Wednesday, July 14, 2010

KENAPA SAYA PASANG ALAT "COMMENT MODERATION"

Perhatian: Entri ini terpanjang sikit, tapi sangat berfaedah kepada saya untuk di baca sampai habis.

Sesungguhnya saya benci kalau ada blog yang pasang alat "comment moderation" (CM). Saya seronok bila lepas sahaja kita klik publish, komen kita muncul. Terasa satu macam kepuasan.

Tetapi saya pasang benda tu pada blog saya (memang saya mementingkan diri) kerana sebab-sebab yang amat munasabah.

Ada pun akan sebab-sebanya adalah:

1. Saya dapat tapis dan tepis komen yang budak 11 tahun tak elok baca, perkauman dan komen yang cari fasal. Saya rasa banyak juga yang saya reject. Mereka yang terlibat tahulah. Kekadang tu, dia tahu saya akan reject tapi saja jer nak bernakal dengan saya.

2. Saya dapat 'berkomunikasi' atau menegur penulis blog yang juga ada pasang "CM" secara "private" dan meminta (dan kadang-kadang memujuk merayu) supaya dia jangan publishkan komen saya. Setakat ini belum timbul masalah lagi.

3. Ini sebab yang paling penting. Saya dapat kesan ada orang beri komen kepada entri saya yang kita buat katalah 6 bulan dulu. Kalau tak percaya klik disini. Entri pertama saya bertajuk "Isteri Saya Tidak Bekerja" di poskan pada 24 April 2009 dan mendapat komen pertama pada 7 Oktober 2009.

Kalaulah tidak kerana bulan "CM" tersebut, saya tidak akan tahu ada orang membuat komen kepada entri lama saya itu.

Masih tidak yakin. Saya beri satu contoh lagi. Saya saja2 buat komen pada 11.7.2010 kat satu entri bertajuk "Muqaddimah" di blog Aku Tak Sempurna. Entri itu bertarikh 8.5.2008 iaitu kira-kira 2 tahun dulu. Saya yakin dan percaya sampai sekarang Ku Tak Sempurna tak tahu saya ada beri komen kepada entrinya itu sebab dia tak pasang "CM".

Memang ramai yang suka baca entri-entri lama. Mungkin entri yang lama lebih seronok dibaca dari entri baru. Dalam kes saya, setakat ini yang menduduki carta nombor 1 dari 10 pengunjung teratas adalah dari widget linkwithin iaitu widget yang mengesan bilangan kunjungan ke entri lama.

Berikut adalah keterangan bergambar untuk menyokong hujah saya kenapa saya pasang "CM"




Nah ada 21 komen. Kalau tak ada CM, saya tak tahu
ada dan banyak mana orang komen !



Ini dia komen-komenya. Ada di antaranya adalah
untuk komen entri-entri saya yang lepas.
Dan ada yang terpaksa di tepis.


Dan contoh terbaru (hari ini) adalah komen dari Azrina yang memberi komen kepada entri saya yang bertarikh 7 Julai 2010. Kalau tak ada "CM" tersebut, nampaknya komen Azrina tersebut akan tinggal komen sahaja.




Itu alasan sayalah. Saya harap alasan saya itu dapat diterima.

Orang lain mungkin ada alasan tersendiri mengapa mereka pasang atau tidak pasang. Apa-apa pun saya lebih suka kalau boleh saya tak payah pasang "CM" tu.





75 comments:

  1. Penerangan yang lengkap, terang dan jelas. :)

    ReplyDelete
  2. Untuk tujuan penapisan, memang elok ada Comment Moderation.

    Maklumlah blog kita.. kita jugalah yang bertanggungjawab menguruskannya.

    ReplyDelete
  3. den tk psang...sbb den dh psg "recent comment"...hehehe...

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan Haji...

    Moga tuan haji sihat..

    Saya memang tak pasang CM di blog saya sebab semua yang memberi komen akan terpapar di email saya baik pada N3 terbaru atau yang lama. Jadi saya boleh monitor komen yang belum saya jawab.

    Itu cara saya tuan haji, bagi memudahkan kawan-kawan komen kat blog saya.

