Friday, July 27, 2012

ADA KE ORANG TIDAK BERUMAH DI MALAYSIA ?

Setelah tidak puas hati dengan Harian Metro, saya membeli akhbar The Star pula. Kiranya berbaloi juga entri saya sebelum ini kerana dari 20 juta hasil carian Google, entri saya berada di tangga ke -3 teratas. Harap2 adalah orang Harian Metro baca dan ambil perhatian tentang komen-komen yang anda berikan di entri tersebut.



Gambar 1: Cetakan skrin hasil carian Iklan Metro di Google.

Dalam akhbar The Star bertarikh 19hb baru lalu,  ada di muatkan rencana di muka depan tentang fenomena orang tidak berumah khususnya disekitar Lembah Kelang atau khususnya di Kuala Lumpur.

Ia menjawab soalan saya seperti di tajuk entri ini. Rupanya ramai sekali orang yang tidak berumah di Kuala Lumpur. Saya percaya tentulah di bandar-bandar besar lain pun ada juga. Mulanya saya macam tak percaya dengan bilangannya. Yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sahaja adalah seramai 1,387 orang.

Tetapi menurut NGO yang terlibat dalam kebajikan mereka ini, bilangannya di anggarkan mencecah 10 ribu orang di Lembah Kelang sahaja. Dan setelah membaca rencana dan gambar-gambar yang ditunjukkan,  maka mahu tidak mahu saya harus percaya.


Gambar 2: Yang ini dari sisipan Metro akhbar The Star bukan Harian Metro.


Gambar 3: Di sebelah kiri adalah gambar rupa rumah tinggal yang menjadi tempat berteduh mereka yang tidak berumah dan  gambar sebelah kanan pula keadaan tempat mereka makan dan tidur.



Gambar 4: Ada dikalangan mereka yang tidak berumah ini  terdiri dari orang kita yang mengandung. Alangkah peritnya kehidupan yang mereka lalui, lebih-lebih lagi di bulan puasa dan menjelang hari raya. Lebih memilukan bila dilaporkan ada juga orang yang mengambil kesempatan menipu mereka ini yang sepatutnya diberikan pertolongan dan perlindungan.







Gambar 5: Melihat gambar diatas, saya sebak bila memikirkan keperitan dan ketidakselesaan yang mereka hadapi saban hari dan betapa bersyukurnya saya kepada Allah di atas kesenangan yang diberikan kepada saya.

Dalam pada itu, saya menjadi hairan kerana di saat ramai pendatang asing samada dengan izin atau tanpa izin mengaut kekayaan di negara kita, fenomena  yang merunsingkan ini terjadi di depan mata kita. 

Mengapa terjadi demikian ? Di mana silapnya ?  Salah kerajaankah ? Salah masyarakatkah ? Salah sendirikah? Apakah peranan kita sebagai anggota masyarakat ? Apakah jalan penyelesaiannya ? Atau harus dibiarkan sahaja ? Bagaimana kalau salah seorang dari mereka adalah dari darah daging kita sendiri ?

Namun mereka ini saya kira masih bernasib baik kerana cuaca di negara kita nyaman sepanjang tahun. Kalaulah cuaca di negara kita ada musim sejuk seperti di Sweeden misalnya, rasanya ramai yang mati kaku kesejukan. 

Saya menjadi lebih hairan bila membaca akhar Utusan Malaysia online pagi ini. Dilaporkan pelabur Malaysia membeli hartanah di London bernilai kira-kira RM6.5 billion, mengatasi pembeli British sendiri dan juga pelabur dari Amerika Syarikat dalam tempoh 7 bulan pertama tahun ini.

Saya jadi "bodoh" untuk mencari jawapan kenapa ada orang kita yang masih tidak berumah dan pada  masa yang sama pelabur Malaysia menjadi pelabur utama dengan amaun yang bukan sedikit di London. Mungkin ada pembaca yang boleh memberi jawapannya. 


