Tuesday, July 10, 2012

ORANG NAK MENCANDAT SAYA PUN NAK MENCANDAT !

Kira-kira jam 6.30 pagi Sabtu, 7hb Julai 2012, saya bersama dua orang rakan bertolak dari rumah saya untuk ke Kuala Terengganu dalam misi mencandat sotong. Singgah sekejap di Putrajaya mengambil seorang lagi kawan, menjadikan 4 orang semuanya dalam sebuah kereta. Sampai di Kuala Terengganu jam 12.30 tengah hari. 

Di Kuala Terengganu  kami singgah berehat sekejap dan makan tengahari di rumah keluarga Zul, kawan yang membawa kereta. Kemudiannya kira-kira jam 3 petang barulah kita menaik bot. Kesemuanya ada 15-16 orang termasuk tekong dan awak-awak. Saya tak berapa ingat berapa orang kerana selepas kira-kira 20 minit pelayaran, saya mula muntah dan mabuk sehinggalah sampai balik di jeti keesokan harinya. Jangankan nak memancing atau mencandat, nak berdiri pun terhuyung hayang. Sekarang pun masih ada baki mabuk itu.

Berikut saya kongsikan beberapa keping gambar yang saya kira menarik.


Gambar 1:  Pemandangan di LPT.  Motornya kapcai je. Meter kereta kawan saya sudah mencecah 150 kmj tapi dia orang boleh potong lagi sambil meniarap di atas motor. Malaysia boleh !


Gambar 2: Bergambar sebaik tiba di tepi pantai Lautan China Selatan yang menawan. Zul,  di kanan sekali. Tempat ini dah tak berapa jauh dari rumahnya.


Gambar 3: Sejurus sebelum menaiki bot di pangkalan Pulau Duyung.  Kelihatan Hotel Felda - bangunan yang paling tinggi di belakang saya.


Gambar 4: Masa ini saya masih 'siuman' lagi.  Zul yang mengaturkan trip ini ok sahaja sepanjang masa dan boleh memandu lagi ketika balik.


Gambar 5: Saya cuma sempat bergambar di antara sedar tak sedar, dengan dua ekor sotong yang berjaya dinaikan oleh adik Zul secara serentak.  Masa ini saya rasa agak di antara 12 - 2 pagi kerana selepas jam 2 pagi mereka menurunkan pukat pula.


Gambar 6: Hasil memukat yang diasing-asingkan mengkikut jenis. Saya tak berupaya nak membantu. Ambil gambar ini pun dari jauh iaitu dari tempat tekong yang saya monopoli untuk 'berehat'.


Gambar 7: Selepas itu, tangkapan yang tak lulus pemilihan dibuang sahaja ke laut. Sayang pulak rasanya sebab ikan-ikan itu masih boleh dimakan atau diproses untuk dibuat baja dsb.


Gambar 8: Kita membahagi-bahagikan hasil tangkap di kalangan 10 orang peserta, di perkarangan rumah keluarga Zul. Habislah busuk rumah dia !


Gambar 9. Kemudian  kita dijamu makan nasi dagang original oleh mak dan adik-beradik Zul. Selepas itu barulah saya dan rakan dapat tidur sekejap di bilik yang disediakan.


Gambar 10: Selepas makan tengah hari, kami dijamu pula dengan 'tupat sotong'. Lama sungguh saya tak makan  'tupat sotong' ini.


Gambar 11. Sila abaikan cermin kereta  Zul yang retak sejak dari Seremban lagi. Allah juga telah menyelamatkan perjalanan kami pergi dan balik. Saya sampai semula di rumah kira-kira jam 11.30 malam tadi. Syukur.

p/s - semasa hendak turun dari bot, tekong bot cakap kat saya "lebih baik mabuk laut dari mabuk darat". Saya tanya kenapa ? Dengan bersahaja dia menjawab "kalau mabuk darat, orang rumah tak bagi naik rumah"

35 comments:

  1. Agaknya mereka tak "buang" kot yang rejected tu.. Bagi haiwan lain makan lak. Maklumlah, ekosistem. Dah lama tak dengar pasal mencandat sotong nih. Dulu masa kecik penah gak dengar dari mak tapi tu masa 80an mereka dulu. Lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. fikir dua kali, betul juga cakap awak tu. rezeki makhluk lain pulak. tapi kita 'orang darat' ni, terasa rugi menengoknya.

      Delete
  2. banyak nye hasil tangkapan!! dah lama jugak tak pekena tupat sotong.. selalu mak yang buatkan.. :)

    tetiba terbayang2 sotong celop tepung.. yum yum yum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti malam, anak2 nak buat sotong celup tepung .. yum yum !

      Delete
  3. sedap makang tupat sotong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap .. tapi saya berani makan satu je .. sebab kombinasi sotong, pulut dan santan boleh mengukucarkacirkan biologi saya. hehe

      Delete
  4. Pengalaman menarik ni. Saya tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak mesti cuba .. nanti bila dah tua, ada kenang2an yg boleh diceritakan kepada anak cucu.

