Thursday, July 12, 2012

KEROPOK HAMPAGAS.

Entri ini adalah sambungan dari entri  ini mengenai trip saya pergi mencandat di Terengganu pada hujung minggu lalu. Dalam perjalanan balik ke KL, kami singgah mengambil keropok yang telah ditempah lebih awal. Kalau tak ada tempahan, mungkin 2 jam menunggu pun belum tentu dapat.


Gambar 1: Entah mengapa bila saya baca notis di atas,  saya rasa ianya macam tak berapa 'mesra pelanggan'. Mungkin saya seorang yang cepat terasa. 


Gambar 2: Deretan periuk besar sedang merebus keropok.  Jenuh juga nak meniup api kalau tak ada kipas angin tu.



Gambar 3: Pemandangan dari luar kedai. Kelihatan beberapa orang pelanggan sedang duduk-duduk dan berdiri-diri menunggu giliran mereka.


Gambar 4: Tempat mengambil tempahan dan ada kemudahan pembungkusan 'hampagas' .. mungkin pertama seumpamanya setakat ini di Malaysia.


Gambar 5: Inilah rupanya keropok yang telah dibungkus hampagas (vacuum pack). Saya beli 3 bungkus. Saya tak menyesal beli 3 bungkus je.


Saya berpendapat, kalau kena caranya, keropok lekor boleh popular menjadi makanan antarabangsa. Mungkin boleh dimulakan dengan sarapan pagi secara mandatori di hotel- hotel 5 bintang di Kuala Lumpur.


42 comments:

  1. argh, teringat sarapan pagi dengan kopok lekor kat marang hari tu. besar lengan budak, tak macam sini saiz macam lidi penyapu.

    gambar 1: mungkin mereka tak mahu ada ppembelian melampau oleh pelanggan macam pasaraya yang hadkan pembelian gula/minyak masak kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh nak samakan gula dan minyak kerana ia adalah barang kawalan dan bahan makanan yang perlu.

      Delete
    2. confuse jugak sy kenapa dihadkan pembelian? xnk untung byk kot? hehehe

      Delete
    3. a'ah yea..knp perlu dihadkan pulak...

      Delete
    4. entahlah .. mungkin mereka sudah merasa cukup !

      Delete
    5. betul, apa pun pelanggan tak boleh nak dihadkan pembelian kalau nak beli kopok. agak mustahil berlaku shortage dalam pasaran.

      Delete
    6. itulah yang saya hairankan .. orang lain kalau boleh nak cepat habis barang yang dijual.

      Delete
  2. Bila saya baca 'saya tak menyesal beli 3 bungkus je', saya rasa bagai ada yang tak kena. Atau mungkin sebab saya juga seorang yang mudah terasa? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kakcik bijak membaca yang tersirat !

      Delete
    2. Saya pun baru nak tanya soalan yang sama.. Bila uncle dah jawab soalan Kakcik ni, fahamlah saya maksudnya..hehe

      Delete
    3. baguslah kalau Sufia boleh faham.

      Delete
  3. Replies
    1. macam kaunter Majlis Perbandaran pun ada ..

      Delete
  4. hehehe saya rase saya tau kenapa tak menyesal tu... sebagai org tempatan saya pernah rasa keropok yg lebih sedap dan mesra pelanggan layanannya... apapun terima kasih sebab datang terengganu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tepat sekali tekaan awak itu .. paginya saya ada makan kat gerai tepi pantai Ketapang, kalau tak silap, rasanya lebih sedap dan lebih lembut.

      Delete
  5. kenapa mesti ada ayat "saya tak menyesal beli 3 bungkus je"..???
    ada maksud yg tersembunyi di situ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya "ok lah" .. bukanlah macam durian Musang King. hehe

      Delete
  6. Replies
    1. bukan tak sedap .. tapi kesedapannya tidaklah melebihi kesedapan keropok lekor yang lain.

      Delete
  7. Hari tu beli kepok gentel kat kemaman. Dia gentel, gelek, live kat situ je. So tak kisah la tunggu sengah jam satu jam sbb saya prefer yg cara traditional camtu, lagi asli dan sodap walaupun bungkus dengan plastik dan suratkhabar saja. Seminggu tahan dalam peti ais.

    p.s. candat sotong kat mersing tu, saya pergi dalam bulan ogos. Nak candat jgn pergi monsoon season je lah sbb bot takleh gi pulau, kuala tutup. Angin kuat. Ombak kuat. Lagi dasat maboknye nnt. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang saya pernah rasa keropok yang lebih sedap dari itu.