Utusan Online - 26/7/2012.


 

37 comments:

  1. as salam


    yang kaya bertambah kaya
    yang miskin bertambah miskin


    jangan satu hari nanti , negara kita jadi seperti Indonesia .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan saya tak mahu bayangkan keadaan kita jika indonesia pula maju macam jepun atau korea selatan. kita pula yg akan berduyun2 ke sana sebagai PATI utk mencari sesuap nasi.

      Delete
  2. tuan, soalan ini jawapannya bukan semudah 1+1=3, tapi lebih daripada itu. kalau kita beri jawapan dengan solusi sekali, pasti akan ada orang lain pulak yang mengaku lebih tahu dan punya solusi lebih berkesan.

    pendek kata, jawapannya ada di mana-mana termasuk depan mata sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sgt dgn komen ni...
      Jawapan ada di mana2..

      Delete
    2. bagi saya jawapannya mudah dan semua orang tahu akan jawapannya, tapi untuk menjadikan jawapan itu satu kenyataan yang susah. misalnya .. semua orang tahu masalah penagihan dadah adalah berpunca dari pengedar dadah. tetapi untuk menghapuskan pengedar dadah itulah yang susah.

      Delete
  3. Eh! bukankah rakyat Malaysia mempunyai segala kemudahan dan sangat bernasib baik 'berbanding dengan rakyat di negara-negara lain'??

    ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang baru kita tahu rupanya bukan semua rakyat malaysia bernasib baik.

      Delete
  4. kak cik dah tulis..saya pun teringin nak menulis macam tu..sebab rakyat diutamakan..janji dah ditunaikan..BRM1M dah banyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin selepas ini kita kena fokuskan kepada mereka. sekarang mereka terabai mungkin kerana mereka tidak menjadi pengundi atau bilangan mereka belum cukup besar utk mempengaruhi kotak undi.

      Delete
  5. pernah saya terbaca laporan CAP tentang jurang pendapatan antara orang berpendapatan rendah dan golongan yang berpendapatan tinggi di Malaysia yang semakin tinggi..yang kaya semakin kaya..yang miskin makin melarat..tapi mcm SM kata, ia bukan semudah menjawab soalan matematik yang bagi jawapan yang pasti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang juga saya lihat harga rumah sudah tidak masuk akal .. kesian kepada golong muda atau anak2 kita yg masih bersekolah. mungkin suatu hari nanti rumah pangsa dua bilik akan mencapai harga RM1 juta.

      Delete
  6. MAAF SAYA KATAKAN, KADANGKALA KITA KENA SALAHKAN DIRI SENDIRI JUGA. ADA SATU HARI SEDANG SAYA DUDUK MENIKMATI PEMANDANGAN SUNGAI MELAKA, SAYA ADA TERNAMPAK 3 ORANG MAT BANGLA DUDUK BERDEKATAN SAYA. SAYA PUN MACAM POLIS, TEMURAMAH MEREKA PASAL KERJA DAN GAJI. MEREKA MENYATAKAN BAHAWA GAJI MEREKA 1 HARI IALAH RM50.00. BANYAK TAK? MEREKA KERJA SEBAGAI BURUH BINAAN.

    MENGAPA ORANG KITA TIDAK MAHU MENJADI BURUH BINAAN JUGA? SANGGUP TIDAK BEKERJA KERANA TIDAK SANGGUP KERJA BERAT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen awak itu ada benarnya juga tapi tidak ada orang yang mahu susah untuk hidup senang.

      Delete
  7. Bila kata slogan 'rakyat didahulukan' itu gimik pilihanraya tak terima pulak. Tapi jelas depan mata ramai yg 'homeless' walau ramai juga yg tinggal dirumah mewah. Tunggulah bila PRU tiba baru mereka ini dapat perhatian utk turut sama berderet membuang undi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akan tetapi masalanya saya rasa mereka yg homeless ini tidak menjadi pengundi ..