    ReplyDelete
  5. nak selamat kena pasang, tapi kalau tak nak pun takpe...

    so far, alhamdulillah ain belum dapat komen yang menyakitkan hati dan menyesakkan jiwa...

    hopefully takde la...

    ReplyDelete
  6. salam tuan haji,

    rindu lak rasanya dah lama sangat tak berkunjung ke sini.

    ...nak pasang
    tengah cari kontraktor ni.
    .sila hantar sebut harga !!

    ReplyDelete
  7. Salam THJ,

    timaseh.

    jika saya "follow" seseorang tu, saya cuba pastikan saya baca akan baca kebanyakan n3 yang dipublish walaupun kadang2masa tak mengizinkan.

    ReplyDelete
  8. PakNgah..

    Org lain pasang CM pun sama jugak alasannya dgn yg Pakngah senaraikan.. Saya pun pasang CM sebab nak tapis mana2 komen yg saya rasa tak perlu & menyemak dalam blog saya (maksudnya komen yg mencari pasal tak tentu pasal)... ;)
    p/s- setakat ni komen Pakngah tak pernah lagik saya reject malah ditunggu2.. hehehe

    ReplyDelete
  9. Salam al-lavendari
    Rasanya memang sangat baik utk tujuan menapis reaksi yg 'kasar-kasar' & yg 'bukan-bukan' & juga utk mengesan respons kpd entri lama kita. Nak belajar pasang juga.

    ReplyDelete
  10. Salam,
    Blog LF turut menggunakan "comment moderation" atas sebab yang lebih kurang sama. Semua komen masuk ke dalam kotak email LF terlebih dahulu. LF tak galakkan menghantar secara "anonymous" . BUKANNYA SEMUA, tetapi ada sebilangan kecil mereka ini yang menggunakan cara ini untuk menghantar komen yg bukan-bukan. Pada masa yg sama, kita para bloggers juga perlu menjaga etika penulisan.

    ReplyDelete
  11. saya bagi lepas jer ape diorang komen..

    tapi saya dah setkan CM pada entri yang lebih dari seminggu..kengkadang diorang komen entri yang dah lama kita tak perasan. Cara ini kita tak perlu setkan seluruh blog dengan CM.

    Entri baru, boleh terus komen, tiada CM di perlukan.

    ReplyDelete
  12. sy penah pasang dulu sbb ada org kacau. skrg bila dah ok bukak blk. setakat ni xde plak yg buat hal so sy ok je la. next tak tau la mcm mana ek...

    ReplyDelete
  13. Saya mengaku pakai CM .

    Penting utk saya menapis segala bagai 'sampah' yang berbaur lucah . Sangat tak sesuai utk paparan umum .

    ReplyDelete
  14. KAKCIKSEROJA

    ALHAMDULILLAH .. HUJUNG BULAN DAPAT GAJI !

    ReplyDelete
  15. MAMAREMPIT

    MEMANG MACAM2 GADGET BERADA DI PASARAN. KADANG2 RAMBANG MATA DIBUATNYA TAK TAHU MANA SATU NAK PILIH.

    ReplyDelete
  16. ANIFF

    SAYA RISAU KERANA ANAK SAYA GEMAR BACA ENTRI SAYA DAN KOMEN2 YANG DITERIMA. MUNGKIN BAGI KITA ORANG DEWASA, BIASA JER ..!

    ReplyDelete
  17. ABD RAZAK

    SALAM KEMBALI. ELOK JUGA KALAU BEGITU. TAPI SAYA EMAIL SEMINGGU SEKALI PUN JARANG BUKA.

    SAYA SENDIRI SUKA BERI KOMEN KAT BLOG KAWAN2 YANG TAK PASANG CM.

    ReplyDelete
  18. SITEDI

    KALAU AWAK SELESA BEGITU, TERUSKAN. SAYA SENDIRI SUKA BLOG YANG TAK ADA CM.

    ReplyDelete
  19. AIN

    SEBAB PERNAH KENALAH, UNCLE PASANG TU ! KOMENNYA TAK TERUK MANA, TAPI TAK SESUAI UNTUK KANAK2.

