Gambar hiasan hasil carian Google - orang main mahjong.
Minat kita tidak sama dijadikan Tuhan. Itu hakikat. Saya tidak kisah orang nak minat apa asalkan benda yang dia minat itu tidak bertentangan dengan ajaran agama dan undang-undang. Dan paling penting - tidak menyusahkan orang.
Ada orang minat memancing. Dalam masa yang sama, sangat ramai orang yang tak minat memancing.
Ada orang minat kat Minah. Orang lain pulak minat kat Leha. Adalah sangat tak cerdik kalau kita mempertikaikan minat orang lain dan lebih sangat tidak cerdik kalau kita mahu orang lain meminati apa yang kita minat.
Kalaulah misalnya orang yang minat main mahjong memandang rendah orang yang minat memancing atas alasan membuang masa, saya memang kecik hati dan boleh bertukar menjadi baran. Saya juga boleh mengata orang yang suka main mahjong itu adalah orang yang gemar buat kerja sia-sia .. dah elok-elok bina, kemudian runtuhkan !
Saya berpendapat banyak hikmahnya kita tidak mempunyai minat yang sama. Cuba bayangkan kalaulah semua orang
Atau misalan yang lain, kalaulah semua orang minat bermain golf, mungkin tak cukup padang yang ada di Malaysia ini. Terpaksalah korbankan ladang getah, kelapa sawit atau sawah padi untuk membuatnya. Kan ke jadi masalah besar nanti kalau sawah padi bertukar menjadi padang golf. Dahlah pada masa ini pengeluaran beras tak cukup dan kita terpaksa mengimport.
Nasib baiklah minat kita tak sama. Maka dengan itu, orang yang minat main mahjong atau golf misalnya, patut menggalakan orang yang minat memancing supaya terus memancing dan janganlah memandang rendah kepada mereka yang minat memancing !
.
tak yah dingin semacam kalau minat tak sama..
ReplyDeleteaiyaaaa... tat y lah ada nilai murni tolak ansur.
kepelbagaian minat adalah rahmat.
DeleteSaya minat main bowling dan tak pernah memandang rendah pada minat org lain...citarasa masing2 kan berbeza...selamat berpuasa uncle!
ReplyDeletekalau semua orang macam awak, ke ke bagus !
DeleteSaya terhidu bau emo sikit n3 abg kali ni. Ada ke org yg minat golf atau mahjong memandang rendah org yg minat memancing? Memang tak bijak org yg mcm tu ..... ngeeee
ReplyDeletehidung awak memang ori .. hehe
Deletepak ngah kecuali saya itu termasuk sya ;p
ReplyDeletememancing seronok..sya suka memancing tapi enpakwe tak suka
tapi kami masih boleh menjadi suami isteri yang bahagia, walau pun ada kala lidah tergigit jugak
rasanya semua pasangan suami isteri ada mengalami masalah yang awak katakan itu ..
Deleteberminat nak tengok orang lain punya minat. bila dah letih, baru pergi mengail.
ReplyDeletesaya pulak lain .. kalau tak mengail baru letih.
Deleteuncle, yang penat bina, lepas tu runtuhkan ialah hobi main domino! ahahahaha...
ReplyDeleteada org perli uncle yg suka memancing ke? abaikan aja uncle..:)
domino itu ada seninya ..
Deletememang selalu sangat kena perli dari dulu hingga sekarang .. dia ingat orang main golf tu golongan bangsawan ke .. dia orang tak tengok siapa yang main golf kat Amerika.
Saya tak dengki dengan minat siapa siapa.. tapi ada seorang saja yang saya dengki dengan minat dia... adik saya.. dia minat makan tapi dia tak gemuk gemuk..Dengki sungguh saya..
ReplyDeleteuncle tak pernah dengaki dengan orang yang tak gemuk ..
DeleteSetuju, tapi konsep yang sama applies. Ramai juga orang yang tak bijak dalam dunia nie. Maka memang ramai orang bijak dikritik.. Oppss..
ReplyDeletedari segi IQ mungkin mereka bijak tapi dari aspek menghormati minat dan perasaan orang lian, mungkin patut diingatkan selalu.
