Saya menerima undangan dari Ain Dzaya melalui kotak komen saya seperti di bawah untuk turut serta dalam segmen yang dianjurkannya.
Kebetulan pula saya memang ada banyak masa lapang pada masa ini. Sebelum itu saya nak beritahu bahawa masa lapang saya yang banyak itu tidak sedikit pun saya ambil atau minta dari orang lain tetapi sebaliknya semuanya adalah atas daya usaha saya mengumpulkannya selama ini.
Dia kata kalau rasa creative, artistik, gorgeous, adorable, fashinable, owesome (itu ejaan dia) bolehlah turut mengambil bahagian. Nak jadikan cerita, saya rasa saya ada semua ciri-ciri yang disebutkannya terutamanya tentang creative itu. Itu belum cerita lagi futuristik. Uwekss.
Fikir punya fikir, saya buat kesimpulan nak masuk sebab masuk ke tak masuk bukannya ada rugi apa-apa pun bahkan menguntungkan kerana mungkin dapat kenal dengan blogger baru. Lepas tu baru terfikir, nak tulis apa ye. Lalu saya hubungi penganjur dan bertanya kalau-kalau dibolehkan mengambil entri lama untuk menyertainya ..
Katanya "boleh2 pakcik" (sampai dua kali bolehnya) seperti keratan di bawah:
Apa lagi berkejarlah saya mencari entri lama saya yang saya rasa paling kreatif dan terus menyalin dan menampalnya seperti di bawah.
...........................................................................................
÷ + - x =
Pada malam 31 Disember lalu ada perlawanan futsal anjuran RT taman perumahan saya. Sebelum perlawanan bermula saya telah dijemput untuk bergambar. Perasaan saya berbelah ÷ untuk masuk ke gelanggang kerana saya bukan pemain, pengadil atau ahli jawatankuasa. Saya cuma datang membawa cucu yang ingin melihat abahnya bermain. Saya bimbang nanti ada orang tuduh saya cuba + tangan dalam menentukan keputusan perlawanan.
Akan tetapi pada masa yang sama saya tidak sampai hati untuk men - hajat orang. Lalu saya pun masuk dan cucu saya pun masuk ber = dengan saya. Sedang kami bersedia untuk bergambar tiba-tiba ada bola ditendang orang menuju kami. Maka terpaksalah kami bergambar tiga empat x disebabkan gangguan itu.
......................................................................................................................................
Kalau anda rasa diri anda creative, artistik, gorgeous, adorable, fashinable, owesome silalah klik banner di bawah untuk menyertai segmennya yang menawarkan hadiah yang banyak dan lumayan.
Saya pun hairan macamana dia buat benda tu berkelip-kelip-kelip-kelip-kelip tak berhenti-henti. Sebagai memenuhi syarat yang ditetapkannya, peserta disuruh tag dua orang dan disuruh beritahu mereka. Ini susah sikit kerana perlu memilih dua sahaja sedangkan semua rakan blogger saya mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan. Harap yang lain tidak kecil hati kerana saya memilih dua orang ini untuk di tag: GadisBunga dan Mama Zharfan |
Wow! Hebat flash die tu Pakcik.
ReplyDelete=D
awak pandai buat ? tolong ajarkan boleh !
DeleteMemang creative, artistik, gorgeous, adorable, fashinable, owesome (ikut ejaan dia juga) N3 ini. Good luck..
ReplyDeletesaja suka2 bagi sokongan kepada rakan2 bloggers ..
DeleteAssalamu'alaikum.
ReplyDeleteSemoga berjaya ya.
Tapi saya nak tanya - GadibBunga itu siapa?
Saya cuma kenal GadisBunga. :)
KAKCIK MANUSIA MEMANG TIDAK SEMPURNA KAN? SEBAB TU DALAM AKHBAR TU PUN BOLEH TERLEPAS DEK EDITOR EJAAN TU AJE
Deleteehhh...la dah habis tulis baru perasan huruf besar, kira halal ye pak ngah.(,")
kasihibu
DeleteTergamak awak kata KAKCIK MANUSIA MEMANG TIDAK SEMPURNA !
Tak mengapa. Saya dah banyak kali mengaku bahawa saya ini manusia yang jauh dari kesempurnaan... hehehe... (Bagaimanapun saya faham maksud kedua2 ayat di atas. Jangan risau). :)
Deletepasti saya akan gunakan bahan ini untuk entri saya nanti .. hehe
Deletehehehehee....silap tertinggal ,,,,,,,,, (,")
Deletehahaha jd bahan lagi la kasihibu :p
Deleteo..sungguh kreatif...
ReplyDeletekami bg pakngah yg menang..hoyeay..!
...takleh lupa entry yang itu...memang mengeletek!
ReplyDeletetq sbb sudi tag :)
ReplyDeletealamak .... saya tak kreatiff...
ReplyDeleteSaya baca udah lah yeee...
SEMOGA BERJAYA.. MEMANG KREATIF PENULISANNYA TU..
ReplyDeleteGood Luck uncle! saya pun nak try la...tp rasa2nye mcm x menepati ciri-ciri tersebut...huhu...
ReplyDeletebelasah jer .. sekurang2nya kita bagi sokongan moral kepada penganjrunya.
Deletesalam..
ReplyDeletesmoga berjya.. menarik ni.. mmg uncle ada ciri2 tu
salam.
Deletesaya rasa awak lebih kreatif dari saya .. tengok blog pun dah tahu.
saya baruuuu nak godek2 entry paling kretip yg saya ada. huhuhu~
ReplyDelete