Satu masa dulu saya pernah cerita masalah saya dengan blog saya. Hampir saya patah semangat untuk berblog kerana saya tidak dapat membuat entri menggunakan dashboard yang lama. Atas nasihat rakan-rakan blogger, saya menjadikan diri saya pengarang bersama blog surau saya. Jadi dapatlah saya membuat entri baru menggunakan dashboard blog surau saya.
Maka sekarang saya ada dua dashboard untuk berblog. Satu dashboard untuk saya membuat entri di blog Komensen dan satu lagi untuk membuat entri di blog saya yang satu lagi. Dan sehingga kini saya masih lagi gagal untuk menyatukan mereka berdua.
Maka sekarang saya ada dua dashboard untuk berblog. Satu dashboard untuk saya membuat entri di blog Komensen dan satu lagi untuk membuat entri di blog saya yang satu lagi. Dan sehingga kini saya masih lagi gagal untuk menyatukan mereka berdua.
Manakala di dashboard yang baru ini saya baru terdapat 706 profile views.
Seperti yang saya katakan di atas tadi, sekarang saya boleh membuat dan pos entri atau membuat komen dari dua dashboard. Saya memilih blog kakcik untuk membuat contoh komen saya dari dua dashboard, seperti di bawah.
Faham tak apa masalah yang saya cakapkan ini ? Kalau tak faham tak mengapalah, kita ambil sahajalah iktibarnya iaitu:
1. Jangan cepat putus asa.
2. Jangan malu untuk bertanya, walaupun kepada orang yang lebih muda kerana tidak ada orang yang tahu semua.
3. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
semangat yg sangat patut dicontohi
ReplyDeleteharapkan semangat je .. kudrat dah kurang. hehe
DeleteALHAMDULILLAH KALAU BOLEH TERBANG LAGI.. :)
ReplyDeletebolehlah sikit2, dekat2 ,perlahan2 dan sekejap2.
DeletepB masih lagi menggunakan dashboard pesen lama.
ReplyDeletesaya pun camtu .. yang lama kurang 'friendly' sikit.
Deleteeka pun masih menggunakan dashboard yang lama.pak ngah dah klik ke old blogger interface.selagi blogspot tak tukar baru,eka masih guna yg lama.hehe
ReplyDeletepakngah pernah tukar kejap .. tapi celaru. akhirnya balik pada yang lama.
DeleteSalam Pakcik,
ReplyDeleteBukan kata Pakcik, sy ni pun ade mslh gak. Google+ menambah beban mslh sy. Haih!
salam kembali.
Deleteapa nak buat, kita sebagai pengguna, bukan pereka.
lupa nak tanya .. mommy fara pergi mana ?
sy pun masih guna yg lama. yang baru serabut, leceh. eh, nak seribu daya kan? :p
ReplyDeletekalau nanti tak ada pilihan kena pakai jugalah yang baru kan !
DeleteSemangat abg ni mmg patut dicontohi. Patah sayap bertongkat paruh.
ReplyDeleteMacamana sambutan terhadap blog surau abang tu? Mungkin kita boleh berkongsi pandangan.
sambutannya kurang meriah .. mungkin kurang promosi. kalau nak tengok dan beri cadangan bolehlah pergi ke linknya yang baru (sebab link lama abang dah ambil) seperti di bawah:
Deletehttp://surauibnukhaldunlavenderheights.blogspot.com/
Tambah sikit pada apa yg sdr Yunus Badawi catatkan... Patah sayap bertongkat paruh, pujangga al-lavendari tetap berdiri!
ReplyDeleteSelamat menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan. Semoga segala amalan sepanjang bulan mulia ini diberkati & diredhai Allah.
selamat berpuasa juga dari saya .. semoga bulan yang mulia ini memberi keinsafan kepada kita semua.
Delete* berdiri pun dah mula goyang ni .. hehe
Gigih dan waja....sya pun masih guna yg lama tu
ReplyDeleteItu je komen untuk hari ini
waja tu macam nama kereta proton pulak.
Deleteitu je jawapan untuk hari ini.
nama lainnya semangat~ jgn putus asa....
ReplyDeletedi mana ada minat, di situ ada usaha yang tak mengenal putus asa.
Delete