Tuesday, May 31, 2022

MENGAPA SAYA MALAS PERGI REUNION.

Gambar hiasan hasil carian Google. 


Saya cukup malas pergi majlis reunion terutamanya reunion kawan2 masa sekolah menengah dulu.  Sebabnya kebanyakan yang hadir tidak ingat muka saya. Terpaksalah saya cerita macam2 tentang diri saya nak bagi dia orang ingat. Yang sakit hatinya lepas cerita pun ada juga yang masih tak ingat. 

Di samping itu saya juga tidak ingat muka kebanyakan kawan2 saya terutamanya yang perempuan. Sebabnya, pertama kerana muka mereka sudah sangat jauh berbeza dan kedua saya pulak bangsa tak kawan sangat dengan budak-budak perempuan masa sekolah dulu. 

Penyudahnya saya macam hadir perjumpaan dengan penduduk taman perumahan masa saya mula-mula pindah dulu.  Saya tak kenal orang dan orang pun tak kenal saya. Orang pergi reunion nak jumpa kawan lama dan mengingati kisah2 lama masa sekolah dulu.  Saya pulak pergi reunion dapat kawan baru. 




4 comments:

  1. Saya pun tak berapa suka dengan reunion sebab dah tak hensem macam masa muda dulu. Gigi pun dah jarang. Nak ketawa pun kena cover mulut. Mata pun dah rabun. Tapi sembang rancak macam kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Samalah kita. Bawa kereta pun tersangkut-sangkut.

      Delete
  2. Saya suka je reunion tapi kadang segan dengan kawan-kawan. Suka sebab dapat menyembang cerita zaman sekolah kalau menyembang zaman sekarang emmm memang keluar dari group le sebab takde banyak cerita yang boleh di ceritakan. Tapi sebenarnya hanya nak jumpa kawan-kawan je untuk silaturahim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada juga pernah jumpa kawan lama yg kelihatannya macam tak teruja jumpa kita.

      Delete

Kalau tak tahu macamana nak panggil saya, panggil je Pak Ngah. Semua komen yg berbentuk pertanyaan lambat laun akan cuba saya jawab. Terima kasih. Sila datang lagi.