    ReplyDelete
  20. IKAN EMAS

    SALAM KEMBALI. KALAU RINDU DATANG SELALU. HEHE

    SAYA TAK SUKA SEBUT HARGA. RUNDING TERUS LAGI BAIK !

    ReplyDelete
  21. AZRINA

    TERIMA KASIH KERANA JADI FOLLOWER YANG SETIA. TAPI SAYA FAHAM KADANG2 KITA ADA KEKANGAN WAKTU. NAK BUAT MACAM MANA KAN !

    ReplyDelete
  22. EKIN

    TERIMA KASIH KERANA KATA KOMEN PAKNGAH DI TUNGGU-TUNGGU TAPI ADA KETIKANYA MASA TIDAK MENGIZIKAN.

    ReplyDelete
  23. ABANG TEMUK

    NAK PASANG MUDAH SANGAT. TAK SAMPAI SEMINIT. TAPI SAYANG, SAYA TAK DAPAT NAK TUNJUKKAN CARANYA MELALUI KOMEN INI.

    SAYA BUAT PUN MELALUI "TRIAL AND ERROR"

    ReplyDelete
  24. LUAHFIKIRAN

    SALAM KEMBALI. SAYA TAK PAKAI KOTAK EMAIL UNTUK KOMEN YANG DITERIMA SEBAB SAYA TAK RAJIN BUKA EMAIL.

    SAYA SETUJU DENGAN PANDANGAN LF BAHAWA KALAU BOLEH KITA PERLU ADA 'SELF CENSORSHIP' UNTUK JAGA ETIKA PENULISAN.

    ReplyDelete
  25. AUJINZ

    TERIMA KASIH KERANA MEMBERI SAYA IDEA UNTUK BUAT BEGITU. NANTI SAYA AKAN BUAT PERCUBAAN.

    ReplyDelete
  26. LINDA

    YE LAH MASING ADA SEBAB NAK PASANG ATAU TAK NAK PASANG CM TU. KEBETULAN SEBAB KITA SAMA.

    ReplyDelete
  27. SaLam...

    Saya tak kisah blog tu kotak komenya macam mana... hak tuan punya blog kalau nak buat macam mana pun....tapi saya punya kotak komen macam tu aje la... tak tau nak buat macam mana dah....

    ReplyDelete
  28. Saya hanya pasang CM untuk entri yang lebih dari 3 hari disiarkan. Untuk n3 terbaru....kalau ada komen yang 'negatif', saya padam. Sama saja konsepnya dengan moderation!


    Kecik hati?
    Lebih baik dari mengecilkan hati orang-orang lain yang akan membacanya kelak.

    ReplyDelete
  29. salam,

    Kalau nak tau komen terkini boleh saja letak recent comments tu..

    Kalau bukak blog hari-hari sempat kita tapis juga..

    Kalau yg komen tak senonoh tu biasanya anonymous boleh saje buang anonymous tu..

    tapi akhirnya terpulang la pada yg empunya blog itu sendiri tepuk dada tanya la selera..

    ReplyDelete
  30. itulah tujuan CM,supaya kita dapat view dulu komen di blog kita dan seterusnya membuat keputusan samaada terima atau tolak komen tersebut.blog kita ni macam² org baca,kekadang kita tak sangka yg kita akan dpt emel yg tak sepatutnya.Dgn adenye CM,masalah sebegitu tidak akan timbul lagi.

    p/s: saya subscribe komen blog saya.apa² komen terus masuk emel saya sebab saya mmg sentiasa bukak emel.

    ReplyDelete
  31. K.o.m.e.n bila buang huruf ' k ' masuk gantikan dengan huruf ' R '..apa jadi..

    ReplyDelete
  32. Saya pasang CM selepas entri baru diterbitkan. Sesiapa yang hantar komen melebihi tujuh hari, komennya akan 'terperangkap' dan hanya saya sahaja yang boleh baca. Mungkin Tuan Al-Lavendri boleh cuba kot.

    ReplyDelete
  33. memang betul dapat satu kepuasan macam boleh bagi kelulusan or reject kan, boleh dikatakan 99% saya approve

    ReplyDelete
  34. Salam Tuan Haji...
    sama la alasan kita..
    Bkn takat ruangan komen..
    Shoutbox pun sya pantau n klu ade msg2 yg x seronok dibaca sya akan delete...