Deletesalam..
ReplyDeletemanusia ni mmg x bleh ttup mlut, apapun kita x bleh le pertikai keminatan(hahaha apa nyer bahasa) org lain
salam kembali.
Deleteapa awak punya keminatan ?
memancing sama je macam main golf. Kena diam. Tak best!
ReplyDeleteawak kritik kedua-dua minat orang sekaligus .. hehe
DeleteAssalam AL..memang setuju..dan susah nak jumpa orang yang minatnya betul2 sama.
ReplyDeletetapi kan rasa macam ada sesuatu pulak bila tiba2 bercerita tentang minat
betul. memang ada sesuatu ..
Deletesaya peminat uncle. otograp plis!!!!
ReplyDeleteada ke orang sain otograp lagi masa ni ?
DeleteMasih memancingkah di bulan ini? :)
ReplyDeletebulan puasa ini cuti .. tapi perancangan utk memancing lepas raya sedang dibincangkan.
DeleteAs salam
ReplyDeleteaBear minat fotografi ...
itu minat yang baik .. teruskan.
DeleteAssalamualaikum Tuan Haji...
ReplyDeleteTeruskan je memancing tu Tuan Haji. Minat kita hak kita. Sape nak provoke atau pandang rendah tu lesing je..hahaha * baran *
Masuk hari ke-5 baru berkesempatan mengucapkan selamat berpuasa... :)
alaikumsalam.
Deletesaya kena ambil kira juga kemampuan dia nak lesing saya balik ..
selamat meneruskan puasa.
memancing je pak ngah... ada gak hasil ikan boleh dibuat lauk untuk famili..ko ada?? heee..
ReplyDeleteterima kasih atas galakan awak itu ..
DeleteDah pencen ni.. boleh laa buat hobi yg disukai
ReplyDeleteBoleh jer.. masa pun free kan
Pancing laa ikan itu... sonok time dapat ikan tu, hehe
lain la kalo orang yg mancing sampai lupa keje atau keluarga.. itu mmg haru n harus ditegur...
P/S : saya pun suka memancing.. mmg cabaran laa time bertarung ngan ikan tu. Tapi, saya main game memancing kat henpon jer pun... hehe :D
ciss .. ingatkan memancing betul-betul !
DeleteHahaha :D
DeleteWalau al-lavendari minat memancing di laut sangat dalam, dan saya pula minat terbang di angkasa sangat tinggi, kita masih boleh berkawan baik sebab ada persamaan minat makan roti canai + teh tarik di daratan. Ok tak macam itu? Maaf, Temuk rasa perut...kurang sikit... pagi ni, hingga merapu!
ReplyDeletememang minat kita bertentangan betul sebab saya paling takut naik kapalterbang .. kalau tak terpaksa saya takkan naik.
Deletebila kita nak pekena roti canai dan teh tarik bersama ? Seremban dengan Bangi tu bukan jauh sangat.
Soalnya memancing jugak jadi contohnya...:)
ReplyDeleteini bukan contoh .. ini betul2.
Deletetiap org ada minatnya. kadang2 rasa sakit hati bila minat kita org persoalkan.hormati minat prg adalah lbh baik rasanya
ReplyDeletebetul .. selagi minat orang itu tidak menyusahkan orang lain dan alam semula jadi.
Deletesemua org minat tak sama..kalu minat m,ancing silao2 dpt ikan n dpt mkn..kn bgus2 walupun tak minat mancing tp suka pd org pancing sbb bg ikan pd kite..ikan haruan lg
ReplyDeletesaya pun kalau dapat ikan lebih, pasti akan beri pada orang juga. tapi orang lain dapat duit lebih, tak ada pun bagi sikit kat saya.
DeleteSaya pun dulu minat memancing, pancing udang kat kolam jer hehehe.
ReplyDeleteeh...komen saya 2 tahun lepas :D:D
Deletehaha .. maaf komen awal tak berbalas himgga hari ini.
Deletekat sana tak ada ke tempat nak mancing udang ?