      Delete
  8. Jumlah homeless tu, keseluruhannya dari kalangan RAKYAT MALAYSIA ke Pakcik? Mmmm...

    ReplyDelete
  9. the minorities...

    takot lama-lama, membiak biak pulak.

    sigh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mereka membiak, implikasi sosialnya adalah besar kalau tidak ditangani dari sekarang.

      Delete
  10. negara yang sejahtera takkan membiarkan sebilangan rakyatnya berumah mewah manakala sebilangan lain tidur di bawah jambatan. rumah2 yg banyak dibangunkan di malaysia ni nampak sangat bukan untuk mensejahterakan rakyat, tapi untuk dibeli oleh org asing yang kayo rayo demi mengaut keuntungan yang bergando-gando...

    pokok yang baik akarnye kene kukuh. akar kita dah goyah sangat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang harga rumah sekarang ini sudah tidak munasabah dan macam sudah tidak terkawal ..

      Delete
  11. Salam... kebetulan pula kuar posting perkara sama :) --> http://ayuarjuna.blogspot.com/2012/07/rumah-oh-rumah.html Agaknya harga rumah semakin hari semakin mahal so lama2 rakyat biasa makinlah tak mampu membeli rumah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau mampu pun barangkali di ampung-kampung di pendalaman dan bukan di bandar2 besar spt KL, PP dan JB.

      Delete
  12. jurang kekayaan makin ketara. yang kaya terlampau-lampau kaya nya..yang gelandangan pun dah makin bertambah bilangannya.

    kesian golongan homeless ni..projek 'anjung singgah' tu entah macammana ye statusnya sekarang...mungkin perlu diperbanyakkan lagi kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak ada orang yang sengaja memilih utk menjadi homeless .. sebenarnya kalau ada political will, masalah ini boleh diatasi atau dikurangkan.

      Delete
  13. malaysia ni memang banyak benda pelik pelik...

    sedari golongan yang paling atas hingga ke golongan paling bawah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju .. kalau tak percaya baca buku "Malaysia Book of Records"

      Delete
  14. Salam Pak Ngah, apa khabar? Sihat sekeluarga? Bila Pak Ngah buat entri ni, teringat saya dengan kisah Sultan Muhammad Al-Fatih yang membebaskan kota konstantinopel. Dalam satu hadis Nabi, Kota konstantinopel hanya akan dibebaskan oleh seorang pemerintah yang baik, mempunyai tentera yang baik, dan rakyat yang baik. Bermotivasikan hadis ni, Sultan Muhammad Al-Fatih berusaha siang malam untuk mendidik rakyatnya untuk menjadi rakyat yang baik, melatih tenteranya bukan sekadar taktik peperangan, malah bagun malam dan sebagainya. Ada satu masa, beliau sendiri menyamar sebagai pengemis dan pergi meminta sedekah dengan org kaya. Bila org kaya tak bagi pape, masa tu dia tahu, bahawa rakyatnya bukan rakyat yang baik. Maka dia berusaha untuk menambah baik keadaan tersebut.

    kesimpulannya, masalah yang kita ada di negara kita tak boleh diselesaikan dengan 'gula-gula' atau sebagainya. Semua individu terutamanya pemerintah perlulah terdiri dari mereka yang terdidik dan berakhlak. Barulah rakyat terbela. Jika masih ada lagi yang tak terbela, tandanya belum cukup ramai individu masyarakat terutamanya yang memerintah, terdidik dengan sebaiknya dan berakhlak mulia. Maka, kita kena berusaha untuk melabur generasi masa depan kita agar mereka berjaya menjadi rakyat yang baik dan seterusnya menjadi pemimpin yang baik. InsyaAllah, tiada lagi nasib mereka yang tak terbela. Hanya sekadar mengunjurkan pandangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali. alhamdulillah sihat, cuma lapas di siang hari.

      sebut pasal 'gula-gula' itu memang benar ramai rakyat kita yang gemar 'gula-gula' kerana tabiat pemimpin yg gemar 'menggula-gulakan' mereka hingga hampir hilang harga diri berebutkan 'gula-gula'.