    ReplyDelete
  35. ATIE

    INI BUKAN MASALAH MANA YANG BETUL ATAU MANA YANG SALAH, TAPI LEBIH KEPADA KEGEMARAN MASING-MASING.

    ATIE PUNYA SAYA TENGOK GUNA WORD VERIFICATION UNTUK ELAKKAN SPAM. ITU PUN ELOK JUGA.

    ReplyDelete
  36. CKLAH

    MUNGKIN JUGA SAYA AKAN BUAT MACAM CIKGU LEPAS NI. TAPI KALAU SAYA BUAT ENTRI BERJADUAL, SAYA TETAP AKAN PASANG CM JUGA.

    ReplyDelete
  37. PENJEJAK MAYA

    SAYA SETUJU. TEPUK DADA TANYA SELERA. NAK MAKAN EPAL KE, DURIAN KE, BACANG KE TAK ADA SIAPA BOLEH KATA.

    ReplyDelete
  38. MRPENYUBIRU

    SAYA JUGA PERASAN BILA SAYA BUKA EMAIL SAYA ADA EMAIL DARI AWAK. TAPI SAYA JARANG2 BUKA EMAIL SAYA. SAYA LEBIH SUKA GUNA SMS KALAU NAK BERHUBUNG.

    ReplyDelete
  39. IBUINTAN

    ITU LAH NASIHAT SEORANG IBU. MASING2 DAH BOSA PANJANG KAN !

    ReplyDelete
  40. salam..
    blog masing-masing dan berbagai cara,semuanya mengikut kepuasan masing-masing..ibarat kereta juga adakalanya kita pasang lampu hidrogen,alasan kita malam tak berapa nampak..untuk keselamatan kita..tapi realiti kita kadang-kala menyusah pemandu di hadapan kita yang sakit mata la pulak..he he..bahagian kotak komen pada saya suka permudahkan pengomen,mereka pasti puas dan boleh semak komen mereka jika ada tersalah tulis ke apa..kepuasan pengomen saya yang saya utamakan..termasuklah anonymous..seandainya sudah ter'publish' bila-bila masa jika kita tak puas hati atau tak suka,kita masih oleh delete..wallahulam..TQ

    ReplyDelete
  41. RELEVAN

    KALAU BUANG 'K' GANTI DENGAN 'R', JADI RELEVAN !

    ReplyDelete
  42. POK LI

    DARI KOMEN2 YANG DIBERI DI AWAL TADI, MEMANG RAMAI YANG MENCADANGKAN DEMIKIAN. INSYAALLAH SAYA AKAN CUBA. TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  43. SHARINGINFOZ

    SAYA PUN BEGTU JUGA. TERLALU SEDIKIT YANG SAYA REJECT. TAPI SAYA PASANG CM TU LEBIH KEPADA TUJUAN UNTUK MENJEJAK KOMEN.

    ReplyDelete
  44. CIK SHINJU

    SAYA TAK ADA SHOUTBOX LAGI. DULU ADA SORANG BLOGGER MENGADU. ADA KOMEN YANG TAK SENONOH TAPI DIA TAK TAHU NAK DELETE. JADI SAYA PUN TAK NAK PASANG.

    ReplyDelete
  45. ZULKBO

    SALAM KEMBALI. TERIMA KASIH ATAS KOMEN YANG BERNAS. TAPI SAYA LEBIH SUKA AMBIL LANGKAH PENCEGAHAN.

    NAMUN SEPERTI YANG SAYA SEBUT DALAM ENTRI SAYA, SEBAB TERPENTING SAYA PASANG CM ADALAH UNTUK MENJEJAK KOMEN. TAKUT ADA YANG TERLEPAS PANDANG.

    ReplyDelete
  46. nak pasang ke tak? pasang? tak? pasang ke tak? pasang ke tak? jomm..kita gi makan dulu, jom!

    heheee....

    ReplyDelete
  47. FA*ATIP

    NAK MAKAN KE TIDAK ? NAK MAKAN KE TIDAK ?... JOM KITA MANDI DULU !

