Sunday, July 15, 2012

LAMBAT DAN CEPAT BERAKAL.

Kadang-kadang ada budak tu, cepat besar dan cepat berakal.
Kalau dapat anak macam ini, senang hati dan mudah tugas ibubapa.

Tetapi ada juga budak yang cepat besar tapi lambat berakal.
Yang ini seriklah sikit ibubapa  untuk mengawasi tindakan dan pergerakan dia.
  
Ramai juga budak yang lambat besar tapi cepat berakal.
Kalau dapat anak macam ini, jenuh ibubapa memberi ubat dan vitamin agar anak cepat besar.

Tetapi ada juga budak yang lambat besar dan lambat berakal.
Ini adalah kes terencat.

Apa-apa pun sifat mereka, samada cepat atau lambat besar atau cepat atau lambat berakal, semuanya  adalah amanah Allah sebagai anugerah dah ujian buat kita semua yang berakal,  yang harus kita terima dengan redha dan rasa syukur.

Kepada pembaca yang masih belum berkahwin atau belum mendapat cahaya mata, ambillah ini sebagai renungan.

.......................................................

Semoga cucu saya Nur Iris Qistina cepat besar dan cepat berakal.



Antara pose terbaru dia. (Gambar di pinjam dari fesbuk saya)


* dah dua tiga hari  saya rasa tak sedap badan.


26 comments:

  1. ada budak yg kecik2 lembab, dh besar blajar bijak pandai. ada yg kecik2 hitam comot, dah besar ayu menawan.

    *pakcik,mkn ubat n jaga diri.penangan mencandat tak habis lagi ke? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakcik dari kecik sampai sekarang hitam comot .. hehe

      * sekarang dah ok sikit. kalau tak ok pun kena buat ok juga ... ada 3 kenduri kena pergi hari ini.

      Delete
  2. tak sabar nak menimang cahaya mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar .. sabar ! nanti dapat bayi tak cukup bulan. hehe.

      Delete
  3. apa-apa pun, semuanya anugerah Tuhan. terima dan reda sahaja.

    cucu IM pun dah mula belajar angkat pungkok. nak belajar merangkak le tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok tengok dia berjuang tanpa mengenal jemu untuk membesar peringkat demi peringkat.

      Delete
  4. Kepada pembaca yang masih belum berkahwin, ambillah ini sebagai renungan <-- baiklah, akan diambil sebagai renungan... (",)

    ReplyDelete
  5. semoga pak ngah cepat sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.

      bila dah tua ni .. nak sakit, tapi nak sembuh, lambat.

      Delete
  6. harap pak ngah cepat sembuh, banyak minum air masak itu penting sekarang cuaca tak menentu jaga diri dan kesihatan

    anak anak sekarang cepat belajar, cepat berdikari
    sya ada cerita dengan kawan pasal no 2
    anak anak bermacam karenah dan peringkat pembesaran mereka, sebagai ibubapa kita yang perlu beri perhatian pada mereka awasi dan jaga mereka sebab baik buruk anak itu, mereka darah daging kita
    perjalanan dan masa depan mereka masih panjang
    cerita pasal anak anak sya sungguh tidak faham bila ada orang merah anak kecil mereka seperti marah pada orang dewasa
    akal anak kecil bukan sepanjang akal orang dewasa kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang yang marah itu termasuk dalam golongan "cepat besar tapi tak ada akal"

      Delete
  7. Replies
    1. terima kasih atas pujian yang saya selanjutnya saya panjatkan kepada penciptanya. terima kasih juga kerana sudi singgah kali pertama.

      Delete
  8. salam..
    apa yg Allah kurniakan itulah yg trbaik
    dan Allah punya rancanganNya sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      betul .. tidak ada perancangan Allah yang silap.

      Delete
  9. Salam.
    Allah anugerahkan yang terbaik kepada umatnya. Comelnya cucu...

    ReplyDelete
  10. saya doakan cucu uncle Cepat Besar, Cepat Berakal..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan begitulah .. uncle percaya itu jugalah harapan semua ayah dan atuk kepada anak dan cucunya.

      Delete
  11. Tengok muka si Nur Iris tu cepat berakal budak ni. Bestnya dapat main dgn cucu.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum PakNgah... PakNgah tak sihat ke?

    Semua tu rezeki ibubapa juga kan, kalau ikutkan doa kita memang sentiasa nak yg terbaik dan sempurna buak setiap anak2 kita

    Comel cucu PakNgah, moga dia berjaya spt datuk dan kedua ibubapanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam

      memang tak berapa sihat .. bila sakit tu lambat nak sembuh. maklumlah barang dah lama pakai. hehe

      semoga dia membesar seperti yang diharapkan.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.