Wednesday, July 4, 2012

TERKENANG SEMASA DULU # 55 : PENGALAMAN MENYERTAI SAMBUTAN 4TH JULY.

Hari  ini, 4 haribulan Julai adalah hari kemerdekaan negara USA.  (Tapi dari segi teknikalnya, pada masa entri ini diposkan, di USA masih lagi 3hb. Julai). Akan ada sambutan dan keramaian di mana-mana. Saya tergerak untuk turut senyertai sambutannya di Washington D.C pada tahun ke tiga dan terakhir saya tinggal di sana iaitu pada tahun 1984. Pada mulanya saya agak risau kerana membawa dua orang anak kecik - takut terpenyek. 

Rupanya kerisauan saya langsung tidak berasas. Orang di sana, rata-rata sangat toleran dan menghormati orang yang membawa anak kecik. Lebih-lebih lagi kepada orang yang bawa dua orang anak macam saya. Ada saja yang sukarela memberi jalan dan bantuan kepada kami.

Saya tak mahu membandingkan dengan orang kita kerana 'tepuk air di dulang, akan terpercik ke muka sendiri'.
 

Gambar 1: Lihatlah lautan manusia yang memenuhi kawasan lapang yang luas terbentang dari Rumah Putih hingga Ke Capitol Hill untuk menyaksikan konsert dari artis-artis terkenal.



Gambar 2:  Kegembiraan jelas terbayang di wajah kami. Ayong sikit baik punya lepak dengan botol susunya.  

 

Gambar 3: Sempat juga mamat ni ambil kesempatan 'enter frame'


Gambar 4: Sebahagian lagi lautan manusia. Makngahnya cukup suka nampaknya. Saya masih lagi cekeding.



Gambar 5: Bergambar dengan seorang Red Indian yang tersesat.



Gambar 6: Makngahnya mungkin menampar nyamuk yang hinggap di lehernya.



Gambar 7: Berlatarbelakang menara yang menjadi salah satu mercu tanda di Washington D.C ... tidak jauh dari kediaman Obama.

Perkara yang meninggalkan kesan kepada saya.

Satu perkara yang sangat saya kagum ialah sikap jujur orang di sana.  Mungkin ada juga yang tidak jujur tapi tentulah bilangannya sangat kecil. Saya berkata begitu kerana untuk menaiki keretapi bawah tanah, tidak ada tiket dijual pada hari itu.  Tindakan itu diambil   mungkin kerana untuk mengelakan kesesakan disebabkan orang terlalu ramai. Cuma ditampalkan notis harga tiket yang perlu dibayar dan diletakan bekas (baldi) di setiap pintu masuk untuk penumpang memasukan wang tambang. Setiap orang yang naik akan memasukkan wang  tambang ke dalam bekas tersebut. Saya tidak nampak ada orang yang naik tanpa membayar.

31 comments:

  1. Kesimpulannya : Budi Bahasa Bukan Budaya Kita sahaja. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantiknya makngah
      orang 'dia' lebih berbudi bahasa daripada orang 'kita'

      perayaan ini dekat sana ada sekali bunga api ke pakngah? (macam lagu katy perry tajuk fireworks)

      Delete
    2. kakcik.

      siapa cakap budi bahasa budaya kita ?

      eLL.

      tentulah ada .. tapi tak ada pulak gambarnya dalam simpanan.

      Delete
  2. yang penting waktu itu mak ngah dan pak ngahnya cun dan hemsem bergaya

    p/s skrg pun mak ngah masih cun tp pak ngahnya dah kurang sikit hehehe(jgn marah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sangat suka orang yang bercakap dengan jujur dan berterus terang. sungguh !

      Delete
  3. Kalau kitalah Pak Ngah buat lagu tu.. pasti ramai yg tak akan bayar. Sini pun sama, letak buah dengan baldi depan rumah.. takde pun yg nak jaga.. tapi dalam baldi tu penuh je duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitu juga dengan suratkhabar yg dijual kan ? tak ada pun orang jaga.