    ReplyDelete
  48. Tersrahlah pada tuan punya tanahkan.. kalau anda pasang "komen terkini" mungkin jelas kelihatan juga dan bagi saya kalau ada komen tak kena dgn tempatnya saya terus delete aje.

    ReplyDelete
  49. abg..
    jgn terbitkan komen sy ni..plizz..
    sy merayu..

    ReplyDelete
  50. AKUANAKPAHANG

    DULU SAYA PERNAH PASANG 'KOMEN TERKINI' TAPI DIA BANYAK PAKAI RUANG. TU YANG SAYA TAK PAKAI LAGI TU. SAYA INGAT NAK IKUT NASIHAT
    KENGKAWAN SET KAN CM UNTUK ENTRI LAMA.

    ReplyDelete
  51. ALVIN

    SAYA MINTA MAAF BANYAK2 ... RAYUAN AWAK DITOLAK. SAYA TIDAK NAMPAK SATU ASAS PUN UNTUK TIDAK MENERBITKAN KOMEN AWAK YANG SAYA RASA BERNAS DAN PADAT INI DAN SANGAT SESUAI UNTUK DIJADIKAN TAULADAN KEPADA BLOGGERS YANG LAIN. HEHE

    ReplyDelete
  52. betulla penerangan al lavendar tu... setuju juga

    saya cuma buat CM bagi entri yang lebih dari 1 hari terpapar. entri terbaru tak ada CM

    terbaru dari saya : ayam berkokok, hujan pun turun

    ReplyDelete
  53. salam tuan hamzah,


    Adapun saya dengan ini tidak menganggap comment moderation itu sbg sesuatu yg menyusahkan. Sungguh.

    Adapun saya dengan ini faham ada atau tiada comment moderation, tak perlu dipertikaikan kerana setiap org mempunyai alasannya yg tersendiri. Sungguh.

    Salido maso daulu,
    Bapasia bapantai camin,
    Kapalo samo babulu,
    Pandapek balain-lain.

    Adapun saya dengan rasa berat hati ingin membuat sedikit pembetulan, dengan izin tuan.

    Tuan,

    Adapun saya tidak membalas komen tuan di entri pertama saya, tetapi sebenarnya saya sudah membaca komen tuan pada entri saya yang pertama sebelum tuan membuat entri ini lagi. Sungguh.

    Adapun dengan ini, saya tidak berbohong. Jika tuan mahu, saya boleh buktikannya. Percayalah. Walaupun saya tidak menggunakan comment moderation, tetapi saya masih dapat melihat semua komen yang masuk ke blog saya. Sungguh.

    Tuan,

    Terima kasih untuk komen tuan itu. Saya sangat terharu dan sedikit terkejut. Sungguh. Saya tidak menyangka yang tuan sanggup menyelak dan membaca entri pertama saya. Satu penghormatan yang sangat besar buat saya.



    Anak ikan dimakan ikan
    Gadang ditabek anak gurami
    Ameh bukan pangkek pun bukan
    Budi sabuah nan urang cari


    Terima kasih sekali lagi :D

    ReplyDelete
  54. Kredibiliti blog kita juga boleh dibantu oleh CM...

    ReplyDelete
  55. AKLCITIZEN

    SAYA AKAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH CIKGU UNTUK ENTRI SAYA AKAN DATANG. INSYAALLAH.

    ReplyDelete
  56. KU TAK SEMPURNA

    Salido maso daulu,
    Bapasia bapantai camin,
    Indak semuo kapalo babulu,
    Pandapek iyo balain-lain.

    Anak ikan dimakan ikan
    Gadang ditabek anak gurami
    Kalau buleh tolong buktikan
    Udah dibaco komennyo kami.

    TERIMA KASIH KERANA MEMBERI KOMEN YANG SEMPURNA.

    ReplyDelete
  57. SHA

    TERIMA KASIH KERANA DATANG MEMBERI BANTUAN UNTUK MEMPERKUATKAN HUJAH SAYA.

