Monday, May 28, 2012

INSIDEN NAIK TEKSI DAN CUCI KASUT: MESTI BACA.

Insiden 1:  Naik Teksi.

Selepas selesai mengambil bagasi, perkara seterusnya ialah mendapatkan teksi untuk ke hotel. Kalau masa bekerja dulu, pasti  ada orang tunggu. Banyak tempat jual tiket, tetapi tempat ini kami tertarik kerana mereka mendesak mahukan duit RM. Dollar Amerika dan duit Dong dia tak berapa mahu. Rasa bangga juga bila duit kita popular di sini.
 
Bila tiba masa balik baru kita tahu, bahawasanya kita telah kena 'kelepet'. Kita terbayar kira-kira 40%  lebih mahal berbanding tambang  semasa balik. Rupanya mereka mainkan kita dalam kadar tukaran wang. Maklumlah masa tu, kita masih pening lalat, belum mahir lagi dalam mengira tukaran matawang.
  
Nasihat saya kalau nak naik teksi di Saigon, dapatkan harga yang terbaik dari 3-4 kaunter dan bayar dalam USD atau Dong kecuali anda boleh 'kelepet 'balik dia kalau nak bayar dalam RM.


Waktu tempatan menunjukkan tepat jam 10.59 pagi.
..........................................................................................................................................

Insiden 2: Cuci Kasut.


Gambar 1: Kita makan tengahari di sini. Dan di tempat inilah insiden ke-2 belaku. Sebelum sampai ke restoran ini, kita telah diekori oleh beberapa budak yang menawarkan untuk mencuci kasut dengan upah USD 1 sepasang.


Gambar 2:  Mamat ini beriya-iya sangat hendak mencuci kasut kita. Sampai masuk-masuk ke bawa meja dan memegang kasut kawan saya yang berbaju kuning itu. Oleh kerana kesian dan tak mahu diganggu, kawan saya pun merelakan kasutnya dicuci.


Gambar 3: Bila dah siap dia mengenakan caj lebih dari 4 kali ganda kerana dia memandai-mandai memasang alas  kaki (sole). Kawan saya cukup marah sebab  dipermainkan begitu kerana dia tak minta pun alas kakinya ditukar. Saya pun tumpang sekaki marah sama. Kawan saya suruh ambil balik sole itu. Mamat itu pada mulanya enggan tapi bila kawan saya sebut perkataan polis barulah dia mengalah. Yang peliknya taukeh restoran tu buat tak kisah je.


Gambar 4: Kerana terlampau marah, habis licin semua roti nan kita makan.


.

36 comments:

  1. hahaha.."kerana marah habis semua licin roti nan kita makan" yang ini paling menarik hati saya...

    ReplyDelete
  2. masa kesana kami bayar duit taxi pakai dong.sbb ikut kawan yang dah selalu kesana..tapi hati kena kuat la sbb diorang ni sama cam indon suka buat muka kesian.mcm tahu2 je rakyat malaysia mmg lembut hati ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul .. kita beli bukan sebab nak beli tapi sebab tak mahu dia orang ikut kita dengan muka kesian. tak apalah, masa ini masa kita senang .. masa depan belum tahu.

      Delete
    2. betul tu..masa depan kita tak boleh nak ramal

      Delete
  3. licin tu kerana lapar ke kerana marah?he he

    ReplyDelete
  4. Membaca ayat di bawah gambar nombor dua tu, saya ingat dia nak bawa lari kasut sebab ada perkataan mencuri. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tajam betul mata kakcik .. dah dibetulkan. terima kasih.

      Delete
  5. Kena banyak hati2 pergi Vietnam ni nampaknya Tuan Haji kalau tak mau kena sembelih berkali-kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kat vietnam sahaja .. kat Mesir pun sama. cuba baca komen Asada Ryutaro di bawah.

      Delete
  6. pernah kena kes sama kat mesir, budak tu beriya2 tanggalkan kasut sebab nak kilatkan. kita tak nak pun dia sodok jugak bawah meja. uhh.. pastu nak bayaran lebih dari harga ditawarkan mula2. naik geram jugak..

    bagus jugak kalau geram marah boleh makan habis makanan.. biasanya takde mood dah nak makan. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. barangkali bila kita miskin dan terdesak nak mendapatkan wang membeli makanan utk anak-anak, itulah jadinya.

      Delete
  7. hahaha..mrh punya psl..habes licin roti naan :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak marah .. mungkin tambah lagi satu keping sorang. hehe

      Delete
  8. saya kena belajar cakap vietnam lah uncle, baru boleh kelepet org taxi tu! ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. eloklah tu .. nanti boleh buka cawangan klinik kat sana.

      Delete
  9. Nasib baik tengah marah, boleh licin....kalau tak marah, saya bimbang pinggan mangkuk pun turut lesap..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pinggan mangkuk lesap, barangkali awak tak dapat baca entri ini .. hehe

      Delete
  10. Hahahahahahaha...

    Alhamdulillah Pakcik. Marah2 pun, rezeki tak baik dibazirkan. Hiks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. pakcik tak mahu jadi rakan syaitan !

      Delete
  11. marah punya pasal,habis roti licin..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya roti tu sikit sangat untuk saiz perut uncle ! hehe

      Delete
    2. ahahaaa pakngah nape tak tambah lagi.haha

      Delete
  12. lain negara...lain tempat...lain ragamnye...kan Tuan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. kat tempat kita pun apa kurangnya .. lagi sofistikated !

      Delete
  13. INFO YANG BAIK UNTUK SAYA KE SAIGON NANTI ENTAHKAN BILA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak pergi nanti .. saya boleh temankan, asalkan tiket, penginapan dan makan minum awak tanggung. hehe

      Delete
  14. memang bahaya kalau makan masa tengah marah kan uncle. kehkehkeh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. awak pun jangan amalkan lagi .. hehe

      Delete
  15. Kat mana2 pun sama kan,
    nampak org asing/ luar mesti nak pau/kelepet...nak untung lebih
    Beli ikan bilis kat sabah, cakap bahasa semenanjung harga 20 lebih sekilo,
    Org sabah beli dpt pulak RM14...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju .. kalau sudah dinamakan manusia .. di mana-mana pun serupa. janji ada peluang !

      Delete
  16. Senang je mereka ni nak ambil kesempatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang orang dapat ambil kesempatan kerana kelalain atau kebaikan kita.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.