      Delete
  4. Ada yg jaga baldi tu tak tuan? Kalau tempat kita habis pengunjung baldi pun kosong sebab mesti ramai yg mengintip nak 'tolong' jaga baldi duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ada kot .. saya dah tak berapa ingat lagi.

      Delete
  5. ayah saya pun ada cerita tentang kejujuran org di sana. tak macam sini walau sini majoritinya org islam. ok, saya tepuk air di dulang sekarang.

    komen lain:

    Gambar 2: Kegembiraan jelas terbayang di wajah kami. Ayong sikit baik punya lepak dengan botol susunya. - saya lebih perasan akan betapa putih melepaknya makngah dalam gambo tu. hihihi~

    ReplyDelete
  6. Kalau disini baldi hilang tiket pun hilang dijual dek 'ulat'

    ReplyDelete
  7. bkn nak kata apa...kalau kat sini,tabung masjid pun dikebas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat surau saya, kepala paip pun hilang. entah dah berapa kali ganti !

      Delete
    2. hai..kepala paip pun dikebas..terdesaknya..

      Delete
  8. Mak Ngah cun...dia ada darah darah Mat Salleh juga ke Uncle?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. keturuanan dia tak makan darah .. hehe.

      keturunan Pakistan kot !

      Delete
  9. terasa cam zaman 50 an pulak bila baca entri lama..hohoho..rindunyaaa.....
    sbb ain tak pernah lalui zaman cenggitu..hihihii

    kalau rasa CREATIVE, ARTISTIK, GEORGEOUS, ADORABLE, FASHINABLE,OWESOME clik sini : Konspirasi Blogger Kreative 2012
    Jiwa daku sedang berperang

    ReplyDelete
    Replies
    1. WAH.. MACAM KONSERT WOODSTOCK JE..

      Delete
    2. ain.

      30 tahun akan datang ain akan rindukan peristiwa hari ini ..

      fairus

      awak pernah pergi ke konsert woodstok tu ? saya tak pernah pergi.

      Delete
  10. boleh2 pakcik..sbb buat nie pun utk suka2..:)

    ReplyDelete
  11. Tahun 1984 di Sabah jualannya banyak yang ditinggal dengan bekas duit dan tanda harga untuk setiap barang, duit tukar pun pembeli kena kira dan ambik sendiri

    Kereta yg di park di tepi2 jalan pun banyak yang tidak berkunci,
    makchaq pernah tengok masa hujan ada orang tengah lalu buka kereta dan tolong naikkan cermin kereta yg di parking..

    Tapi bila dah ramai pendatang keadaan berubah..

    Rasanya rang baik di mana2 pun ada, yg kurang bermoral tu rosak kan keadaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak tahu keadaanya pernah begitu di Sabah. sepatutnya sekarang kita tambah bertamaddun .. tapi nampaknya terbalik pulak.

      Delete
  12. salam Tuan,banyak sudah saya dengar sikap positif orang di sana.seronok mendengar sikap positif mereka ni, kan.
    kisah baldi teringat pengalaman semasa belajar di sebuah IPT,saya ada tolong kawan jual kek, tinggal je kek dan baldi.Alhamdulillah duit mencukupi.(sekitar awal alaf 21)
    Tertarik dgn komen makchaq...indahnya keadaan tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali

      barangkali ia bergantung juga pada tempat. saya sendiri pernah tertinggal henfon dan dompet duit dalm tandas di Akademi Pengajian Islam di UM. syukur ada orang pulangkan kat pejabat admin .. satu sen pun duit tak hilang.

      Delete
  13. rasanya untuk tahun 2012 ni, diorang akan gunakan lagi ke sistem letak baldi kat pintu masuk tu? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu nak cakaplah .. mungkin lebih canggih kot.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.