Monday, December 9, 2013

SIAPAKAH ORANG YANG PALING BIADAP ?




Bagi saya orang yang paling biadap ialah orang yang GEMAR memotong cakap kita sebelum kita habis bercakap. 

Kalau saya hilang sabar nanti, saya POTONG lidah awak !

Dulu saya pernah buat entri mengenai dia kat sini.

Sampai sekarang nampaknya dia masih lagi mengekalkan kegemaran dia itu.

Grrrrrr. 


 

37 comments:

  1. Nasib baik saya jenis berat mulut. Org yg suka cantas2 cerita ni mmg sesuai la jumpa saya. Hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi mulut awak tak berat kat blog dan fb kan !

      Delete
    2. Orang yang dimaksudkan ni jenis suka bercerita,tetapi tak pernah suka mendengar cerita orang lain !
      Kami menjemput semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Setiap artikel yang telah di ping akan kami submit sekali lagi pada 'google index'secara auto dan manual untuk memaksa google indeks blog anda sekerap mungkin. Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda dengan memasang banner kecil kami !

      Delete
    3. tepat sekali .. dia mahu semua orang hanya mendengar cerita dia sahaja.

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Pak Ngah....

    Ummi pula macamna ya.....dalam keluarga, Ummilah yang paling berat mulut, ibu Ummi kata sewaktu ibu mengandungkan Ummi dulu, ibu suka makan nasi panas-panas dalam lesung yang ada lebihan sambal belacan yang baru ditumbuk... itu sebabnya Ummi ni dikatakan berat mulut...memang ya... ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaikumsalam.

      tak ada sebab dek tu berat mulut do .. hehe. janganlah terlampau berat pulak, nanti tetamu salah sangka .. ingatkan awak tak suka kat dio.

      Delete
  3. Saya pun ingat lagi pasal entry sebelum ni pasal si pemotong cakap tu!! masih lagi memotong!? hahahaha aduhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia masih lagi begitu .. rasanya sampai ke hujung nyawa kecuali ada orang yang berani tegur.

      Delete
  4. hahahha... amal dah baca.. serius lawakk.. nasib baik xpernah jumpa lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baiklah spesis ini seorang sahaja kat taman perumahan ini ..

      Delete
  5. Hahaha... Sabo je le...

    Kalau tak sabar, cili je mulut dia tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sanggup pulak rasanya nak buat cenggitu ..

      Delete
  6. saya tolong potong pun boleh, bak gunting tu...

    ReplyDelete
  7. salam pak Ngah,

    perlu di beritahu kot...

    tak pon sebelom bercakap tu .. warning dulu.. " saya pantang bila bercakap orang potong cakap saya.. dengar dulu sampai habis..".. hehehe....

    adeihh.... maap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      pakngah nak buat signboard besar2 tulis apa yang awak cakap tu, kemudian cacak depan rumah dia ..

      Delete
  8. mcm mak saya citer 'asik2 dia je bercerita, citer kita lgsung dia taknak dengar'
    ni kisah mak2 yg suka sembang hebat ttg anak dia
    hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada mak yang macam tu .. tak apalah dia rasa bangga dengan kejayaan anak dia.

      Delete
  9. erm.... nk check balik, sy dlm golongan itukah..

    ReplyDelete
  10. memang boleh makan hati jumpa orang mcm ni. saya pun ada. alahaiiii

    ReplyDelete
  11. Saya setuju dgn CikPuanLawa tapi lagi geram apabila ada yang mengiakan@menyokong "golongan hebat ini"...

    ReplyDelete
  12. satu hari...harus jugak terlepas grrrr Tn Hj tu depan dia...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang saya bimbangkan kerana dia adalah kawan rapat saya .. itulah sebab saya pilih blog untuk melepaskan geram saya.

      Delete
  13. saya pun ada kawan macam nie.. dia suka pintas cakap lepas tu dia terus bercakap tanpa peduli walaupun masa tu kita bertegas nak bercakap juga. Bila jadi macam tu, dah macam radio bertindih frekuensilah jawabnya.. kakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun pernah buat macam tu .. tapi rasa macam orang bodoh pulak .. koh koh koh (pinjam gelak awak)

      Delete
  14. Salam Pakcik,

    Sabar ya? Manusia ni rambut je sama hitam tapi perangai tu berbeza. Tapi klu perangai yg menyakitkan hati tu, annoying juga....=(

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      sapa kata rambut sama hitam ? awak tak tengok rambut pakcik lagi .. hehe.

      Delete
  15. Sdr al-lavendari,

    'Beliau' ini mungkin sekampung dengan:

    1. Jumaah yang membaca kuat semasa solat jumaah di surau/masjid.
    2. Rakan-rakan yang tabiatnya terus bercakap dan tidak peka langsung bahawa rakan-rakan yang mendengar telah naik rimas.

    Bagaimanapun, bukannya senang hendak melarikan diri dari keadaan tersebut. Rakan saya pernah menyinggung jemaah di sebelah yang membaca terlalu kuat (bagaimana hukumnya (menyinggung)?

    Bersabar.



    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan dua jenis beliau itu .. kalau dia bercerita pun, asyik-asyik cerita tu juga yang diulang-ulangnya.

      hukum menyinggung tu saya pun tak tahu ..

      Delete
  16. dalam kes seumpama ini biadap bagi saya adalah bila orang yang lagi muda menyampuk orang lain yang lebih tua sedang bercakap. memang pantang bagi saya.

    ReplyDelete
  17. errm...

    mungkin kena bagi hint kat die...

    supaya die sedar.

    tak berubah pun takpe. janji die sedar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sulit sungguh kerana orang dimaksudkan adalah kawan rapat kita sendiri .. pada aspek yang lain pula, dia seorang yg sangat baik.

      Delete
  18. masa kecik dulu saya pernah hampir kena "pang" sebab nyampuk abah saya berbual dgn kwn dia... masa tu tengah makan tengahari...kwn abah bercerita tentang satu tempat di negeri Pahang tapi dia terlupa nama tempat tu...saya tiba-tiba menyampuk dengan berkata "JENGKA"... abah saya punya la nak marah sebab kononnya saya menyampuk orang tua berbual... tapi tiba-tiba kwn abah saya cakap "Haa...betul tu...Jengka...Pandai anak awak, Dollah..."

    Hidung abah saya kembang sampai boleh masuk sesuap nasi...heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. garang juga rupanya ayah RKA ni .. nasib baik tak berjangkit kepada anaknya.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.