      * saya cadang nak pergi lagi mencandat bulan Mac/April tahun depan.

      Delete
  8. dah pernah rasa pok kat sini. Tapi nak beli mak ai susah benar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan nak beli keropok je .. saya nak beli jeli kelapa pun tak ada siapa yang sudi layan.

      Delete
  9. kami ada supplier kat ofis yang ambik stok dari terengganu. berat jadinya bila dihampagas. kata dia tiap² kali bawak balik stok, suspension kereta macam nak luruh... biasanya kami tak menyesal beli sampai 3 bungkus ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah yang saya cakap .. saya tak menyesal.

      Delete
  10. Saya setuju tang jadi makanan antarabangsa. Sedap apa kopok lekor ni. Saya buat sendiri je lg puas hati. Boleh letak ikn byk dr tepung. Bukan susah pun. Cuma sos dia tu beli yg org buat lg sedap kot. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa ia lebih sedap dari sebahagian makanan Jepun .. tapi selera kita memang 'boleh diajar' ..

      Delete
  11. Pakcik tak menyesal beli 3 bgks je? Maka, sy masih boleh bt perbandingan di kedai2 kopok yg len la eh?

    =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. keropok yg dijual di sini sedap tapi ia tidaklah lebih sedap dari kedai yang lain.

      Delete
  12. tapi kan kenapa ye dia hadkan pembelian..tertanya jugak.ke dia senang nak kira..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin dia ingin lebih ramai orang dapat peluang membeli ..

      Delete
  13. salam..

    dlu mak sy bukak kdai kecik jual utk bdk sekolah, kopok yg paling laku.. makpak pun bli jg

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      memang .. anak saya pun suka beli keropok bila nak balik sekolah .. padahal kat rumah macam2 makanan ada.

      Delete
  14. tak menyesal beli 3 bungkus je eh uncle?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak .. mungkin menyesal kalau beli 10 bungkus.

      Delete
  15. DI DEKAT SEBERANG TAKIR KE PAK? DEKAT SELEKOH TU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkinlah kot .. saya pun bukan arif sangat dengan area di sini.

      Delete
  16. Salam tuan,

    Saya sebagai orang Terengganu pun dah lama kecewa dengan servis dan juga kualiti keropok di situ yang dikenali dengan nama keropok BTB (nama tempat tu Bukit Tok Beng). Awal-awal dulu memang rasanya sangat sedap tapi bila dah semakin maju, kualiti keropok merudum kerana tak terasa lagi ke'ikang'annya. Lebih mengecewakan bila kualiti servis turut merudum. Mungkin kerana orang luar ramai yang datang dan tak kisah dengan perkara-perkara sebegitu. Tak seperti saya yang juga mudah terasa. Kadang-kadang rela tak membeli di situ kalau terima layanan kurang baik walaupun mungkin produk yang dijual bagus.

    Kalau ke Seberang Takir, memang saya hanya akan beli dari kedai-kedai keropok kecilan. Rasanya lebih asli dan layanan lebih mesra.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun orang luar dan sangat kisah dengan rasa dan layanan .. tapi bila orang tempatan dah bawak ke situ, saya ikut ajelah.

      lain kali saya insist nak beli keropok yang dibuat secara kecil2an kerana saya setuju dengan awak - rasanya lebih asli dan layanannya lebih mesra.

      Delete
  17. Wow, (tapi) nampak hebat bisnes tu!

    Kadang2 beli sikit, sedap pula. Entah-entah al-lavendari terlupa baca "Cara-cara menggoreng"nya, tak? Hehehe.

    Dari Notis Papan Merah, mungkin ada pembeli yang akan beranggapan ramai orang yang membeli lebih daripada RM100, menunjukkan popularnya produk berkenaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. isu yang saya bangkitkan telah disokong oleh "my name is lily' dan 'Carrie-Ma' bahawa ada keropok di tempat lain yang lebih sedap lagi.

      mungkin pengehadan itu bertujuan untuk bermain dgn saikologi pengguna .. saya kata mungkin sahaja ya.

      Delete
  18. untuk tempahan keropok lekor vacuum pack boleh layari:www.facebook.com/KeropokLekorTerengganuOnline

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.