan berhenti nanti gila talak ! hehe

      Delete
  11. Harap perasaan ini sementara saja. Tak kisahlah seminggu sekali bila rasa ada nak dicoretkan buat aje sebagai tatapan.. Kakak begitulah bila ada mood buat tak ada tinggal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya saya sudah jelaskan dalam entri saya hari ini, 10 Okt.

      Delete
  12. salam pak ngah..berbloggin ni pun kekadang rase penat gak..penat perah otak...sekali sekala nak kena gi 'oliday' jugak..senyum2 sokmo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya akan ikut cadangan awak utk pergi 'oliday' itu .. hehe

      Delete
  13. saya sejak dulu blog hidup segan mati tak mahu. dan sampai sekarang masih berterusan. semoga berkekalan selagi hayat di kandung badan. buat tatapan anak cucu cicit nanti. keep blogging uncle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog pakngah lain sikit .. hidup mahu, mati tak mahu. hehe

      Delete
  14. Alahai, janganlah begitu. Saya pasti setiap orang ada banyak untuk dikongsikan dengan public. Kita exchange stories yer..

    ReplyDelete
  15. No. that is so not like you..But if you are refering to me, well...,I wish I can go on and on and on and on..

    ReplyDelete
    Replies
    1. penjelasan telah saya berikan dalam entri saya hari ini .. 10 Okt. saya akan teruskan hingga stok entri dalam bentuk draf habis terjual. hehe

      Delete
  16. sya sudah di jangkit dengan petanda petanda tersebut

    pinjam entry pakngah untuk entry terbaru sya sekarang
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan salahkan pakngah kalau penyakit itu berjangkit kepada awak .. hehe

      Delete
  17. harap2 uncle dapat 'baja kesuburan' yg bagus!

    ReplyDelete
  18. saya pun sekarang ni,lebih kurang begitulah.

    kadang-kadang malas sangat,tapi bila rajin,macam2 hendak ditulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakngah bila rajin, akan buat entri sampai 4-5 sehari dan simpan dalam draf. yelah, takkan nak publish kesemuanya kan !

      Delete
  19. Jalan-jalan di blog Tuan Haji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ..silalah datang lagi berjalan2 ke sini.

      Delete
  20. salam Pak Ngah, saya pula baru nak kembali subur...hehehe. Jangan stop terus Pak Ngah, setiap coretan Pak Ngah, pasti ada sesuatu yang dapat dipelajari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ini belum berniat nak berhenti terus ... cuma meluahkan apa yg terbuku di hati.

      Delete
  21. apa yang lebih baik dari menangis kalau bukan menulis. Tak selalunya hati kita berbunga2..dan tak selalu juga hati kita berduka. Menulis bila hati mahukan sedikit ruang. Jangan risau lah uncle..semua pun akan pernah lalui simptom lupa ada 'blog'..ekeke!!

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum Tuan,
    Saya anggap ini fenomena pasang surut dlm dunia blogging ni. Zaman saya update setiap hari pun dah berlalu. Mungkin tanggungjawab sebagai pelajar buatkan saya kurang update blog. :)

    -eqbalzack-

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.