    ReplyDelete
  58. terima kasih kerana memperbetulkan pantun saya.. Sungguh! saya lupa. indak semuo kapalo babulu.. tapi kapalo tuan babulu kan.. err.. tak perlu jawab soalan saya ini :D

    .
    .

    buktinya dalam bentuk gambar. kalaulah boleh disisipkan gambar itu di kotak komen ini. hurrrmmm .. bagaimana ya??

    errr.. soalan yang ini bolehlah tuan jawab :D


    komennya seperti tuannya.. tak sempurna ;)

    Dikali-kali urek pandan
    Dikali lalu ditimbuni
    Dikaji-kaji untuang badan
    Dikaji lalu ditangisi


    alhamdulillah. syukur

    ReplyDelete
  59. kalu tanya orang lain tentu le banyak nak dikomen tentang cm tu, walaupun saya tak selesa tapi saya respek le pada tuan rumah kerana itu syarat yang ditetapkankannya... kalu kita tak suka barangkali dah lama kita tak datang...

    ReplyDelete
  60. salam tn haji..sy dtg bziarah..rindu kat sahabat blogger. baru today umah nih ada tenet. hadede..

    ReplyDelete
  61. Salam bang.

    Komen saya mungkin tak sempurna mcm komen KTS. Jauh sekali disertakan dgn pantun dan gurindam.

    Apa yg saya nak sebut ialah blog bang ikut suka hati abg lah. hehehe

    Buatlah apa saja asalkan bahagia.

    ReplyDelete
  62. salam pak cik...ya...ini ila setuju entry neh....he2....

    ReplyDelete
  63. saya x pasang CM sebab rajin tgok emel. dr emel je la saya alert tang mana komen tu pergi:D

    ReplyDelete
  64. KTS

    RAMBUT SAYA MENJADI TRADE MARK KEPADA SAYA. SEKALI PANDANG MESTI PERASAN SEBAB UBANNYA MEMUTIH MEMENUHI KEPALA BERMULA DARI BELAKANG.

    SAYA KIRA AWAK MONITOR KOMEN2 YANG DITERIMA MENGGUNAKAN EMEL.

    Dikali-kali urek pandan
    Dikali lalu ditimbuni
    Jika bersyukur untuangnya badan
    Insy-Allah rezeki akan digandai.

    ReplyDelete
  65. CEMOMOI

    TERIMA KASIH ATAS KOMEN YANG JUJUR. INSYAALAH SAYA AKAN MODIFY KOTAK KOMEN SAYA UNTUK KEMUDAHAN KENGKAWAN MEMBERI KOMEN.

    ReplyDelete
  66. KHAI

    SALAM KEMBALI. SAYA PUN PERASAN JUGA LAMA AWAK TAK ZIARAH. RUPANYA RUMAH TAK ADA INTERNET. LEPAS NI BOLEHLAH BERGIAT SEMULA. TENTU BANYAK PENGALAMAN YANG BOLEH DIKONGSIKAN.

    ReplyDelete
  67. YUNUS BADAWI

    WALAUPUN BLOG KITA, KITA YANG PUNYA, PANDANGAN KENGKAWAN PUN KENA JUGA AMBIL KIRA JUGA.

    KALAU AWAK TUKAR NAMA YB DAN GUNA NAMA, "KU TAK MACHO", MAKA SAYA AKAN KATA "TERIMA KASIH KERANA MEMBERI KOMEN YANG MACHO"

    ReplyDelete
  68. HONEYBUNNY

    SALAM KEMBALI.

    TERIMA KASIH KERANA BERSETUJU. BAGAIMANA DENGAN PEMBELAJARAN ?

    ReplyDelete
  69. RED

    ITULAH MASALAHNYA SAYA INI. TERSANGAT 'RAJIN' MEMBUKA EMEL. KADANG2 SAMPAI SEBULAN SEKALI. ITU PUN BILA ADA ORANG SMS ATAU TELEFON SURUH BUKA.

    ReplyDelete
  70. incik, saya ada satu persoalan/cadangan di sini **sambil membetulkan mikfrofon**

    saya perasan, peminat encik terlalu ramai gitewww...komennya pulak puluhan `ribu'.

    masalahnya incik, saya ni memang `dari lahir' lagi kalau dah letak komen mesti nak baca balik respon tuanpunya `rumah mewah' ni.