      Delete
  5. Teringat cerita suami saya sewaktu dia pergi mencandat dua tahun lepas. Mula2 bukan main dia gelakkan orang lain mabuk. Sudahnya dia pun melepek juga! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak gelakkan orang pun, mabuk juga. hehe

      Delete
  6. assalam AL..serik tak..nak pergi lagi ke..he he.
    besar2 sotongnya..buat sambal sotong letak tempoyak sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      sekarang ni rasa seriklah .. mungkin seminggu dua lagi bila dah hilang mabuk dan letih, akan teringat nak pergi lagi. orang kata 'tobat sambal' ..

      Delete
  7. lepas ni pegi lagi... tentu dah tak tersampuk dek jin mabuk tu ... Dia dah kenal dah

    ReplyDelete
  8. jangan serik nak mencandat lagi...baru cubaan tu !
    best makan nasi dagang & ketupat sotong...dah lama tak ke Ganu kito...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila highway dah siap sepenuhnya nanti, mungkin saya akan kerap ke sana sebab negeri molek ..

      Delete
  9. Rindunya nak ke Ganu. Dulu kat kmpg, pak-mak sedara mak selalu je kaut hasil laut utk kami. Meraselah mkn ketupat sotong segar tu. Tapi sejak mak sedara mak meninggal, seme pun tinggal kenangan. Tok sedara pun dah tua, keuzuran. Sayu lak.

    Syok ah Pakcik. Makan tupat sotong! Yummeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu-selalulah kunjungi mereka sementara mereka masih ada.

      tupat sotong lebih sedap dari pizza ..

      Delete
  10. kesian pakngah..gambar pegang sotong tu nampak macam tak berdaya jer.

    bestnya mencandat.makcik eka yang tinggal kat Terengganu ada ajak datang,makan sotong hasil candat.besar2 katanya.buat kari tu sedap tu..buat sambal ke..hehehe

    p/s: tak pernah ke Terengganu lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaasyarakat .. tak pernah pergi Terengganu lagi .. baik pergi sekarang sebelum Terenggganu berubah wajah.

      Delete
    2. a ah..kelantan dan terengganu je tak sampai lagi.hehehehehe

      Delete
  11. Pak ngah tak makan ubat tahan mabuk ke... kesian la plak nengok gambo posing ngan sotong, kat blog ni nampak jelas pulak muka tak berapa sihat tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan tapi bila dah naik bot .. patutnya makan sejam sebelum itu. terlupa sebab terlampau teruja .. senyum dalam gambar itu pun dipaksa2.

      Delete
  12. As salam

    Waa bestnye Uncle dapat p mencandat sotong
    Yun dah lama tingin nak try..

    Sedapnya sambal sotong fresh.
    Makan ngn nasi lemak.
    perghhhhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      tak best langsung .. mabuk dari mula naik bot sampai balik. kalau ada teksi air, mahu nak panggil supaya dapat balik ke pantai.

      tapi nak pergi juga lagi tahun depan sebab tak puas hati.

      Delete
  13. kempunan lah nak makan ketupat sotong dan sambal sotong petai di rumah pak ngah sbb pak ngah dah tertewas dengan alunan ombak ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. sotong tu dah dimasak macam2 oleh makngah dan anak-anaknya ..

      Delete
  14. salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
    Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
    ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      terima kasih kerana singgah .. saya juga sudah berkunjung balik .. wah banyak sekali blog anda.

      Delete
  15. Saya pernah candat sotong tapi kat jetty je; senang. Memang takkan mabuk laut!

    Lokasi: Pulau Besar, Mersing, Johor

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke .. ini berita baik bagi orang yg mudah mabuk macam saya .. bulan berapa masa yang sesuai utk mencandat ?

      Delete
  16. DUA TAHUN YANG LEPAS SAYA BERPELUANG UNTUK MENCANDAT SOTONG.. TAPI ENTAH MENGAPA SAYA MENOLAKNYA.. ADUH, RUGI BETULLAH.. MACAM SERONOK JE TENGOK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa .. tahun depan kalau panjang umur boleh pergi pulak. saya pun cadang nak pergi lagi.

      Delete
  17. Salam Tuan Haji... lamanya tak datang rumah Tuan Haji ni.... masuk-masuk terus tengok entry cadat sotong. Sangat-sangat bes cadat sotong.. rugi Tuan Haji mabuk wek wek... tape tahun depan datang lagi bawak mak ngah pulak.. Jangan lepas tu makngah pulak wek wek dah... haha.. jumpa lagi..

    ReplyDelete
  18. Hahahha tak berhenti saya gelak baca cerita Uncle. Beriya mencandat sotong yer, merasa jugak la. tupat sotong tu laaagi lama saya tak makan. rindu pulok.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.