Tuesday, July 31, 2012

LAWATAN H20.

Kelmarin program lawatan kerja  H20 (Hisyammuddin Tun Hussien Onn) ke Lavender Heights yang menjadi tempat tinggal saya sejak kira-kira 7 tahun lalu, telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada  Dato' Abd Rahim Radzi (Ketua Setiausaha, Kementeri Dalam Negeri) yang memandu persiapan dan Rukun Tetangga, Lavender Heights serta  penduduk Lavender Heights yang telah membantu menjayakannya. 

Bila saya bangun pagi tadi baru terasa letihnyanya. Sebenarnya saya tidak ada apa-apa jawatan dalam Rukun Tetangga atau Surau tetapi sekadar kenalan lama kepada KSU yang dijadikan penghubung dengan Rukun Tetangga dan orang-orang kampung. Di tempat saya tidak ada Persatuan Penduduk. Pernah ada suatu masa dulu, tapi telah tidak bergerak sejak sekian lama.

Saya gemar memerhatikan karektor manusia dalam mana-mana komuniti semasa membuat persiapan dan juga pada hari langsung program lawatan orang kenamaan ke tempat mereka. 

Antaranya:

1. Ada individu yang sebelum ini tak kisah nak campur  orang, tetiba menjadi pak sibuk pada masa persiapan dan juga pada hari langsung, seoalah-olah majlis itu  dia yang punya.  Dunia .. dunia !

2. Ada individu yang tidak  diundang dalam pertemuan tertutup kerana sikap mereka yang selalu 'anti-klimaks' dan gemar tunjuk pandai,  tetapi dengan muka yang tidak malu, tetiba muncul lebih awal dari orang lain menyambut ketibaan orang kenamaan tersebut.  Dunia .. dunia !

3. Dan sebagaimana biasa, ada juga bahkan ramai sebenarnya, mereka yang cuma bekerja senyap-senyap di belakang tabir dengan iklhas tanpa mengharapkan pujian dan publisiti. Mereka inilah yang mengubat hati saya bila berhadapan dengan gelagat orang-orang di nombor 1 dan 2 di atas.


Gambar 1: Kain rentang yang mengalu-alukan ketibaan H20 yang memberi  harapan kepada penduduk agar sesuatu yang positif dan konkrit akan terhasil dari lawatan kerja singkat tersebut.


Gambar 2: Walaupun notis lawatan adalah amat singkat, namun atas komitmen dan bantuan dari Dato' Abd Rahim dan juga orang kuatnya Dato' Mohd Asri, segala-galanya menjadi mudah.


Gambar 3:  Datin isteri KSU memberi macam kueh raya sebagai tanda terima kasih atas kunjungan H20 ke rumah beliau sejurus selepas sesi dialog hati hati ke hati secara tertutup dengan H20.


Gambar 4: YB Khairy Jamaludin (KJ) juga turut hadir. Beliau adalah juga MP bagi kawasan ini. Perempuan yang duduk itu, kalau tak silap macam Makngahnya.

 

 Gambar 5: H20 memberikan ucapannya yang membawa kelegaan dan harapan kepada warga Lavender Heights yang sejak akhir-akhir ini diselubungi kebimbanghan akan keselamatan terutamanya harta benda mereka.


Gambar 6: Sebahagian penduduk yang turut hadir dengan sabarnya menunggu ketibaan H20. Terima kasih semua.


Gambar 7: Kaum ibu yang banyak memberi sokongan moral, mengabadikan kenangan bersama dengan H20. 



Gambar 8: Pengerusi dan penasihat RT Lavender Heights di barisan hadapan bergambar bersama H20 dan KSU.


"SELAMAT MENERUSKAN PUASA DAN BERSEMBAHYANG TARAWIH"



30 comments:

  1. Suami selalu dekat yang no. 3 tu tapi lepas tu org lain yg tunjuk muka dan seterusnya dapat nama. Suami selalu cakap..biarlah...yg penting kita buat kerja dengan ikhlas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ramai orang yg macam suami awak tu ..

      Delete
  2. Eh! takkanlah bila dah jumpa H2O, wajah makngah pun dah tak berapa nak cam! ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan saya yg ambil gambar ni .. tu sebab tak perasan dia ada duduk di celah tu.

      Delete
  3. sepatutnya tuan highlight dan bold golongan ketiga tu. mereka lebih penting. hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya selalu guna warna merah bila saya marah .. dan boldkan bila sangat marah.

      Delete
  4. Wah, bestnya dapat bergambar dengan DS Hishamuddin...

    ReplyDelete
  5. Mak Ngah ke tu? Ish....berserinya!!!~

    ReplyDelete
  6. ADA MASUK BERITA TV3.. TAPI WAJAH TUAN TAK KELIHATAN.. BELAKANG TABIR JUGA KE?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka dibelakang tabir tapi sesekali kena ke depan juga.

      Delete
  7. err makcik baju pink...jangan senget sangat...hihihi

    ReplyDelete
  8. Makchaq belum pernah lagi hadir dalam program yg melibatkan menteri kabinet, bergambar lagi la tak pernah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda2 macdam ni bergantung pada tugas masing-masing ..

      Delete
  9. ooooo...patut cam kenal je name tempat semalam....tengok bite tv3

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak tahu ada orang tv turut hadir .. rupanya kamera sekarang dah kecil tak macam dulu2.

      Delete
  10. Ooo... Majlis di tempat tuan kiranya. ada tonton sepintas lalu dalam berita. tapi sekerat je sebab ibu_suri tukar terus ke channel lain..he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tertengok sekejap sahaja sebab tak tahu ada pemberita tv turut hadir.

      Delete
  11. salam..

    Alhamdulillah semua telah selesai
    sy x tgk kat tv pun sbb kuar cr bju

    ReplyDelete
  12. semoga lawatan ini mmeberi manfaat buat semua di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ini kita sudah mula merasa manfaatnya.

      Delete
  13. kat peringkat taman pun dah boleh nampak spesis manusia "dunia...dunia" ni kan uncle...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka ada di mana-mana .. walaupun selalunya bilangan mereka tidak ramai, tapi menjengkelkan juga.

      Delete
  14. Pemerhatian ke atas manusia, no. 3: Akhirat! Akhirat!

    Gambar no. 5 berkait dgn komen saya dlm entri al-lavendari yg lepas - hal keselamatan & ketenteraman jiwa. Semoga KDN ada berbuat sesuatu yg amat konkrit (walau kita pun ada peranan). Berita Harian kelmarin kisahkan bahagian-bahagian KL dan pekan-pekan lain yg bagaikan bukan hak kita lagi! Takut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sekarang ni di sesetengah tempat kita rasa macam menumpang di tanah air sendiri.

      alhamdulillah sejak RELA membuat kawalan, tidak ada lagi kes pecah rumah atau kecurian di tempat saya ini.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.