    Timbul satu kesulitan bila mana saya terpaksa scrollllll downnnnnn nak cari balik komen saya.

    Apakata incik gunakan Wordpress ka apa ka...(macam Dr Singa tu). Senang, dia balas komen pada shetiap dan dibawah komen kita.

    So, what say you? Tapi...tapi...jgn tanya saya ye, saya tak reti pakai Wordpress!! hehehee...

    Bukan apa incik, nak memudahkan saya dan juga `peminat-peminat' incik yang sewaktu dengannya..

    Sekian.

    ReplyDelete
  71. FA*ATIP

    1. TERIMA KASIH KERANA MEMBERI PANDANGAN YANG JUJUR. SAYA AMAT MENGHARGAINYA.

    2. TENTANG BERTUKAR KE 'WORDPRESS' TU, MEMANG DAH LAMA SAYA BERHAJAT. TAPI SAYA TAK PANDAI. BAHKAN ANAK2 SAYA YANG ADA DEGREE DALAM BIDANG IT PUN TAK TAHU. MUNGKIN TAK ADA SUBJEK TU DIAJAR KAT UNIV MEREKA.

    3. SAYA TAK BERANI NAK CUBA. NANTI HILANG SEMUA. SAYA TUKAR TEMPLATE NI PUN DAH MENYEBABKAN IKLAN NUFFNANG SAYA GHAIB. NAK PASANG SEMULA TAK RETI.

    4. NAK BERMULA DENGAN BLOG BARU MENGGUNAKAN WORDPRESS, RASA SAYANG PULA DENGAN ENTRI2 YANG LAMA. KATANYA BOLEH DI MIGRATE SAMBIL MENGEKALKAN ENTRI LAMA, TAPI SAYA SEDANG TERCARI2 KAEDAHNYA.

    5. SEELOKNYA BLOGSPOT UBAHSUAI KOTAK KOMEN DIA SUPAYA JADI MACAM WORDPRESS. MUNGKIN KALAU DAH RAMAI ORANG BERPINDAH KE WORDPRESS NANTI BLOGSPOT AKAN BERBUAT DEMIKIAN. SAYA MENUNGGU SAMBIL BERHARAP BLOGSPOT SEGERA BERBUAT BEGITU.

    6. JADI ? SEBAGAI PENYELESAIAN SEMENTARA SAYA AMBIL DUA TINDAKAN.

    6.1 SAYA PERMUDAHKAN PENGOMEN DENGAN MEMBUANG CM UNTUK ENTRI SEMASA. FA*ATIP ORANG PERTAMA MERASAINYA.

    6.2 SAYA CUBA MENJAWAB KOMEN SEKERAP MUNGKIN MENIGIKUT KEMAMPUAN DAN MASA SUPAYA JAWAPAN SAYA SAYA TAK BEGITU JAUH DARI KOMEN PEMBACA.

    7. SEKALI LAGI TERIMA KASIH KERANA MEMBERI CADANGAN DAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA BLOG SAYA.

    ReplyDelete
  72. Saya on ::Comment moderation:: untuk entri saya yang lebih dari 14 hari. Maknanya entri2 lama saya memang ada CM tapi entri terbaru tidak, alasan saya sama mcm PakNgah, tak suka sebenarnya bila ada CM sebab tak nampak komen saya tu di publish terus...hehe.

    PakNgah, walaupun tak pasang CM kita masih boleh tahu ada komen masuk atau tak pada blog kita dengan cara masukkan email address kita pada setting bhg comment notification Email. So, walaupun kita tak on CM masih boleh tahu ada komen masuk dalam entri lama bila blogspot beritahu kita melalui email. Kita sendiri boleh baca terus komentu dari email sebenarnya, tak perlu masuk akaun blogspot kalau malas nak masuk..

    ReplyDelete
  73. exactly my reason pasang CM, owh bukan sebab ada orang komen bukan2, tapi untuk alert dengan komen on entry lama. yer la saya ni jenis malas nak cek email, tu pasal senang tengok sumer kat CM jer.

    ReplyDelete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.