Walaupun teramat sedikit kecewa kerana tiada siapa yang mahu mencuba apa yang saya tutorialkan lewat entri ini dahulu, saya harap tutorial saya kali ini, akan ada yang ingin mencubanya.
Kali ini saya nak tunjukkan kepada mereka yang belum tahu bagaimana hendak memanfaatkan perisian "Quran Explorer". (Betul ke istilah perisian ?) Bagi yang sudah mahir, terima kasih kerana sudi singgah dan harap gunakannya selalu. Saya sendiri sering menggunakannya bila tersangkut semasa membaca Quran.
Langkah 1: Untuk kemudahan anda semua, untuk memulakannya pergi sahaja ke sudut atas sebelah kanan blog saya. Klik kat Quran Explorer. Selepas itu bolehlah buat "bookmarks"
Langkah 2: Sila klik ikon "play" di sudut kiri bawah dan by default ia akan memaparkan surah al-Fatihah dengan terjemahan dalam Bahasa Inggeris.
Langkah 3: Kalau kita tidak mahu mendengar audio terjemahannya dalam Bahasa Inggeris, sila pilih 'hide' dan klik. Dan kalau kita mahu terjemahan secara tulisan dalam bahasa lain dari Inggeris, silalah pilih bahasa yang dikehendaki dari 14 bahasa yang di sediakan.
Langkah 4: Untuk mendengar bacaan, ada 15 Qari yang boleh dipilih. Saya suka dengan bacaan Sheikh Abdul Bassit kerana ia membaca secara berlahan dan berlagu. Kalau kita tidak pilih siapa-siapa, by default dia akan berikan bacaaan dari Sheikh Mishari-Rashid. Bacaan Mishari agak laju sedikit, sesuai untuk yang sudah cekap.
Langkah 5: Kalau kita ada masalah rabun dekat, bolehlah dibesarkan 'font' mengikut saiz yang sesuai untuk mata kita. Cuma klik tanda + atau - pada ikon kanta di sudut kanan atau tengah sebelah bawah.
Langkah 6: Kita juga boleh memilih untuk membaca terjemahannya dalam Bahasa Melayu sebelah menyebelah seperti cetakan skrin di atas.
Langkah 7: Kemudian ulangi langkah-langkah yang disebutkan sebelum ini untuk memilih surah yang lain pulak. Misalnya surah Yaasin seperti di atas.
Semoga tutorial ini ada manfaatnya kepada mereka yang belum tahu dan selalu-selalulah menggunakannya selepas ini.
salam pakngah...
ReplyDeletesaya baru tahu Quran Explorer ni. Terima kasih dengan tutorialnya. Bestlah!
Selamat berpuasa dan Salam Ramadhan buat pakngah sekeluarga....
salam kembali.
Deletememang QE sangat membantu dan berguna .. terima kasih kepada yang menciptanya.
Antara kebaikkan teknologi.. :D
ReplyDeleteteknologi yang dimanfaatkan.
DeleteBagus entri uncle ni. Saya pun guna site ni selepas diajar ustazah di sekolah. Mereka gunakan untuk mengajar. Ustaz ustazah skrg pun bijak gunakan Internet untuk mengajar.
ReplyDeleteSelamat berpuasa untuk uncle sekeluarga :)
kalau dah tahu kenapa tak bagi tahu kak Yus ! hehe
Deletesalam..
ReplyDeletetq kerana berkongsi.. try download dulu ni. nk tngok buleh guna offline x..
salam ramadhan dari syira. maaf jika ada tersalah bicara.
salam kembali.
Deletesaya tak pasti samada boleh guna offline ke tidak.
wow. best tu kalo bace dalam smart phone
ReplyDeletephone uncle tak berapa smart lagi ..
Deletesalam ramadhan buat pakngah dan keluarga
ReplyDeletesemoga ramadhan kali ini lebih berkat dan di redhai olehNya Yang Esa..
begitu juga ucapan pakngah kepada awak sekeluarga.
Deleteterima kasih uncle. lepas ni tak perlu bawak kitab al-Quran tebal2 pun takpe sebab kat mana2 pun kite boleh bukak al-Quran. ')
ReplyDeleteyg bagusnya henfon boleh bawa dalam tandas.
Deleteslmt berpuasa
ReplyDeletemenarik ni.. trm ksh
semoga ada manfaatnya.
DeleteIM masih selesa baca cara tradisional...bukak kitab!
ReplyDeleteikut kegemaran masing2loah .. misalnya ada orang suka basuh pakaian guna tangan walaupun mesin basuh dah ada.
Delete