Tuesday, May 31, 2022

MENGAPA SAYA MALAS PERGI REUNION.

Gambar hiasan hasil carian Google. 


Saya cukup malas pergi majlis reunion terutamanya reunion kawan2 masa sekolah menengah dulu.  Sebabnya kebanyakan yang hadir tidak ingat muka saya. Terpaksalah saya cerita macam2 tentang diri saya nak bagi dia orang ingat. Yang sakit hatinya lepas cerita pun ada juga yang masih tak ingat. 

Di samping itu saya juga tidak ingat muka kebanyakan kawan2 saya terutamanya yang perempuan. Sebabnya, pertama kerana muka mereka sudah sangat jauh berbeza dan kedua saya pulak bangsa tak kawan sangat dengan budak-budak perempuan masa sekolah dulu. 

Penyudahnya saya macam hadir perjumpaan dengan penduduk taman perumahan masa saya mula-mula pindah dulu.  Saya tak kenal orang dan orang pun tak kenal saya. Orang pergi reunion nak jumpa kawan lama dan mengingati kisah2 lama masa sekolah dulu.  Saya pulak pergi reunion dapat kawan baru.