Friday, December 6, 2013

ORANG TUA MENANGGUNG RAGAM.





Cakap salah tak cakap salah. Tegur salah tak tegur salah. Tapi saya benar-benar tidak selesa melihat video di beberapa di Youtube dan membaca status di fesbuk budak-budak kita yang sedang asyik masyuk bercinta. Bagi saya ia cukup meloyakan melihat cara mereka  melahirkan atau menunjukkan perasaan sayang dan cinta masing-masing.  Perangai atau tindakan sesetengah dari mereka mengalahkan Mat Saleh. Memang tidak sesuai langsung dengan tuntunan agama dan juga adab orang Melayu.

Kalau ia pun awak tengah bercinta  baru satu minggu  tak perlulah atau apa perlunya nak diceritakan ke serata alam.  Orang bukan kesah pun. Meluat lagi, adalah.

Kalau kita tegur, mereka mungkin akan kata kita ni jeles atau kolot. Silap-silap kita dibahasakannya ...

 "Pakcik pergi surau lagi baik, tak lama lagi dah nak mati. Kita tahulah jaga diri kita. Kita bukan budak-budak lagi. Lagi pun kubur kita asing-asing" 

Ada satu kes tu saya rasa lucu pula. Mereka baru bercinta, duduk sekampung dan bekerja di bawah satu bumbung. Hari-hari berjumpa. Tapi masih lagi nak melahirkan atau mungkin lebih sesuai menunjukkan rasa cinta mereka dalam fesbuk mengunakan bahasa Laila Majnun. Kenapa tak cakap terus, mesej, PM atau telefon je kerana ia melibatkan hal ehwal awak berdua. Ini tidak, nak keluar makan kerang rebus - up date status; tengah makan kerang rebus - update status, balik rumah - update status mengatakan kerinduan yang teramat sangat. Maaf cakaplah, yang lebih-lebih tu saya perhatikan adalah pihak perempuannya. 

Cubalah awak fikirkan apa akan jadi, kalau awak ditinggalkan terkapai-kapai keseorangan kerana perasaan cinta itu tetiba luntur atau hilang dari lubuk hati pasangan awak kerana berjumpa dengan orang yang lebih berkenan di hati  ? Adakah ia mustahil ? Tidak, kerana orang yang sudah berpuluh-puluh tahun kahwin pun ada yang bercerai berai. Ataupun memang sejak dari awal lagi pasangan awak itu hanya berpura-pura sahaja dengan tujuan mengambil kesempatan atau pun untuk tujuan tertentu. Tidakkah malu nanti. Mana nak suruk muka. Satu Malaya sudah tahu.

Berpada-padalah anakanda !.


p/s. Kepada Sdr Fairus, ada soalan dari seorang pembaca di entri saya sebelum ini untuk awak.



16 comments:

  1. Saya pun meluat membaca entry jiwang muda-mudi sekarang ni.

    Belum kahwin tapi cara macam dah punya anak 5 orang.

    Kalau ditinggalkan, menangis tak berlagu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga mereka segera berkahwin dan berkelalan jodoh mereka sehingga ke hujung nyawa.

      Delete
  2. Saya dah lepas tahap tu Pak Ngah sekarang ni tengah dok perhati perangai anak2 pulak, harap saya dapat kawal dan didik mereka dengan baik.

    Budak2 sekarang sifat malu tu dah menipis dalam diri mereka, kalau saya dulu keluar dengan boyfriend pun sembunyi2 bukan apa takut terjumpa org yg kita kenal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kita dah lepas fasa tu .. sekarang ni tengah dok perhatilah ni.

      Delete
  3. ini isu malu atau matang ya pak ngah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul .. ada juga dah berumur tapi belum matang.

      Delete
  4. MASA BERCINTA BIASALAH TU.. KENTOT PUN BAU WANGI.. HEHEHE

    OK.. OK. SOALAN TELAH DIJAWAB..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik perumpamaan awak .. hehe.

      terima kasih kerana sudi menjawab soalan itu.

      Delete
  5. Bukan Pakngah jer, saya yang muda belia ni pun segan nengok adegan "PDA" macam tu. Masih boleh dikategorikan sebagai Public Display Affection la tu kan.

    Pssttt: dah dapat jawapannya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkara ini elok dicegah sebelum parah ..

      Delete
  6. Entah apa-apa la 'diorang' ni. Bikin malu keluarga sahaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga keluarga mereka tak kisah .. atau 2 x 5.

      Delete
  7. mujurlah dak iyra tak bercinta sekarang neh.. kehkehkeh..

    *p/s: penah jd camtuh zaman jahiliyah dulu2..*

    ReplyDelete
  8. duduk sekampung...hmm
    setahu saya haram hukumnya kahwin dengan gadis sekampung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa pulak haram .. kat kampung anak gadisnya cuma 4 orang je .. kampung kecik !

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.