MANTAI.
Saya baru balik dari membeli daging dan ayam kampung di tapak Mantai Perdana, Paroi. Mungkin hanya di Negeri Sembilan sahaja yang ada program 'mantai' sempena menyambut puasa dan hari raya.
................................................................................................
MAKAN MUSANG KING DI RUMAH MB.
Malam tadi saya menunaikan jemputan untuk makan-makan di rumah rasmi MB, NS. Bergambar di pintu masuk ke kawasan rumahnya. Rumah rasmi MB itu rasanya adalah bekas rumah rasmi Residen British di Negeri Sembilan, beratus-ratus tahun dahulu. Kelihatan masih gagah dan hebat tak seperti bangunan di bawah yang baru siap beberapa tahun, dah menyembah bumi. Adakah arkitek, jurutera dan kontraktor dulu lebih bagus dari yang sekarang ?
Gambar stadium ini saya ambil dari dalam kereta semasa saya pergi mencandat sotong kat Kuala Terengganu baru-baru ini.
Saya cuma makan 4 ulas sahaja walaupun Musang King. Kalau tidak mana nak letak nasi ayam, satay, tempura, rojak, laksa, roti bom, kueh tiau, kambing golek, cendol, teh tarik dll.
MB yang berbaju biru tu sedang memberi ucapan alu-aluan di samping memberitahu perancangan pembangunan yang akan dijalankan di Negeri Sembilan.
Mula-mula tu rasa segan juga, tapi bila tengok orang lain berebut-rebut nak bergambar, saya pun tak mahu ketinggalan.
..........................................................................................
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.
bulan mulia menjelang tiba,
tamatkan sengketa bermaafan kita;
berpuasalah kita menurut adabnya,
tidaklah hanya berlapar dahaga.
dari mana hendak ke mana,
tinggilah rumput si dari padi;
bersyukur kita pada Yang Kuasa,
ditemukan puasa sekali lagi.
anak gelama dalam lautan,
mari dibawa di dalam raga;
moga berpuasa genap sebulan*,
hikmahnya pula jangan dilupa.
Akhir sekali, sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan ini, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua pembaca di atas segala kekurangan dan kelemahan blog ini samada dari segi penggunaan bahasa mahu pun dari segi isinya.
selamat menunaikan ibadah puasa buat pak ngah sekeluarga...
ReplyDeleteterima kasih dan kami pun ucapkan yang sama kepada awak.
Deleteassalam AL..alamak ketinggalan la pulak..belum pegi mantai ni..
ReplyDeletesalam kembali.
Deletenasib baik saya ingatkan. hehe
walaweyh.... macam geng dah tu...
ReplyDeletesalam ramadhan utk pakcik sekeluarga....
p.s. jgn lupa buat entry highlight bazaar-bazaar ramadhan terhebat di sekitar daerah seremban. :)
memang kita geng pun .. sebab sama-sama kat UM dulu.
Deletepakcik cukup segan nak pergi PARAM.
1st time dengar mantai. macam bazar la eh?
ReplyDeletebukan bazar tapi program menyembelih lembu/kerbau sebagai persiapan untuk menyambut puasa/hari raya .. agak sayalah !
Deletekalau tgk gmbr no. 2 tu kan, saya ingatkan Pakcik yg YB tu tadi. Ada gayalah. Hehehe.
ReplyDeleteSelamat Berpuasa, Pakcik.
gaya mungkin ada tapi bakat dan keinginan tak ada ..
Deletesalam uncle.selamat menyambut ramadhan buat uncle dan makngah.nak durian sikit plisssssss
ReplyDeletesalam kembali. terima kasih dan begitu juga utk awak sekeluarga .. lupa nak bawak tapauware!
Deletenanti mantai sekali lagi nak raya kan uncle..hehehe
ReplyDeletebukan arkitek/jurutera & kontraktor zaman dulu lebih bagus, cumanya mereka di zaman dulu tak makan/kurang makan rasuah. :P
Selamat berpuasa ya uncle..saya pun nak minta maaf andai ada terkasar bahasa, baik di blog, mahupun di FB.
sama2lah kita maaf memaaf dan ingat mengingatkan.
DeleteAssalamu'alaikum.
ReplyDeleteSelamat menyambut Ramadhan buat Kanda sekeluarga juga.
alaikumsalam.
Deletesamalah juga untuk kakcik sekeluarga.
kontraktor-kontraktor kita lebih pandai dari British.
ReplyDeletecuma ada kelemahan sikit barangkali dalam pengurusannya ... tu ada yang tumbang sana dan runtuh sini, tuan.
Selamat Menyambut Ramadhan Tuan .
setuju .. mungkin terlalu nak untung banyak hingga "cut cost" sana sini agaknya.
Deleteselamat menunaikan ibadah puasa untuk Pak Ngah dan Keluarga.
ReplyDeleteOh sana panggil mantai ya,kat sini panggil pasar puasa je.Lepasni boleh la saya ke Mantai.hihihi
Waa durian musang king.Tak pernah makan.teringin.
kesian pulak bila dengar masih ada orang yang tak pernah makan durian king ..
DeleteWOW.. MB SIAP LETAK TANGANNYA DI BAHU..
ReplyDeletesaya nak buat tak boleh sebab dia lebih tinggi .. hehe
Deletesalam..
ReplyDeletekemeriahan bulan puasa sudah terasa
slmt berpuasa
salam kembali.
Deletekemeriah raya pun dah mula terasa .. hehe
kat nismilan jer asernye ada mantai nih.. spesel tuh...
ReplyDeleteada juga dibuat di Melaka di daerah yang bersempadan dengan nismilan ..
Delete1. ya, tenaga profesional dulu lebih berwawasan dan bertanggungjawab dengan kerja. sebab tu bangunan terus kukuh sampai ratusan tahun.
ReplyDelete2. kalau pasal durian, saya sanggup tinggalkan menu yang lain!
1. setuju .. dan mereka juga lebih jujur.
Delete2. masalahnya menu yang lain datang dulu dan semuanya sedap2 belaka.
As Salam. Salam perkenalan. Saya follow di sini yer. Sajer cari siapa yang letak entry tentang mantai lagi selain saya... Selamat berpuasa.
ReplyDeletesalam kembali.
Deleteterima kasih kerana sudi follow dan tinggalkan jejak.
apa erti mantai? makan santai?
ReplyDeletemakan santai tak apa jangan makan bantai .. hehe
Deletesaya suka makan durian kampung. Lemak manis berkrim!
ReplyDeleteBaru tahu terms mantai yang wujud di Negeri Sembilan.
durian kg memang lebih sedap dari durian kawin tapi kekadang isinya nipis sangat .. tapi kalau buat tempoyak mesti guna durian kampung kan.
Delete