      Delete
  15. Salam Tuan Haji,

    Itulah hakikatnya di negara yang makmor inikan!!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      fenomena ini pun berlaku di negara maju .. akan tetapi kita tidak mahu mahu meniru benda yang buruk ini dan ingin maju mengikut acuan kita sendiri seperti digagaskan dalam Wawasan 2020.

      Delete
  16. Lontaran soalah tuan haji memang sukar di jawab. Takdir kehidupan di tentukan oleh Allah tetapi jalan kehidupan adalah pilihan kita. Usaha dan ikhtiar selepas itu barulah berserah. Soallah diri perlukah orang lain berusaha untuk kesenangan kita. Membantu pada yang berusaha, setelah berusaha tetapi masih tidak mencapai apa yang di cari wajar dibantu bagi yang hanya menunggu di bantu tanpa ada usaha layakkah dibantu?

    Fitrah manusia. Menunding jari kepada orang lain tanpa memikirkan sebenarnya itu jugak adalah sebahagian tanggungjawab kita kerana masyarakat akan dipersoalkan kelak oleh ALLAH bukan sahaja pemimpin.

    ALLAH akan memberi kepada hambanya yang berusaha dan meminta. Kalau tidak banyak mungkin sedikit sedikit.

    Panjang pulak komen saya hari ini...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi saya adanya golongan miskin ini memberi peluang kepada orang berada untuk membuat pahala dengan membantu mereka .. dan saya rasa pasti akan ada orang miskin dan kaya secara relatif dalam mana zaman dan tempat. yg tidak kita mahukan ialah kemiskinan mutlak spt cerita dalam surat khabar tersebut.

      Delete
  17. 1. Dalam pada ramai yg susah, ramai juga yg mampu bershopping raya, handbag, kasut, perabut, majlis kawin anak, dan shopping hartanah di luar negara

    2. Masalah homeless rasanya masalah global.. Mungkin dlm kes kita, ada kes genuine..uzur, gila dan tak mampu bekerja.. Tapi ramai juga mat pit yg homeless dan menurut anak makchaq yg pernah menyertai program agihan makanan kpd gelandangan.. ada antara mereka yg masih muda dan nampak mampu untuk menyara diri. Mungkin juga yg sebegini tidak berminat untuk kerja2 kuli..

    Tapi orang luar (pendatang) berpendapat amat mudah mencari rezeki di Malaysia sampai boleh menyewa rumah dan membantu keluarga di kampung halaman. Kata mereka yg penting kena rajin dan jangan memilih..dan kata yg pernah berbual dengan
    makchaq.. orang sini tak tau apa erti sebenar susah dan payah untuk mencari sesuap nasi

    Just my two cent

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju dengan kenyataan "orang sini tak tau apa erti sebenar susah dan payah untuk mencari sesuap nasi" .. ditambahburukan lagi dengan pemimpin yang selalu memberi 'gula-gula' kepada mereka.

      Delete
  18. Baru2 ini PKNS (S Selangor, bukan Sembilan) ada dikritik kerana bina rumah yang berharga juta-juta. Lagilah "private developers" jadi tak fikirkan perumahan murah untuk yang kurang berkemampuan.

    Kita tengoklah Skim PR1MA (Perumahan Rakyat 1M) itu boleh membantu atau tidak. Dan mungkin kita boleh berdoa, para bilionan kita murah hati, campakkan $ikit $ana $ikit $ini, buat pelaburan perumahan yang mereka dapat untung $ikit saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa harga rumah harus diletakkan di bawah barang kawalan kerana ia bukanlah satu benda mewah tetapi adalah satu keperluan, serupa dengan makanan terutamanya kepada mereka yang masih belum berumah.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.