Saya pernah dihantar berseminar di Jakarta, Indonesia beberapa tahun dahulu (2001). Mula-mulanya saya seronok bila nak dihantar kerana sebelum itu saya belum pernah menjejakan kaki di mana-mana tempat di Indoesia. Tapi memandangkan seminar itu dijalankan di penghujung bulan Syaaban, saya rasa agak keberatan kerana malas nak menyambut puasa di tempat orang. Sudah pasti juga saya akan terlepas program mantai.
Berikut saya kongsikan beberapa keping gambar yang masih ada dalam simpanan saya. Sila perhatikan cerita di bawah setiap keping gambar.
Gambar 1: Di lapangan terbang Soekarno-Hatta di Jakarta sewaktu hendak berlepas pulang. Beberapa petugas yang di lapangan terbang menanyakan samada saya ada membawa CD Siti Nurhaliza. Apa yang lebih menarik adalah semasa ketibaan. Saya ketinggalan kot saya di dalam kapalterbang. Setelah keluar dan ingin memasuki kereta petugas yang menyambut kami, baru saya sedar. Kemudian saya masuk semula dan meminta bahagian yang berkenaan mendapatkannya untuk saya. Saya dilayan dengan amat baik dan tak sampai 10 minit rasanya saya telah ditemukan semula dengan kot saya. Saya kagum juga dengan kecekapan mereka.
Gambar 2: Di sinilah tempat saya berseminar (PUSPITEK). Letaknya tak berapa jauh dari kotaraya Jakarta. Kalau suruh saya pergi sekali lagi, usah harap saya boleh sampai.
Gambar 3: Di sini juga saya tidak menyangka akan berjumpa seorang pegawai yang pernah bersama saya berkursus di Seoul sebelum ini. Saya pernah membuat entri mengenai kursus di Korea Selatan itu di sini. Gambar beliau juga ada di entri tersebut. Betapa kecilnya dunia ini.
Gambar 4: Memang sahabat-sahabat kita dari Indonesia ternyata orang yang periang. Lihat gambar di atas, semuanya tersenyum kecuali saya seorang. Di sebelah kiri saya gadis yang bertudung yang rapat dengan saya itu bukan Makngahnya. Gambar ini diambil selepas menghadiri jamuan makan malam di luar tempat seminar. Tak silap di kawasan Ancol yang popular itu.
Gambar 5: Saya juga berkesempatan melawat "Pasar Seni Jaya Ancol" tempat menjual barangan cenderatamata, lukisan dan juga tempat karyawan seni membuat persembahan. Dalam perjalanan saya ke sini, saya lihat ramai sekali penjaja makanan, majalah/surat khabar, penyanyi jalanan berkejaran-kejaran menacari pelanggan di setiap persimpangan lampu isyarata. Saya belas melihat keperitan mereka berusaha gigih ke hulu ke hilir ditengah-tengah terik matahari dan kesesakan yang merimaskan, demi mencari sesuap nasi.
Gambar 6: Saya juga dibawa oleh kawan yang sama berkursus di Korea itu ke rumahnya di Bogor pada malam terakhir saya berada di sana. Di sebelah kanan saya ialah suaminya. Saya melihat betapa sesaknya jalan dan perumahan sepanjang jalan dari Jakarta ke Bogor di mana di setiap simpang kedapatan ada orang yang membantu menguruskan kenderaan yang hendak keluar masuk.
Gambar 7: Saya juga dibelanja oleh pasangan tersebut makan di restoran "BebekBali". Kalau taksilap saya bebek itu adalah itik dalam bahasa kita.
Gambar 8: Dalam perjalanan saya balik ke hotel di hantar oleh pasangan tersebut, saya juga sempat singgah di Planet Hollywood, Jakarta kerana anak ada pesan supaya di belikan baju T. Tapi rasanya saya tak jadi beli.
Pada malam terakhir itu saya tidur di sebuah hotel di tengah kotaraya Jakarta berseorangan. Entah jam berapa saya terbangun kerana terdengar bunyi bising di bawah. Bila saya tinjau melalui tingkap, kelihatan anak-anak muda memukul gendang mengejutkan orang untuk bersahur. Saya pun bersahur dengan makanan yang dibekalkan oleh kawan saya tadi. Pada masa ini saya teringat keluarga di rumah serta tanah air dan segera menyelinap persaan sangat bersyukur atas kemewahan dan kesenangan hidup kita di bumi Malaysia.
<
waaa best yer kt indo !
ReplyDeletetak adalah best sangat .. best lagi kat Senawang.
Deleteالسلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteSelamat berpuasa Tuan Haji, semoga beroleh kemenangan di akhirnya Ramadhan nanti..aamiin
Alaikumsalam
DeleteSemoga ibadat kita diterimaNya.
Jauh berjalan luas pandangan dan banyak pengalaman.
ReplyDeleteSaya setuju dgn abg. Di sini juga yg best.
secara keseluruhannya memang di sini terutama di Senawang adalah yang terbaik. hehe
Deleteseronok la baca belog pak cik nie..rasa macam ada di zaman 70-an..hihi.. yela..ain mana pernah merasa semua tu..ta lahir pun lagi.. ^^
ReplyDeleteAh Lan Wa Sahlan Ya Ramadhan ♥
terima kasih .. bacalah segmen Terkenang Semasa Dulu utk rasa lagi.
Deletebest baca cerita pengalaman dulu-dulu ni... ceritalah lagi...
ReplyDeletememanga banyak nak cerita lagi .. tunggu je lah.
DeletePatutnya uncle sahur nasi ayam penyet..ekekekek..
ReplyDeleteuncle tak berani nak jenjalan sensorang tengah2 malam di tempat orang.
Delete:D Kena sahur sendirian di luar negara memang sayu...
ReplyDeletememang sayu .. tapi alah bisa tegal biasa.
DeleteBELUM BERKESEMPATAN KE JAKARTA.. BARU SAMPAI PEKAN BARU DAN BATAM SAHAJA.. ITUPUN HAL KERJA...
ReplyDeletesaya pula belum pernah sampai ke Pekan Baru dan Batam. Apa yang bestnya kat sana ?
DeleteSelamat Berpuasa Uncle. Saya tak tau kenapa tapi saya suka sangat Jakarta. Dah 9 kali saya ke sana dan masih belum jemu-jemu lagi.
ReplyDeleteselamat berpuasa juga kepada awak. Uncle pun tak tahu kenapa awak suka sangat pergi ke sana. kalau orang lelaki mungkin kerana ada isteri lain di sana ..
DeleteMereka ada cara mahu kejutkan org bersahur tapi kalau kita di sini buat cara itu sah-sah ada yg buat report tidak senang hati sebab ketika sedang lena tidur.
ReplyDeletememang budaya kita tak sama ..
Deleteالسلم عليكم ورحمة الله
ReplyDeleteBila kita lihat cara hidup orang lain, tahulah kita, kita di mana. Malang & walangnya kita ialah kerana, bila diingatkan kita bersyukur dengan kelebihan kita, kita suka senyum sinis.
alaikumsalam.
Deletemungkin mereka itu sentiasa memandang bintang di langit ..
wahh dendang perantauan sungguh..selamat menjalani ramadhan..
ReplyDelete